Assalamualaikum…
Sepanjang minggu lepas, hari Khamis dan Jumaat, aku gelak jek. Gelak jenis nyaring ala2 pontianak gitu. Beberapa orang cikgu pun dah pelik2. Siap sound aku lagi. Pada yang concern, sms aku dan tanya apa masalah. Dan aku akan tetap dengan jawapan yang sama..takde apa2la.
Muka maintain ceria. Senyum tak penah lepas, gelak2 cakap2, cuma beza aku ketawa terover sangat.
Kalo masih ada yang terlebih concern, dorang akan tanya lagi. Maka aku dengan positifnye jawab, InsyaAllah takde apa2. Kalo ada masalah itu biasa, tapi kita kena sentiasa kuat dan yakin. He he..ntah apa2 kan.
Memangla aku tak akan citer kat orang.Susah aku nak buka mulut kalo aku ada poblem. Sebaiknya aku cuba sembunyikan. Paling tidak aku akan hiburkan diri sendiri. Tapi kenapa kali ni aku mcm ‘parah’ sangat?
Ye, tadi masa termenung, aku sedar aku stress. Stress sangat. Pasal duit ke? Pasal loan ke? Ke pasal hal peribadi..? Teeetttttttt…aku rasa aku tahu sebab apa… Ianya sesuatu yang berkait di antara satu sama lain…dan bebanan perasaan aku ni bertambah parah bila aku hampir tiada sokongan yang aku harapkan…malah sebaliknya. Dah aku ni jenis pendam masalah….maka agaknya sebab tulah aku ketawa dalam keadaan tak dapat dikawal…he he…seb baik aku tak gila jek..he he..
Tapi bagus juga…bila berlaku sesuatu masalah, kita boleh muhasabah diri. Apa yang aku kurang, apa yang jahat yang penah aku lakukan, sampaikan aku diuji sebegini. Tang ujian Allah tu aku tak kisah…tapi kalo dah sesama manusia menguji aku…mau gak la lama2 aku biol. Tapi takpela. Jangan berhenti berfikir positif. Itu sahaja senjata yang aku ada..paling tidak pun, aku bukanlah manusia paling susah atas muka bumi ni. Pasti ada rezeki Allah untuk aku anak beranak. Cuma kita perlu bersabar. Selebihnya, untuk seseorang yang diharapkan sebagai tempat mengadu…sentiasalah sokong aku, walau apa jua keadaan aku. Percayalah, aku akan cuba untuk berfikiran positif, tapi aku juga manusia biasa…kadang hati ni rapuh juga…kalo sentiasa diasak ngan masalah..dan keadaan akan jadi lebih parah, kalo aku hilang segala sokongan. Pasti aku akan rebah. Jadi…tolonglah bagi sokongan sikit kat aku..bukan sekadar bila aku selangkah lagi untuk menuju puncak, tetapi juga bila aku seinci lagi nak jatuh tergolek… Selebihnya, aku akan pujuk diri sendiri, dan usaha lagi untuk perbaiki apa yang berlaku. InsyaAllah.
Posted by Azrax on May 28, 2009 at 2:47 pm
saya cuba google sajak kegemaran saya iaitu Sajak Cinta di Kuala Lumpur. Saya cuma ingat tajuk dan satu baris ayat iaitu Renyai Gerimis Di Hujung Menara atau lebih kurang macam tulah bunyinya lalu terjuma post awak pada 4 Mac. lama dah saya cari sajak oleh Selina S.F. Lee ini. Kalau awak jumpa keseluruhan sajak itu e-mel kepada saya yer di jejari@gmail.com. Kuala Nerang kat Kg mana mana? saya selalu pi rumah kawan kat situ.
Posted by khaizha98 on June 4, 2009 at 11:05 pm
Kolej Mara Kuala Nerang, kat area Pokok Sena. Dulu blaja kt situ.
Itulah, duk cari2 jg. Kalo jumpa insyaAllah la nanti sy emailkan.
Posted by syed mahazan on June 6, 2009 at 1:17 pm
selamat bercuti teacher..moga jadi guru yang cemerlang
Posted by Mirah on June 7, 2009 at 8:49 am
Assalamualaikum..nak tumpang tanya, akak kan dah ada pengalaman dapat tawaran temuduga SPP..macam mana akak apply ? melalui kerani sekolah atau apply online sendiri je..? nak tanya sebab confuse..?
Terima kasih..
Posted by khaizha98 on June 8, 2009 at 6:53 pm
WS,
Akak apply online. Biasapun sume orang online dah skang ni, melalui laman web spp. Jangan apply lambat2..rugi. Gud luck.
Posted by Mirah on June 8, 2009 at 11:35 pm
Terima kasih..