Selamat berangkat

Semalam saya mimpi lagi, tentang pemergian seorang kawan ke seberang Laut Cina Selatan. Saya bersama2nya mengemaskan barang2nya. Entah kenapa hati saya berasa sebak dengan mimpi tu. Sekarangpun saya bukannya pandang muka dia hari2. Tapi dia nak pegi jauh, melintasi laut luas. Entah bila lagi kami akan berjumpapun saya tak tahu.

Beginilah saya. Saya begitu mudah jatuh kasih pada orang (jatuh kasih ye bukan jatuh cinta, pepahamkan sendiri apa itu jatuh kasih.) Bila berkenalan, dan berkawan, orang itu pasti saya ingati. Walau saya jarang berhubung bertanya khabar, jika saya sudah kasihkan orang tu, pasti saya tidak akan melupakannya. Dan saya tahu, saya pasti merindui orang itu.

Tambahan saya ni jenis orang yang mempunyai daya visualisasi/imaginasi yang tinggi (atau mungkin ada istilah yang lebih sesuai, saya tak tahu). Saya mudah bayangkan sesuatu. Mungkin satu masa saya akan rindukan sahabat2 saya, waktu itu semuanya pasti akan jelas di mata saya. Dan pada ketika itu mungkin sukar untuk saya membendung airmata dari mengalir. Ye, memang saya jenis lembut hati. Kalo bab rindu-merindui ni, memang saya selalu kalah.

Apapun, saya selalu mendoakan yang terbaik untuk mereka yang saya gelarkan sebagai kawan2 saya. Saya harap kalian pandai2 la jaga diri. InsyaAllah kalian takkan ditempatkan jauh di pedalaman. Satu masa nanti kita akan berkumpul kembali. Walau nanti kita jarang berhubung tapi kalian tetap di hati saya.

SELAMAT BERJUANG, SEMOGA SETIAP LANGKAH PERJUANGANMU AKAN SENTIASA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH.

Countdown untuk hari ini;

Advertisements

Keluarga Bahagia or Pasangan Bahagia

Pyzam Family Sticker Toy

Sesaje boring takde kerja jumpa lak benda alah ni. Menarik! Klaka pun ada. Tapi tengokla tu, keluarga bahagia saya. InsyaAllah saya akan jaga dengan sepenuh hati dan selagi nyawa saya masih ada. Bahagia ke saya? Rasanya kalo ade yang ofer nak beli kebahagiaan saya sekarang dengan duit sejuta pun saya tak akan terima tawaran tu. Inilah keluarga saya yang saya bina dari susah jerih dan air mata…cewah!

Air mata? Malas nak mengungkit kisah lama. Tapi bila mendengar keluhan kawan2 yang akan dipostingkan jauh dari pasangan masing2, apa yang saya boleh katakan itu adalah biasa. Ujian dalam perhubungan adalah biasa. Jika bukan di awal, mungkin di tengah-tengah perhubungan kita pasti ada ujian. Maksudnya ujian yang diterima akibat dari keadaan, bukan akibat dari sikap individu itu sendiri. Kalo berkenaan dengan sikap individu itu sendiri, saya no komen. Tapi kalo ujian yang disebabkan keadaan, kita mungkin tak boleh mengelaknya lagi. Sebab itulah, penting untuk ada persefahaman, komunikasi yang baik dan yang PALING PENTING ADALAH KESETIAAN SETIAP PASANGAN ITU. Bila bercakap soal setia, ianya pasti berkait rapat dengan hati…oleh itu sentiasalah jaga hati kita sendiri. Berkawan memang tidak salah. Tapi sentiasalah jaga perasaan kita. Jangan izinkan ianya menusuk ke hati kita. Sebab itulah punca ketidak setiaan kita dan punca keretakan perhubungan.

Okey…saya malas nak ulas panjang2. Sebab bila dibaca-baca balik rasanya saya bukannya orang yang sesuai untuk memberikan pandangan ini. Takde pentauliahan yang saya terima, takut sesetengah orang tak boleh menerima pandangan saya dengan hati terbuka. Lagipun zaman saya bercinta mungkin keadaannya berbeza. Tapi hati masing2 tetap juga begitu rupa dan warnanya kan. Apapun, inilah pengalaman saya. Ye, saya tak sentuh pun pasal air mata…apa yang terjadi dan sebagainya. Rasanya tidak perlu.

