Bila u nak?

Saya dah beberapa hari demam selsema..berat kepala dan panas badan. Tapi tak teruk sangat sebab masih boleh jalan2 gi shopping complex ngan famili. Dah tengahari macam ni lagi la saya rasa macam nak rehat saja.

Tiba-tiba saya dapat satu panggilan dari pusat kredit. Ye, saya ada ambil barang secara ansuran. Barang keperluan, bukannya kehendak semata-mata. Memandangkan simpanan hanya untuk kegunaan kecemasan, jadi saya terpaksa guna kaedah kredit.

Syarikat kredit ni suka telefon pelanggannya 2-3 hari sebelum tarikh tutup akaun. Kononnya untuk mengingatkan pelanggannya tentang tarikh 2hb adalah tarikh tutup untuk menjelaskan bayaran. Setiap bulan pasti saya akan menerima panggilan keramat ni, walaupun saya sentiasa menjelaskan bayaran tepat atau lebih awal dari masanya, siap dengan amaun yang terlebih.

Ok, saya sambung balik pasal panggilan tadi..

A*** : Boleh saya bercakap dengan cik R__________

Saya : Ye, saya.

A*** : Boleh cik (cikla konon) bacakan 4 nombor akhir IC cik?

Saya : %%6_

A*** : Ok, cik ada ambil ********. Biasanya cik buat pembayaran di Se** H*** kan? Kat mana tu?

Saya : (Alamak! Dah lupa kedai tu kat mana sebab saya tak penah buat pembayaran, suami saya yang selalunya bayarkan..he he.) Emm..Bukit Tinggi kot..

A*** : Oh..Klang ye.

Saya : A’ah, Klang.

A*** : Untuk bulan 7, bila cik akan buat pembayaran?

(Sampai part soalan ni, tibe2 saya rasa bengang. Soalan sama setiap bulan)

Saya : Bila u nak? (ade bunyi sinis sikit)

A*** : Bila saya nak? (Konfius and bengang)

Saya : A’ah, bila u nak?

A*** : Alamak, susah ni…emmm..2hb ni la sebab 2hb ni tutup akaun.

Saya : Haa..yelah tu.

A*** : Jadi cik akan bayar pada 2hb ni la.

Saya : Saya akan bayar tengahari ni atau esok.

A*** : Kalau katakan lepas 2hb, tiada sebarang pembayaran yang dibuat, boleh tak pihak kami telefon cik? (haa,…dah ngeri nak tipon saya la tu)

Saya : Boleh.

A*** : Ok…itu sahaja yang pihak kami ingin tanya. Terima kasih dan selamat tengahari.

Saya : Sama-sama. Assalamualaikum..

A*** : (terkedu) Walaikumsalam…

-end of conversation- 

Kerek ker saya..biarla. Dia telefon tak kena masa.. Kalau nak diikutkan bagus jugak dia ingatkan pelanggannya, tapi kalau mmg dah selalu sangat tambah dengan rekod pembayaran saya yang cemerlang, pasti lama kelamaan saya akan rasa terganggu.

Itu pembelian yang saya lakukan semasa kehidupan saya biasa-biasa aja. Selepas ini, saya berharap saya boleh menganjak kehidupan saya sekeluarga ke arah yang lebih sempurna dan stabil. Sebelum inipun kami sekeluarga sudah ok, punya kereta dan rumah. Tetapi dengan kerjaya saya dalam bidang pendidikan (insyaAllah) dan berada di dalam perkhidmatan awam, saya berharap kehidupan kami sekeluarga lebih terbela.

Ini perjalanan hidup saya. Melompat dari satu anak tangga ke anak tangga. Mungkin satu masa saya akan ceritakan tangga-tangga kehidupan yang saya pernah lalui..sekadar renungan dan peringatan untuk diri saya sendiri..supaya saya tidak lupa untuk bersyukur.

Advertisements

Kalo dah girl…

My girl..kakak memang suke melawa. Patut sangat sebab dia girl. Walaupun umo baru nak masuk 3 tahun, tapi kalo tengok aku mekap, suke je suh letak kat muka dia sekali. Tapi pandai lak demand. Eye shadow tak nak warna lain. Nak yang pink jek. Kalo pakai lipstick or lip gloss kena terang and rata sume bahagian bibir. Bedak lak kena sapu kat seluruh muka. Kalo dia rasa tak kena bahagian hidung, dia akan tunjuk and suh sapu kat situ. Hasilnye…jeng jeng jeng..

