Assalamualaikum…
Satu;
Baju2 anak, suami dan aku, done. Baju raya pertama adalah warna hijau. Aku x tambah koleksi, pakai yang dah ada. Malas nak beli sebab baju hijau dah berlambak, aku dah muak ngan hijau. Hehe…xde langsung unsur2 18PL ek! Baju2 jalan2 anak? Perlu tambah sekurang2nya sepasang lagi…hmm…Khamis ni jangan lak aku lupa nak amik baju yang aku tempah. See, aku dah tempah baju raya, tapi warna biru 2 pasang, coklat 1 pasang, dan pink yang dah beli siap tu. Tapi sebab nak sedondon punye pasal, berkorban je la. Aku touch up sikit baju lama tu, letak manik2 skit bagi blink-blink..xnak kalah tu!!
Dua;
Kuih raya, kerepek, balang biskut raya..done! Sah aku semangat nak sambut raya. Kalo sebelum ni balang biskut raya pun x penah wujud pun lam umah aku. tapi kali ni aku dah ada sedozen balang biskut raya. Biskut raya ada lam 6 jenis, kerepek 5 jenis….ni kalo xde orang nak beraya umah aku, aku jual balik kuih tu nanti. Eheh, banyak2 tu sebab aku ada tiga umah.
Tiga;
Perjalanan balik, tengok MHI pagi ni, keratan akhbar ada bgtau yang KPM benarkan sekolah amik cuti peristiwa hari Jumaat nanti. Yes! Sekolah aku mmg ada apply cuti peristiwa ari tu. So, konpem aku cuti dah Jumaat. Skang nak konpemkan ngan En. Khairul jek. Dahla itu hari last dia kat SK Dusun Nyior. Dah nak abes praktikum, lepas la seksa dia, termasuk aku skali la lepas seksa. Hehe. Kalo Jumaat diapun cuti, lehla konvoi sesama ngan kakak aku. Syiokla, boleh sampai awal. Balik kampung dalam keadaan jalan jem memang betul2 buat aku serik. Setiap kali kena time tu, mesti aku tertanya2 kenapala aku x keja kat Kelantan jek. Pastu mula la berangan nak mintak transfer ke Kelantan la. Tp bila segala jem tu dah lepas, aku mula dah x ingat tu sume. Sebenarnya tak best kalo duk sekampung ngan sedara mara..dia punya feel ‘balik kampung’ tu takde. Paling tidakpun dukla negeri sebelah. Contohnya kalo kampung tu kat Perak, keja la kat Kedah. Tak jauh sangat, tapi tak dekat juga. Elok2 je.
Empat;
Rumah, okla kot. At least ruang tamu ngan dapur dah dicat. Bilik2 tu biorla dulu. Orang nak beraya takkanla dorang nak terjah bilik beradu beta kan? Yang dapur ngan ruang tamu tu konpem la. Kredit pada En. Khairul, time kasih sebab catkan umah, pasangkan rail langsir.
Lima;
Keta lum servis..nak jalan jauh ni, suka nau buat2 benda ni last minute. Aku yang mmg tak sabau2 nak balik adalah sangat risau ngan situasi ini. Mana la tahu petang Khamis tu dah boleh bertolak balik. Lagipun Khamis sekolah pagi, ada sambutan Ihya Ramadhan.
Enam;
Persiapan2 lain, aku lum cek lagi. Oh, gelang2 kristal yang kawan2 oder tu harapnya sempatla aku edarkan sebelum atau pada khamis. Sekadar membantu bisnes Teteh. Ehem, ehem. Bercerita soal pos mengepos ni, harap2nya apa sahaja yang dihajatkan sampai sebelum raya ni, akan capai sasarannya. Kalo x juga, bolehla pakai lenkali, xpe…x basi.
Tujuh;
Lately cukup sensitif ngan lagu raya. Walaupun dah jadi mak budak, walaupun sekali sekala je rasa cam nak raya sangat2, tapi mmg kalah ngan lagu raya ni. Sume orangpun mungkin rasa benda yang sama. Syukur, tahun ni masih mampu beraya dengan keluarga, dengan persiapan yang secukupnya. Makin lama, dah makin pandai buat persiapan, pikir pasal keperluan orang itu, orang ini. Pada yang bujang tu, selamat beraya dengan ibu bapa. Senang tak payah pening pikir pagi2 raya nak beraya umah sapa dulu. Aku lak cam biasa, pagi2 umah En. Khairul, kul 11 nanti, cabut!!
Lapan;
Dah beli kamera semata2 nak beraya. Haha..motifnya adalah ambik gambar dan upload banyak2 lam blog. Ada orang nak tumpang glamer katanya.
Sembilan;
Sekolah? Aiseh, jujurnya aku dah takleh nak kosentrate. Ajarpun, ajar benda simple je kat budak2. Dah sah2 dorang sendiri request “xnak blaja la teacher”. Tapi sbb dorang cakap camtu, terus aku suh bukak buku, blaja. Hehe. Kan kalo aku ikutkan sangat dorang ni, ada yang buat perangai, ari2 request xnak blaja.
Wokeh, checklist dah buat mana yang terdaya je. Kang aku lupa lak nak gi ambik baju yang ditempah, naya jek. Yang lain2, nak kena pantau kesihatan anak2 supaya masa nak balik nanti xde yang buat hal. Fuh…dah nak raya dah. Hehehe. Kepada perantau sekalian, semoga perjalanan anda selamat dan dilindungi Allah, walau apa sahaja kenderaan yang digunakan dan jarak perjalanan yang dilalui. Kalian sentiasa dalam ingatan.
Recent Comments