Cuma pesan saya pada semua yang bakal berjauhan dengan pasangan anda, bersabarlah. Jika kita bersabar, Allah pasti akan membalas kita dengan kebaikan. Kemenangan buat orang yang bersabar. Teknologi sekarangpun dah canggih, senang untuk korang berhubung.

Okey…mulai hari ini kita akan countdown….so, let’s countdown..

Cuak

Salam semua..

Bila ingatkan harinya saya akan mula masuk mengajar, ada juga sedikit perasaan cuak yang timbul. Pengalaman mengajar saya cuma selama 12 minggu semasa praktikum tu jer. Kebetulan pula partner saya, Teh pun sama juga takde pengalaman mengajar. Kira masing2 masuk sekolah dengan jiwa yang kosong, yang ada cuma ilmu menulis lesson plan.

Sedikit sebanyak kami membina kredibiliti sebagai seorang guru serta cuba menjiwai profesyen keguruan ni. Saya agak kurang bernasib baik bila perlu mengajar kelas yang agak nakal. Tapi saya anggap itu sebagai cabaran dan kita tidak boleh menolak kemungkinan selepas ini saya akan bertemu murid2 yang lebih dasyat dari itu.

Sebenarnya apa yang saya cuakkan bukannya berkaitan dengan mengajar, persekitaran sekolah, tugas2 di sekolah atau murid2. Tetapi lebih kepada skill dan knowledge saya sendiri. Sebulan bercuti langsung tak buka buku, memang dah berkarat. Grammar, vocab agaknya dah ke mana hilang, saya kena studi balik. Tapi bukan studi sangat pun, tengok2 jek. Nampak gaya bila dah masuk sekolah nanti, pandai2 la cari orang untuk berguru lagi.

Hmm…lagi beberapa hari yang tinggal, saya pulak macam nak demam. Demam selsema dan lenguh2 badan. Kurang exercise kot, tak padan buat kerja rumah jek. Memang, semenjak cuti senaman saya cuma semasa buat kerja rumah dan kerja anak2 dalam rumah. Langsung tak mengeluarkan peluh. Sapa nak ajak saya main badminton ke bola jaring ke, dipersilakan.

Borang2 yang sepatutnya sudah disediakan, harapnya saya tidak akan menghadapi masalah nanti. Doakan yang terbaik buat saya.

P/S: Sekolah mana yang saya akan mengajar nanti?  Huhuhuuuhu…

New Journey…

 

Tengok itu kawan2…apakah itu?
Yaaa…itu adalah 2 tahniah dari KPM. Satu untuk saya, sebab dapat penempatan kat Selangor dan satu lagi untuk Encik Khairul sebab dapat panggilan temuduga KPLI ambilan Januari 2009. Kedua-dua tahniah ini adalah sesuatu yang dah lama kami tunggu dan amat sukar untuk kami dapat. Apatah tahniah yang macam En Khairul dapat tu…haram..jauh panggang dari api.

Tapi ari ni tengokla tu…kami berdua dapat tahniah. Tahniah untuk saya insyaAllah tahniah yang pasti sebab saya akan masuk sekolah tak lama lagi. Dah abis belaja dah pun, dah sign agreement dah pun dulu.

Tahniah yang En Khairul ni adalah tahniah permulaan (korang faham ke tak?) Takpela..maksudnya permulaan untuk dia melangkah lebih jauh lagi. Depend pada prestasi dia semasa temuduga nanti. Harapan kami biarla diapun berjaya mendapat tahniah yang seterusnya dan selepas tu dapat tahniah yang macam saya dapat semalam.

Apapun, kita kena yakin dengan rezeki yang Allah bagi. Kita sebagai manusia perlu berusaha, berdoa dan bertawakal…pasti Tuhan akan tunjukkan jalan.

Doakan saya untuk penempatan yang terbaik (yang saya aim tu) dan doakan suami saya supaya dapat menghadapi temuduga dengan baik dan seterusnya mendapat tahniah yang kedua (Tahniah sebab mendapat tawaran untuk mengikuti kursus bla bla)

P/s: elok je taip entry ni ade lak member bagi mesej yang keputusan semalam tu tak rasmi lagi. Mungkin ade sedikit perubahan…arghhh…janganla ada perubahan bagi diriku ini..Result sebenar boleh cek petang ni atau esok…huh nerbes lagiii….apapun aku still harap dapat Selangor..YAKIN!!*amin*

Posting oh posting!