Tapi, kadang-kadang kalo aku terlupa nak sembunyikan perkakas mekap aku tu..nasib la. Habih dia tonyoh lipstick aku tu, korek ke or whatever la yg boleh dia buat bagi mendapatkan warna lipstick tu. Akibatnya habih la lipstick aku tu. Sebab tu skang aku guna lip gloss. Dia tak pandai nak buka penutup lip gloss tu. Selamat sikit harta aku. Nak tau camana rupa kakak bila dah pakai lipstick secara haram? Jeng..jeng jeng..

Haaa…lawa tak I?

Bersamaaaaa Aaaaadiiffffffff!!

 CAK!
Hai..bertemu lagi minggu ini dalam rancangan Bersamaaaa Aaaaaadiffffffff!


Minggu ini, kita akan membincangkan topik kebersihan diri. Untuk segmen pertama Adif akan tunjukkan cara-cara untuk membersihkan diri selepas mandi.

Adif baru sahaja dimandikan oleh mama. Mama tak perlu risau sebab Adif akan membersihkan dan mengeringkan diri Adif sendiri. Kawan-kawan nak tahu macamana Adif buat? Haa..inilah cara-caranya membersihkan diri yang betul.

Pertama, kita perlu lap muka kita dengan tuala bersih. Perlahan-lahan supaya muka kita tidak cedera. Selepas itu kita bersihkan bahagian gigi kita.

Gosok perlahan-lahan dan menyeluruh dari gigi atas ke gigi bawah. Pastikan sisa-sisa susu yang melekat di gigi dan di lidah dibuang dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan mulut berbau masam. Jangan semata-mata mengharapkan mama kita memberuskan gigi kita. Kita juga perlu prihatin terhadap bahagian mulut kita, macam yang Adif buat ni.

Selepas itu, kena kena gosok bahagian hidung kita pula. Pastikan di sekitar hidung kita terutama di bahagian lubang hidung tidak mempunyai sebarang bendasing. Jika ada, kita kena bersihkan dengan hati-hati. Ingat! Bahagian dalam hidung mempunyai kulit lembap yang lembut dan mudah tercedera.

Sesudah kita berpuas hati dengan gigi dan hidung kita, kita beralih pula ke bahagian kepala. Kita perlu keringkan bahagian rambut dengan sebaiknya supaya nanti kepala kita tidak berasa gatal. Jangan lupa bahagian telinga, kita juga perlu sentiasa membersihkan cuping telinga supaya tidak kotor.

Haa…yang ini adalah bahagian penting. Adif sentiasa memastikan ketiak Adif kering. Ini bagi mengelakkan pertumbuhan kulat dan pembiakan bakteria di ketiak Adif. Untuk kanak-kanak macam Adif ni, tak sesuai untuk memakai deodoran, jadi Adif selalu meminta mama supaya meletakkan bedak bayi di ketiak Adif. Sebab tulah bau ketiak Adif wangi.

Akhir sekali Adif mengelap seluruh tubuh Adif dengan sekering-keringnya. Nah, dah siap! Sekarang tiba masa untuk Adif dipakaikan baju oleh Mama. Petang ini, kami sekeluarga akan keluar bersiar-siar di Laguna Park Pulau Indah.

Ha kawan-kawan..tengoklah Adif yang kemas dan hensem ni. Bila badan kita bersih dan penampilan kita kemas, kita akan lebih gembira dan ceria. Buat apapun pasti menyeronokkan. Jangan lupa ya kawan-kawan. Jaga kebersihan diri kita dan elakkan dari sebarang penyakit. Jangan malas mandi. Sekian dulu dari Adif untuk minggu ini. Bye!!

Simple Life

Kisah ini sangat sesuai untuk mereka yang jobless macam aku..(and out of money sebab takde gaji) serta mempunyai tanggungan yang ramai..(ramai ker?)

It’s almost afternoon…12 o’clock..suddenly my asben came back from work.

