Lega…

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni aku sedikit lega. Setelah melalui satu episod yang cukup menakutkan, aku yakin aku masih punya sokongan yang tidak berbelah bahagi. Terima kasih pada lelaki teristimewa itu, teruskan menyokong aku, walau dekat, walau jauh nun di sana.

Lega juga, setelah lama berfikir, aku temui satu penyelesaian. Harapnya, semua pihak akan berpuas hati, dan pada masa yang sama, aku boleh hidup gembira macam dulu, bersama anak2 dan keluarga yang tercinta. Harapnya, setiap apa yang kita lakukan, akan mendapat keredhaan Allah.

Ianya seakan suatu permulaan yang baru. Dan aku seolah2 tidak sabar untuk memulakan perjuangan baru ini. InsyaAllah, aku akan lebih bersedia dan akan lebih fokus. Fokus? He he, dah lama aku ilang fokus since ngaja sesi petang ni. Penat yang takde bertepi. Jadi, untuk itu, aku kena siapkan strategi baru, supaya prestasi aku akan lebih baik selepas ini.

Besar harapan aku kali ini. Sebesar cinta aku yang tak pernah berpenghujung ini. Sekali lagi, terima kasih di atas kesempatan yang diberikan. Semoga aku akan menjadi seseorang yang menyenangkan dan yang membahagiakan. InsyaAllah.

Respond to this post