Elok je semalam aku kol akak KPM tu gitau yang posting boleh semak hujung minggu ni atau awal minggu depan…jeng jeng jeng..ari ni dah boleh semak dah.

http://apps.emoe.gov.my/spg

Sebenarnya, ari-ari aku bukak link ni. Saja test kot ade rezeki nak kuar result posting. Tapi hampa. Tengahari tadi pun ada gak aku buka link ni sampailah kul 3.30 pm. Dah 2 hari dah link ni mcm ade problem, seolah2 page tu dia tak publish. Aku agak mesti dorang (KPM) sedang upgrade nak connect ngan database sekali..he he. Dah tak lama lah tu result nak kuar. Lepas tu kul 3.30 pm aku stop jap..solat zohor dan rileks2 jap (janganla kutuk diriku yang bersolat lewat ini..terdrag ngan teknologi). Tetiba pukul 4, leh lak terfikir nak cek lagi sekali url link ni kotla orang sana sebelum balik dia rajin nak letak balik page tu.

So akupun bukakla..eh page dah ade. Tanpa menyimpan apa2 harapan, akupun isi la no i/c, tapi bukan i/c aku, i/c kak kiah. Tekan semak…tiba-tiba..eh eh..dah kuar lain dari biasa aku nampak.Slalunye harap maaf, no kp takde dalam bla bla…tapi kali ni sah result dah kuar..Baru perasan tajuk kat atas pun dah tukar. Dulu Semakan penempatan untuk Guru sandaran terlatih tapi ni dah Semakan untuk guru sekolah rendah lulusan KPLi dan pelbagai Institusi pendidikan tempatan. Jadi tanpa berlengah lagik akupun semakla untuk diriku..yes. Dapatla jugak Selangor..lega.

Nak kontek member2 takde kredit la pulak..so aku sempat YM je mana yang ade. Jadi pada yang tidak mendapat berita lebih awal tu, mahapkan beta.

Okla..dah nak maghrib ni …sambung esokla apa2 cerita nanti.

P/S..Teh, selamat berjuang sayang.

Rabu lagi

Pepagi ni tengah lepas-lepak ngan adif sambil suapkan dia kek coklat lembap ke mulutnye. Tengokla tu, bekfes pun makan kek, kononnya nak tukar resipi. Tapi okla makan jugak. Bergolek-golek dia makan sambil tengok vcd kegemaran dia. Korang tau tak vcd apa? Tak…bukan Tom n Jerry. Tak…bukan Doraemon. Tak…bukan Sinchan. Tapi vcd dikir barat wayang kulit yang ade karakter Said, Samad and Wok Yoh. Ha ha..fenin la korang nanti. Anak aku ni sungguh mencintai seni. Tu belum masuk kakak lagi, boleh hafal dialog skali ngan lirik. Yang Adif ni pulak, suke sangat ngan karakter Said, sampai tepuk-tepuk tangan kalo tengok karakter tu beraksi.

Dia cam satu sketsa pastu ade lagu. Sume skali 6 lagu means 6 sketsa. Lagu first tajuk dia Suko Hati.

Nih, aku pastekan sikit lirik lagu tu

Riang hati aku beraso suko,
Duduk hari2 takdok buak apo,
Bangun pagi2 aku duduk sajo
Makane maghi sendiri kerno ku ado hambo

oo..raso suko
anok oghe kayo

Tapi sekaro aku takdok bini
Adopun oghe kiro
Ado ko berani jamin

Kalu demo raso
Bulihkah male ini
Nok buat skali jenero
Ambo berani jamin

Ayoh masuk mine
cincin mas gele toso
selipat sirih pine
sepasang kain jawo

ambo raso bose
kerno ambo tok beso
nak masuk depan tok imam
apo namo nak kata

oo..raso suko 
kerna aku dah dah gila

ayoh gosok belake
suruh jawab semula
muka naik pitam
telanjang tak kaba

tak imam rembah serban,
tak gawo nyo duk ngilai
tok nebe alik belake
datang jeluwok tubik gulai

oo…raso malu
malunya aku

Riang hati aku beraso suko,
Duduk hari2 takdok buak apo,
Bangun pagi2 aku duduk sajo
Makane maghi sendiri kerno ku ado hambo

Oo..rasa suko
Kerna aku doh gilo
.