Aku: Eh? Awalnye…

And I saw something in his hand..Ubat..mmmm sah MC ni. He got flu, jadi boleh cuti sakit. Sebabkan dah tengahari, adalah sesuwai untuk kita makan tengahari. Macam biasa, aku akan ke dapur untuk masak. Godek sana, godek sini…haru…takde ape-ape (waa..sadis siot). Yang ada cume 2 biji telur. Pandang asben aku..

Aku: Pa, gi lah kedai nuh…beli lauk.

Asben: Lauk takdo ko?

Aku: Ado telo je ni..

Asben: Okla tu..tak payah membazir…makan apa yang ado.

Aku: (fikir) Membazir?

Hmm..tau dah. Ade dua sebab je..sama ada dia malas nak ke kedai atau takde duit. Takpela..cian dia sebab selsema and sakit kepala (sakit kepala tapi boleh lagi main ZUMA!!!)

So tanpa membuang masa aku pun tanak nasi..goreng telur dadar..semerbak jugak baunye. Terbau lak ikan kering goreng dari rumah jiran..hah..tiba-tiba teringat ikan kering kat umah masih ada lagi 2 ekor tak terusik. Goreng la hapa lagi.

Fikir-fikir simple sangat, xde sumber vitamin. Apa lagi, buka pintu belakang, redah kebun kat belakang, cari-cari ada la ulam kacang botol sikit, and pucuk ubi kayu. Masuk balik dalam rumah, bersihkan ulam2 tu and celur pucuk ubi kayu. Dah almost siap…tapi rasa cam kurang. Aku kuar ke belakang rumah lagi sekali, tengok cili elok je merah2 tak terpetik lagi. Aku petik sume sekali ngan yang hijau-hijau pn aku petik..ambik lesung batu…nah aku tumbuk sume nak buat sambal. Kuarkan lada yang dh ditumbuk tadi masuk dalam mangkuk, letak kicap lemak manis and perah asam limau..pergh..semerbak lagi.

Belen limau nipis tu, aku buat teh o limau panas..hu hu. Dah lama tak merasa air feveret aku tu.

Dah setel sume atas meja tunggu nak makan…simple giler hidangan (hidangan orang miskin BERSAMAMU hu hu), hidangan ala kampung tapi memang menyelerakan. Hmm…lupa nak snap gbr pulak sebab dah lapar sangat. Nak ngaku ke tak? Ngaku je lah..aku sampai 2 kali menambah nasi dan teh o limau panas tu aku minum sampai 3 cawan..giler rindu…hu hu. Bukan nak puji diri sendiri..tapi kadang yang simple itu lebih menyelerakan dari yang berlemak, berminyak, bersantan dan sebagainya..

Get the message?

Tidak ada tidak semestinya tidak boleh..Kadang-kadang kita perlu lebih kreatif untuk hidup..Pandang sekeliling kita, mesti ada yang boleh membantu.

Simple atau sederhana? Bukan semestinya tak menarik. Kadang yang sederhana itu lebih membuatkan kita senang dan bahagia. Tak serabut.

Berbudi pada tanah pasti ada hasilnya.

Panjang sungguh kesimpulan citer ini.

Manja

My little son got fever last night..dan hari ni pn masih ada panas-panas sikit. Tp dah okey as my asben took drastic action terus bagi ubat. Bab-bab ubat ni memang serah kat dia la..Memang alert dan konsisten. Agaknya sebab dia yang selalu buat, mama ni dah ngengada jek..buat-buat lupa nk bagi ubat kat anak-anak.

Adat orang yang selalu ditinggalkan, my son ni manja sangat ngan aku…these are the cronologies…

  • Dilahirkan pada 4/4/07, pukul 11.57 malam (lagi 3 minit nak masuk hari baru) dengan berat 3.8kg.
  • 6/6/07, received a call from my ayoh..bgtau aku yang aku dapat interview KPLI intake Julai
  • 11/6/07, gi interview
  • 4/7/07, ceroboh link web KPM, dapat result interview…BERJAYA
  • 5/7/07, baru berani nak resign, sebab konfirm result semalam adalah betul dan boleh dipercayai


Harinya aku meninggalkan anak-anak ku, semasa dorang sedang tidur.

