School holiday?

Assalamualaikum…

Cuti panjang kali ni. Takde dah nak terburu2 untuk itu dan ini. Boleh berehat kat kampung puas2. Aku pun dah berisi dan itam. Maklumla, kalo dah cuti semestinya selera makan akan bertambah. Itam pulak sebab mandi pantai, tak nak kalah tu walaupun dah ada anak 2. Cukup puas ati tunjuk skil berenang ari tu. Time kasih la pada BIG masa KPLI ari tu. Kalo tak, sampai sudah aku tak pandai berenang.

Lantikan PPPS pun lum setel lagi nih. Cukup tidak mengambil berat aku psl soal ni. Tapi sbnrnya bukan sebab aku x amik berat, cuma tertinggal satu cop, maka aku xleh pos lagi surat tu. Nak kena balik sekolah dulu, then antar terus ke Putrajaya. Harapnya takde apa yang akan berlaku. Semoga semuanya akan selesai dengan baik.

Cuti kali ni, aku nak menenangkan fikiran sebaiknya. Dan byk beri ruang untuk aku berfikir. Dah2 la tu semua. Apapun kenyataannya, aku masih perlukan ruang untuk diri sendiri. Semoga selepas ini keadaan akan lebih seimbang. InsyaAllah.

One Response to this post.

  1. Posted by shazanateh82 on June 24, 2009 at 8:48 am

    zha,
    nnt aku call ko ek..
    nak tanye pasal lantikan neh..

    alang2 aku di kl skang neh..

    Reply

Respond to this post