Assalamualaikum…
Satu tengahari, pulang dari majlis graduasi pra sekolah SKTG, aku dijemput oleh En. Khairul. Melalui jalan2 di pulau indah sebelum sampai ke rumah. Ternampak kelibat seorang lelaki hitam berpakaian kemeja, menggalas beg besar dan memegang payung. Aku tau dia seorang peniaga. Dalam terik panas matahari, dia berjalan kaki mencari pelanggan. Dia macam cas elektrik je, bila aku tengok orang itu, automatik aku rasa sangat insaf..sangat kecil. Banyak sungguh kealpaan yang aku dah kutip…sejak idup senang ni. Dengan gaji dah double dari dulu…belanjapun dah triple dari dulu…huh..sungguh lupa diri makcik. Tapi itu kenangan masa susah, setelah bertungkus lumus bertahun2, inilah hasilnya…mungkin x salah sekali sekala aku berbelanja, asalkan ianya bukan pembaziran. Cuma mungkin aku selalu sangat membandingkan dulu dan sekarang, sbb tu la aku terasa perbezaan yang besar.
Dan kerana aku sayangkan kenangan waktu dulu, rasanya x salah untuk aku kembali jadi seperti dulu…terutama budaya kerja yang dah lama aku tinggal. Agaknya persekitaran banyak mempengaruhi aku sementalah aku ni mmg manusia yang mudah terpengaruh. Dah last2 minute aku baru nak speed up, buat keja betul2. Aku terperasan bila ada orang tegur aku series buat keja…kononnya lam keadaan yang menyindir. Walhal dulu, aku mmg seorang yang series bila buat keja, berlawak jenaka bila ada ruang dan bila keja da setel. Maksudnya kalo aku dah ngadap pc (keja) tu, ko xkan dengar suara aku la. Tapi skang ni, manjang je sembang…
Jadi yakinla aku, yang aku banyak dah buang masa berharga aku sendiri.
Tapi macam tu la manusia, asal aku betul2 nak bekerja, banyak la cekadak itu ini yang nak ditegur…ada je yang tak kena…bukan nak bagi galakan..
Rasanya dah cukup hampir setahun aku melayan ragam manusia. Sekarang aku mencari kepuasan bekerja yang hakiki.
Ragam manusia?
Hah ini pun satu benda lagi. Bila ramai manusia, banyak la mulutnya. Mulut orang mana leh tutup. Mulut yang banyak rungutan, itu tak kena ini tak kena. Itu salah ini silap. X boleh bertolak ansur dan dia saja yang betul..hahaha..pening. Kadang2 aku ni jadi bodoh gak sebab ikut setuju…
Perlu tukar strategi…yang lama bukan bererti berkualiti. Yang tua bukan bererti cemerlang… Salah ambik pengajaran maka menyerong je la keja aku bertahun2 nanti.
Setiap hari adalah hari baru. Apa yang berlaku hari ini, adalah untuk hari ini. Esok kita jadi seorang yang baru, dengan semangat baru.
Aku ingat lagi ngan statement ni. Aku sendiri yang luahkan sewaktu di sekolah lama…nape diri sendiri dah xnak ikut sekarang?
Bercerita tentang mulut…manusia xkan puas hati dengan mudah..so abaikan saja segala sumbing sarang yang tak membina.
Cuma bila ada yang selalu sangat merungut, buat aku terfikir, dan sedar di atas kesilapan aku juga, yang kita ini begitu susah untuk menjadi ikhlas apabila kita berada dalam kesenangan. Nak kena relief kelas rakan sekerja puuuuunnnn bising. Walhal bukannya 13 jam ko nak kena tambah. Setengah jam je pun. 1 masa. That’s it!
Alangkah baiknya kalo kita bole buat keja tanpa bising2…rezeki dan duit gaji yang kita dapat tu pun, bukan untuk isi tembolok kita seorang je…anak2 mak ayah lagi… aku selalu terfikir tentang duit gaji aku… bila tersedar tentang attitude diri sendiri yang dah macam hape…perghh…
Betulla kata orang, kadang kesenangan buat kita lupa. Sekarang ni mmg aku berada dalam zon senang, terlalu senang, sampai kalo x buat kejapun aku masih dapat gaji bulan2…dah lupa agaknya ngan zaman terkincit terberak untuk dapatkan gaji sebulan yang amoun nya ngam2 utk hidup.
Belum lagi masuk kisah orang yang suka bising2 ala2 attention seeker berkaliber dan berkarisma.
Bercerita tentang attention seeker ni, aku teringat tentang aku sendiri. Bila aku berbaik2 dengan pihak pentadbir, GB dan PK1 contohnya. Disebabkan ada istilah kipas mengipas (dan ye mmg pun ada yg suka kipas), menyebabkan setiap kali aku nak berurusan dengan mereka yg tersebut, aku jadi terfikir…”kaki bodek kah aku?” Tapi rasanya perjumpaan dan perbincangan itu perlu sebab aku nak siapkan keja. Yang jadi bodek bila ada yang jumpa sebab saja2, sampaikan cerita orang itu orang ini sbb nak kan nama sbg seorang yang boleh dipercayai dan boleh diharap…sigh.
Sedangkan kalo ko rajin, ikhlas buat keja dan nawaitu ko tu betul, insyaAllah Allah akan bagi jalan pada ko, dipermudahkan segala urusan dan ko akan disayangi setiap orang, tanpa perlu ko menjatuhka orang lain.
Kenapa perlu tikam belakang kawan?
Kawan tew…orang yang kongsi satu tempat kerja, kongsi bilik air, kongsi kantin, kadang2 kongsi satu cawan satu pinggan….tapiiiii…
Nak betulkan orang susah, jadi baik aku betulkan diri sendiri sahaja. Berbaik2la berpada2. Kita takkan tahu siapa yang akan jadi musuh dalam selimut..tapi bagi yang ikhlas berkawan ngan aku..terima kasih banyak2 aku ucapkan. Orang baru (baru lagi ke?) mcm aku ni masih byk perlukan bimbingan..Janganla hasut aku ngan benda2 yang tak elok…dan sila lempang aku bila tetiba aku jadi ketua pemberontak…mungkin masa tu aku terhilang pedoman…kalo bukan kawan yang betulkan kawan..xkan aku nak harapkan musuh..eceh…nak sangat ke musuh…fuh..nauzubillah..
nota kaki: aku merepek pagi2…sebab aku asyik fikirkan benda yang sama 2 3 hari…jangan marah di atas tulisan ini…
Posted by danish firdaus on October 29, 2009 at 3:26 pm
buat kerja biar ikhlas. manusia ni banyak sngat phd terutamanya melayu. tak boleh tengok orang senang. ada saja bunyi kat belakang. satu lagi halnya naik heran bila tgk kengkawan yang buat kerja sambil lewa. tak terpikir dek otak ke klu bebudak itu anak kita. minggu ni cukup mencabar, sbbnya ada yg xpuas hati. tekanan bila kerja kita dipertikaikan sedangkan kita hanya buat apa yg disuruh oleh org atas.manusia mudah lupa kebaikan yg pernah kita buat bila ada silap atau dah senang hidupnya. tapi ada yang terlupa bahawa hidup ni mcm roda, kejap diatas kejp dibwh. tp bagiku biarkan je, xguna bertekak dgn rakan sekerja, nanti xsenang nak bekerja. bekerja secara profesional.
Posted by khaizha98 on October 30, 2009 at 11:05 pm
yup, yang mana leh pakai kita pakai, yg mana xleh, biarkan aje, jgn ikut. Jangan sampai tempat keja rasa panas..x best nak keja nanti.