  • 7/7/07, balik hometown, left them with my parent (sob..sob)
  • 16/7/07, start KPLI
  • 18-16/8/07, school holiday!! Dapat luangkan masa sekurang2nya seminggu dgn my children, sempat gak la adik demam
  • Tak pasti bila, tapi sebelum cuti sekolah sebulan, aku ngan asben balik kg lagi sekali, nekad 2 hari non-stop (klang-seremban-kelantan-rest semalaman-kelantan-klang-seremban) semata2 nak balik ambik kakak..dia dah seminggu demam rindu..rindukan papa dan mama. Adik? Nasib baik dia kecik lagi..tapi masa nak tinggalkan, dia masih lagi demam…mata bundarnya comel sangat masa aku ngan asben nak bertolak balik Klang..dia just pandang keta kitorang bergerak dan perlahan beredar dari halaman rumah..(gosh…cabaran sunggoh!).
  • 17/11/07…cuti sekolah bermula!! Saat satu keluarga berkumpul kembali..that time adik dah 7 bulan. Hasil dari ceramah aku pada asben, maka diapun terbuka hati untuk menjaga kedua2 anak masa aku balik Seremban nanti. Tapi dalam cuti sebulan ni, aku x manjakan sangat adik…sebab nak suruh dia berdikari dan taknak ajar dia duk atas riba je. Letak gitu atas tilam pn dia dah boleh lena. Tak payah nak dodoi.
  • 1/08..dah mula belajar balik..dan aku jadi weekend mom.
  • 7-15/3/08, masa ni la saatnye bermula…saat aku betul2 kenal my son. saat aku tau betapa anak lelaki aku yang sorang ni rope-ropenya manja yang amat, mengalahkan kakaknya. Kali ni jugak, aku memang betul-betul bagi perhatian kat dia. Tapi akibatnya, dia tanak berenggang dari aku, nak beriba berdukung je kejanya. Biasa je nangis manja ngan aku..hu hu.
  • 17/6/08..dan KPLI sudah tamat..yes!! So masa ni memang aku manjakan anak-anak ku (and asben) dengan sepenuh hati. Kira qadak balik what have been missing for almost one year. Dan tanpa selindung2 lagi dah…ternyata mereka yang berdampingan aku ni adalah dari spesis manja…kira semanja-manja aku..manja lagi dorang. Huuuu….

It’s really nice to know that diri ini dikasihi dan disayangi. Good to have this feeling. Rasa diperlukan oleh seseorang atau mereka. Allah..Thank you for all the gifts. Syukur…….

Ditagged Teh

 1. Nama timang-timangan oleh orang tersayang?

  • Family : Adik Ja 
  • Friends : Zha
  • Officemate : Ros
  • Children and husband : Mama

2. Anda seorang yang?…

  • ceria…

3. Insan teristimewa…

  • Anak-anak dan suami…er suami dan anak-anak..

4. Makanan dan minuman kegemaran saya…

  • Makanan – laksa kari..nyum..nyum!
  • Minuman – teh o limau panas (sama ngan teh sbb dia yg perkenalkan..sekarang dah jatuh cinta)

5. Favourite colour – blue, green, yellow

6. Favourite song…-Flying without wings – Westlife

7. Siapa yang selalu buat saya gelak? – Puteri Irnies Najwa, Putera Adif Haikal n Raja Khairulnizam!

8. Sikap yang buat anda stress –

  • Takde duit sangat-sangat…cool cane pun dalam ati mesti terTEKAN juga

9. 3 benda yang selalu ada dalam handbag?

  • handphone
  • wallet
  • diapers pakai buang (untuk kegunaan anak)
  • sapu tangan (pun untuk kegunaan anak)
  • pen dan buku nota kecik 

10. Kali terakhir anda beriya-iya menangis…

  • satu hari selepas Tahun Baru Cina 2008…tangisan kecewa gitew

11. Perkara paling lucu atau memalukan dalam hidup anda…

  • Kalo perkara yang memalukan sehingga membuatkan aku trauma adalah…masa bersalinkan anak kedua, di HTAR..giler punye layanan…sampai skang TRAUMA!!!!!!… serik dah nak bersalin kat situ.. TOBAT!!

12. Tag 6 orang rakan2 ku…