Assalamualaikum…
Menghampiri hari2 terakhir bersama En. Khairul sebelum dia berangkat ke Seremban, aku dah mula cuak. Aiseh, macamana malam ku nanti tanpamu di sisi? 3 minggu ni aku memang terasa begitu disayangi olehnya. Mmm…ada hikmah juga kejadian tempoh hari. Pelukannya setiap malam begitu erat, seolah2 tidak rela melepaskan aku walau apa keadaan sekalipun. Eh? Ada kah aku terlalu jiwang? Hehe, kalo aku turutkan perasaan skang, mau entry ni jadi entry melampau lak kan..hehe. So better stop berjiwang, sebelum tersasul.
Dua tiga ari ni, aku dah mula berkira2 sendiri. Alamak, cane aku nak lena nanti. Dah terbiasa tidur bawah ketiak En. Khairul, dah terbiasa bangun tidur buka2 mata je nampak muka dia, dah terbiasa diantar dan diamik kt tempat keja, dah terbiasa makan sama2. Dah terbiasa itu dan ini….aku dah lupa la cane nak berdikari. Aku dah lupa la cane nak idup sendiri…
Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Kalo tak kerana dia tu praktikum, mau je aku suh dia ulang alik hari2 dari Seremban ke sini. Tapi sebab aku pun X-KPLI, aku tau masa praktikum byk keja dan bebanan, maka aku kensel la nak memujuk rayu En. Khairul. Kan orang tu takleh kosentrate, susah kedian hari lak. Sabau je la, 5 bulan je lagi. Pejam celik pejam celik kan abis la tu. Akupun, pejam celik pejam celik perutpun makin membesar nanti.. Dan harap sangat biarla dia posting area2 sini je, aku dah tak sabar nak idup sebumbung macam dulu, ngan anak2. Satu lagi yang aku perasan, anak2 pun hepi je papa dorang ada. Lepas ni jenuhla aku nak memujuk anak2 aku ni nanti.
Hmm…tak sabar nak tunggu cuti semester bulan 8 ni..he he …over kah aku?
Orait, sbg mengisi hari2 last ngan dia, kitorang nak gi tgk wayang. Rabu ari tu dah pegi Jusco Bukit Tinggi, tapi sayang lak, citer tu stat kul 11.30am, abis dalam kul 1. Tupun belum tentu stat sharp mcm kat jadual. Jadi, kensel la nak tgk, sbb kalo tak sah2 aku akan lewat gi skolah. Just makan dan singgah Harvey Norman dan hampir2 terbeli TV LCD, fuh. Seb baik sedar diri. So, esok plan lagi skali, mesti tgk gak. Citer bukan citer apa pun, citer Jgn Pandang Blkg Congkak je…berbaloike agak2nye tgk citer tu? Demi abang sayang punya pasal…adik sanggup turutkan..
Oklah, harapnye esok ada waktu yang sesuai untuk kita tgk citer tu. Takpun aku nak tgk web TGV dulu. Hmm…berdating lagi la esok…mcm biasa, bila dating, anak2 harusla ditinggalkan kat umah pengasuh. Boleh mama ngan papa jalan berdua berpegangan tangan. Maka mulala orang sekeliling jeling2 mencebik ingatkan kami ni pasangan yang sedang hangat bercinta sehinggakan tak ingat orang sekeliling, dan dengan selambanya pegang2 tangan di khalayak ramai. Kerana raut wajah ku yang sentiasa awet muda (eceh) membuatkan orang ramai menyangka kami adalah sekadar couple sedangkan kami sudah 5 tahun kawen. Muahaha… dan sebab aku ni MEMANG NAKAL, maka esok aku nak buat lagi aksi gedik ku di kawasan public. Jangan marah aa..
Posted by syed mahazan on June 23, 2009 at 8:34 pm
Terharu den baca kisah ni huh,,bagus jadilah wife yang sayang suami dan memahaminya. Semoga kalian gembira dan bahagia selalu