Set Kesuburan SHAKLEE

Assalamualaikum

Hari ni mama nak cerita tentang Set Kesuburan Shaklee. Mama nak post dlm fb mama Zha Ibrahim macam panjang sangat. Jadi mama taip kat sini lah.

Image

 

  • Vita Lea
Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam dalam. Oleh kerana gaya hidup yang sibuk, pemakanan yang tak sihat. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral. Pastinya badan akan lebih cekap berfungsi.
 
  • B Complex
Bagi suami, B Complex penting untuk menjana tenaga. Paling penting B Complex bersifat anti stress. Jadi suami atau isteri lebih menikmati masa ‘bersama’. Bagi isteri pula, amat penting mengambil B Complex untuk merancang kehamilan. Kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna). 
 
  • Vita C
Memilili tinggi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.
 
  • Alfalfa
Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah ‘Miss V’ (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.
 
  • Vita E
Bagi meningkatkan kualiti sperma. Vita E sangat membantu. Menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa ‘bersemangat’ untuk bersama pasangan masing-masing.
 
  • GLA Complex
Penting untuk isteri bagi menghasilkan ‘cecair kesuburan’. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Selain itu, GLA berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst jika ada.
 
  • Zinc Complex
Ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang perbentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.
 
Image
 
 
Nasihat dari pakar juga menyokong pengambilan suplemen yang bersesuaian untuk kesuburan.
 
Berminat blh msj atau whatsapp mama di 0196677998.
Jom ber Shaklee

Jom ber Shaklee

2 botol pertama yang menambat hatiku. Maklumlah sekarang ni bila usia meningkat suplement sangat penting. Nak-nak pula mama pregnant sekarang ni. Teringat kehamilan pertama dan kedua, tak kisah langsung pasal suplement2 ni. Main redah jer. Kakak alhamdulillah, membesar dengan baik. … Continue reading

Posted in Uncategorized Tagged

2014

Assalamualaikum

Alhamdulillah..2014 ni ada banyak perkara manis yang berlaku. Aband dah sekolah rendah, kakak dah darjah 3, Muhaimin dah bijak dan baby comel on the way.🙂

 

30 Januari hari tu dah genap 10 tahun perkahwinan mama dengan papa. Syukur…meningkat 10 tahun anak-anak pun dah nak bertambah menjadi 4 orang, Meriahlah kami nanti.

 

InsyaAllah…mama bertekad nak update blog ni selalu. Tahun lepas punye cerita abang dah start terapi kat NASON Setia Alam. Banyak suka duga dan dugaan dalam proses tersebut. Maklumlah jarak jauh dan elok-elok abang dapat ke sana, mama dah berisi..Patutlah penat dan pening lain macam. 

 

Jadi tahun ni papa kena hantar sorang-soranglah. Sebab mamapun dah tukar shift sesi petang, jadi petang mama kat sekolah. Papa je yang available untuk hantar abang. Tapi yang bagusnya pagi mama dah siap hantar dan ambil abang dari sekolah rendah tanpa perlu kacau tugas mama kat sekolah. Dan sekaligus dapat siapkan kakak sekali sebelum dia ke sekolah sesi petang.

 

Mungkin apa yang berlaku dan keputusan yang diambil ada hikmahNya. Semuanya dengan izin Allah…

Selagi terdaya, mama dan papa akan cuba memberi yang terbaik untuk anak-anak…dengan cinta.

 

InshaAllah.

Posted in Uncategorized

Salam Aidilfitri dan Selamat Kembali

Bismillahirrahmanirrohim.

Assalamualaikum..

Ari tu dah update sekali, pastu terus lenyap gitew..he he. Sbnrnya sayang nak ngadap laptop lama2, sbb x mau biarkan adif main sorang2. Kalo dah update blog bukan kejap2 je…mesti lama punye.

Sebelum terlambat, nak wish sume

“SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN”

Mana yang ada salah dan silap tu harap maafkan, semoga tiada lg perselisihan faham. Clear kata orang.

Sambutan raya tahun ni rasa sangat bermakna, sepanjang cuti raya juga rasa sangat penuh ngan aktiviti dan berjaya dimanfaatkan dengan baik.

Dalam pada bercuti tu sempat gak la mendraft2 perancangan utk suku ketiga sebelum habis sesi persekolahan 2010. Hmm…betul la kata orang makin lama kita makin pandai, belajar dari pengalaman gitew. Dan semangat nak kembali ke sekolah ni begitu membuak2, terutama nk bertemu ngan budak 3E, kelas hujung yang perlukan banyak sokongan nih.

Dan buka sekolah ni ada dolat hajat utk murid2 yang akan menduduki UPSR. InsyaAllah, akan sampai juga. Dah plan baik punye, kena balik lbh awal dari biasa, supaya sempat aku gi sana. Sekurang2nya itu je yang mampu aku berikan untuk mereka, doa dan restu. Cuma harapnya dorang pun bersedia lah dari segi mental dan fizikal, kena blaja lbh sikit, tambah dah dekat sgt ngan waktunya dan kebetulan terkena dekat2 ngan cuti raya. Mmg mencabar tuh, nak bahagikan masa utk belaja dan beraya…jgn x sentuh buku langsung sudahla.

Kertas soalan nak kena edit sikit sebanyak, buka skolah nih terus submit…dah submit kat KP rasa lega skit.

Apapun, selamat memulakan tugas dan pulun sebaik mungkin, ini je masa yg tinggal utk kita polish anak2 didik kita sblm cuti nih…xnak la esok2 bila dorang dah bertukar ke kelas dan tahun yg lain, timbul pulak isu ini x ajar ini x tahu…kesian kat dorang. Tapi kalo dah ajar juga x tahu…no komen la. Kita lunaskan tugas dan tanggungjawab kita sebaik mungkin, ikhlas kerana Allah Taala. Selebihnya, biarlah Allah yang tentukan.

Kembali

Bismillahirrahmanirrahim
 Assalamualikum…

Wah lamanya hapdet blog nih, bukan tahap bersawang lg dah, tp kira dah berkulat berlumut dah. He he..xpela, nk buat mcmana, mood menulis tu xde. Harapnya bila dah lama x update ni, maka lps ni xde dah org yg akan stalk blog aku ni.

Mmm…dlm bbrp bulan ni, sgt byk yg berlaku, dan Alhamdulillah, semuanya dalam kawalan. Begitulah aturan yg sudah ditetapkan oleh Allah, kita sbg hambaNya haruslah terima ngan redha. Xpela, mana yg kita usaha lbh lagi, kita usahakan.

InsyaAllah, entry akan datang, kalo aku rajin la, kita bercerita lagi.