Haa…sah-sah korang fenin dah ni. Saje je buat korang biol..ngeh ngeh. Pada sesiapa yang faham lirik di atas. Tahniah!

_____________________________________________

Cerita semalam…

Menjelang tengahari tu mak aku tipon all the way from kampung. First aku dah cuak dah napela mak aku nak bercakap ngan aku. Adakah sesuatu yang series dah berlaku kat kampung. Rupenya dia nak ofer duit..ngeh ngeh ngeh..best kan. Biasala mak memang akan tau je bila anak dia susah dan bila anak dia perlukan pertolongan. Tambahan dia risau kot aku tersangkut tang bayar umah. Tapi takpela, anakanda dah apply kwsp dah. Jadi paling seksa pun untuk benda-benda lain. Tapi rasanya En Khairul, hero kegemaran aku ni boleh je selamatkan wanita montel ni..so dengan lemah lembut aku berbicara ngan mak aku. Nak sedapkan hati dia sebab susah payah offer duit dia akupun bagitau la yang in case kalo kitorang tersepit sangat, kitorang akan mintak.

Tau tak duit tu dari mana? Duit tu hasil kerja dia menoreh getah tu dia simpan untuk waktu2 dia terdesak berserta ngan duit anak2 yang dihantar ke kampung. Adakah sanggup aku menggunakan duit itu. Dah la since aku masuk KPLI aku dah selalu fail hantar duit (eheh…malunye..) skang aku nak pinjam lagik. Tapi sebab dia mak, jadi untuk anak dia akan buat apa saja. Dan sebab aku anak, aku akan cuba apa saja untuk tidak drag dia dalam kesukaran aku. Cian la..orang dah la selalu sakit, aku lak nak amik kesempatan. Lagipun sebagai wanita Kelantan yang mempunyai aset lain a.k.a barang-barang berharga sebagai pelaburan masa depan, in case aku terdesak sangatpun, aku boleh gunakan aset tu untuk dihantar ke kedai Ah Tuck untuk dinilai dan diberi amaun yang setimpalnye. Ekekekek. Pastu aku tebus la balik..opss bocor lak rahsia.

Tapi itu jalan terakhir yang akan aku buat..paling koman pun aku apply ka Kad Kredit Bank Islam..kan ari tu dorang buat promosi. Bagila sokongan sikit.

__________________________________________________

Cerita lain pulak..semalam jugak

Semalam anak buah aku yg blaja kat UiTM tu call dan tanya pasal borang PTPTN online yang aku tolong isikan untuk dia. Dia duk risau nape dia x lulus lagi sedangkan kawan dia yang apply selepas dia dah dapat pun. Akupn godek2 balik permohonan dia..cuak dah ni. Adakah aku tergolong dalam golongan mak sedara yang hampeh? Yaa,,cek balik buka tu ni. Konfirm aku x betul2 setelkan borang permohonan dia. Sila hempok saya dengan penuh perasaan. Arghhh..rasa bersalah sangat nye aku. Pikir2 balik nape la aku ni cuai+hampeh+%&^5 sangat ek?

Sesi mempertahankan diri..masa dia duk kalut suh aku isi borang tu, akupun duk kalut ngan ade technician datang sebab nak repair kipas siling. Technician tu pun jiran aku gak. Dalam kalut tu la En Khairul marah2 aku sebab buat keja. So aku cakap la penting, dia suh stop gak tak kasi aku buat. Dah aku pun berusaha jugak buat dalam keadaan nak cepat takut ade perang dunia kan meletus. So, buat dalam keadaan tergesa2, aku just klik button simpan. Masa tu tengok dia nye side button cuma ada option sampai kelayakan je, so aku ingat sampai situ je la nak kena isi. Tak perasan langsung yang bwh sekali dalam page kelayakan tu ade button sebelum, simpan dan seterusnya. Aku cuma klik button simpan jek..ingatkan dah setel.

Yakin la setel konon. Semalam anak buah aku kol baru la aku kalut nak semak  balik. Then baru nak perasan ade button seterusnya. Tekan button tu baru la nak kuar pilihan IPT dan Jurusan, pastu baru nak muncul kat side button all the options; ape punye sistem daa.. (chee..salahkan sistem yang tak userfriendly).

Suara anak buah aku tu pun dah sengau menandakan dia baru lepas menangis..haru betul la aku ni. Tapi nak marah gak rasanye, apsal la dah 2 kali dia dtg sini xde lak dia nak cek keja dia ni? Siap main game lagi. Apapun, maafkan hamba yang hina dina ini.

_____________________________________________

Perasan tak, aku dah back dengan cara tulis blog yang santai and merapu..cam lebih suka cara ni. Just nak tanya, sapa yang suka cara aku yang ni sila angkat tangan, sapa yang suka cara aku yang sebelum ni, a.k.a cintai bahasa, sila angkat kaki dan sapa yang tak suke kedua2nya skali sila angkat laptop anda dan hempas. Sekian.

P/S: Call KPM semalam dia cakap result posting, hujung minggu ni atau awal minggu depan akan kuar.

 

Tak pasti nak letak tajuk apa…

Salam kengkawan sume..sorila dah lama benor tak berhapdet blog aku ni. Adela beberapa reason yang aku gunapakai yang menyebabkan aku tak berapa beridea nak mengupdate blog ni. Salah satu sebabnya kapla aku ade sikit biol, duk berjaga malam. Adif lately buat hal memalam buto. Sekejap-sekejap bangun, merengek…ntah apa masalahnya. 2-3 hari lepas tu badan dia ada sikit panas, tapi kejap-kejap jek. Tapi sekarang badan dah ok, cume problemnye dah jadi habit memalam melalak..seb baik aku ni tak stat keja lagi, jadi bolehla ala-ala nak memanjakan dia, bangun dengan penuh kesabaran. Kalo ditakdirkan aku dah keja dia buat perangai..tak pasti esoknya aku jumpa pintu bilik kelas ke tak..ececeh.

Sekarangpun dah taknak makan. Asal aku nak suap jek dia punye skil mengunci bibir tu cukup power. Sampai akupun tak tau cane nak suh dia buka mulut eventhough masa tu aku memang dah guna kekerasan dah sikit. Awal-awal aku cuti ari tu, elok jek dia makan 3 kali sehari. Sekarang sekali sehari pun susah, paling tidak aku sempat suap sekali jek, second time dia dah ready kunci mulut. Pastu malam melalak..

Hari ni nak try resipi lain pulak nak suh dia terpikat. Susah juga kalo dia terus ngan perangai camni..letih aku nanti. Nak kena latih balik, waktu makan dan tidur yang sempurna.

Akupun skang ni batuk-batuk je kejanya. Apa taknye, dah tau diri ni tak begitu sihat sangat anak tekaknya, masih ade hati nak minum ais. Aku ni memang jenis tak boleh minum ais akibat kegagalan fungsi kerongkong ni…minumla ais 2-3 kali, mesti malam tu aku dah terbatuk-batuk. Pastu skang kan musim buah, walaupun aku tak balik kampung, itu tidak bermakna aku tak boleh makan buah-buahan. Hari tu gi jalan-jalan umah mak pengasuh anak-anak aku dapatla seplastik besar rambutan dan manggis. So dengan penuh perasaan aku melantak buah-buahan tu…rindula katakan. Elok je aku makan malam tu dah terseksa batuk tak berenti. Ni pun stil ade lagi seplastik rambutan, jiran aku bagi semalam. Dengan kaler merah meranum tu, sape nak tolak..so yakinla malam tadi aku batuk dengan berjayanya.

Aku rasa bukan aku je yang nerbes skang ni, duk tunggu result penempatan. Akupun dah lebih dari 5 kali mimpi kan benda ni, 3 kali dah gi sekolah untuk mengajar, 1 kali gi sekolah untuk blaja (refer Selekeh) dan 2 kali proses semak result. Yang semak result tu, dua-dua kali aku mimpi semak result, dan kedua-duanya aku kena posting kat Kelantan..cam susah benor nak percaya.

Dah hampir dengan destinasi dah ni, tak lama je lagi kuar la result tu..harapnya aku sempat membuat tindakan yang sepatutnya. Tindakan yang sepatutnya? Tindakan apakah itu?

Hmm..oklah..teralit lak aku ni. Nak mandikan Adif dulu..