Sambutan Merdeka..saya tak merdeka lagi!!!

Hmm…ari ni ade sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah. Best sebab xyah masuk mengajar, maklumla saya pose. Disebabkan saya ni guru bertugas minggu ni, walaupun dalam jawatankuasa sambutan tu nama saya takde, tapi saya tetap kena kawal budak2.

Agak huru hara jugak pagi ni sebab tapak perhimpunan basah. Semalam hujan. So, plan asal nak suh bebudak ni berkumpul di tapak perhimpunan ditukar ke depan kelas masing. Nak kena tunggu kawasan tu kering sikit baru boleh mula.

Pukul 8 pg, budak2 ni turun. Mulalah acara, mcm biasa nyanyian lagu2 yang wajib, dengar perutusan GB, ketua tu ketua ni…sian lak tgk bebudak ni dah penat berdiri. Takleh duduk lagi sebab lantai tak begitu kering. Matahari dah naik dah sikit.

Part yang patriotik adalah perarakan di sekitar kawasan sekolah. Seb baik jarak nye tak jauh sangat. He he. Masa persembahan murid tu dah kelam kabut sikit sebab dah kul 10 lebih, dah panas dah. Makin lama makin chaos sampaikan beberapa persembahan terpaksa dibatalkan.

Sebenarnya ade 2 dewan lagi di sekolah ni, satu dewan terbuka kat tepi kantin. Tapi sana tak boleh muatkan semua murid. Dewan tertutup pulak tak dikemaskan lagi sebab situ ade 2 kelas. Tu yang keputusan nak adakan sambutan tu di tapak perhimpunan saje.

Sambutan ni nampak ringkas, tapi apa yang penting adalah penerapan penghayatan kemerdekaan kepada murid2. Kalo kita cikgu ni malas nak ambik tahu, apatah lagi mereka generasi muda yang langsung tak mengenal erti perit pedih dalam mencapai kemerdekaan.

Okla..taknak merepek. Gambar saya akan ditampalkan kemudian.

Hmm…saya ni jenis orang yang macam mana ye? Suka mendesak ke? Tak kot..ha ha. Tapi bila perkara yang dijanjikan pada sekian tarikh tak berjaya dilaksanakan, saya akan menggunakan kemahiran saya untuk menembak orang tu. Tapi kali ni, saya tak boleh menembak orang tu. Kisahnya pasal surat tawaran GSST. Sebelum balik tadi dalam pukul 12 tghari saya cuba telefon JPS sekali lagi. Dan macam biasa telefon tak bersambut. Nevermind, saya cuba call KPM pulak. Dapat! Tapi katanya surat tawaran tu akan diedarkan ke setiap Jabatan Pelajaran Negeri minggu depan. Lepas tu baru akan dihantar pada kita dari JPN masing2. Saya tanya, surat tu sampai ke rumah atau ke sekolah. Katanya akan sampai ke sekolah. Dalam ati dah bengkek sebab slalu ade perkataan minggu depan, nanti, akan, mungkin dan semua perkataan kategori tak pasti. Pastu tambah lagi satu minggu. Kiranya cukupla sebulan saya posting barula saya dapat surat tawaran tu.

Apa? Tak layak ke untuk saya risau terlebih? Eh mestilah saya risau dan amik berat melebih-lebih. Tu sume berkaitan ngan gaji saya la, makan minum saya ngan anak2 serta perjalanan idup saya sehari2. Kalo lambat dapat surat tawaran tu, lambat la dapat gaji, mungkin dalam bulan Disember baru nak merasa gaji. Saya ni cikgu mata duitan? Eleh…cuba korang letak diri korang ditempat saya, yang takde pendapatan berbulan2. Apa yang saya nak makan..pasir? Saya ok la…anak2 saya? Nak harapkan En Khairul sorg pun sian jugak.

Apapun saya harap kata2 makcik dr KPM tadi tu boleh dipercayai. Hmm..terpikir pulak…nanti kan dari JPN tu katakan kalo dia nak edarkan ke PPD pulak dan bukan terus pos ke sekolah kita, dan dari PPD pulak baru nak pos ke sekolah kita…bukankah makin lama masa yang diambil…hu hu..

Advertisements

Hapdet!!

Salam all..

Dah lama x menulis, cam banyak benda nak citer tapi bila buka laptop benda lain yang dibuat, bukannya update blog.

Cerita 1

En Khairul dah selesai interview KPLI ari tu. Bila tanya dia, katanya puas hati. Oklah…skang tunggu result je bulan 12 nanti. Kalo ade rezeki tu adalah.

_____
Cerita 2

Semalam saya naik angin sikit ngan bebudak tahun 6. Dorang ada gerak gempur. Seperti biasa saya akan bantu semampu yang saya boleh untuk dorang menjawab soalan. Kelas pertama tu saya dah cuba tahan sabar, sebabnya bila kita bagi muka sikit dorang dah lelebih pulak. Fine, selesai kelas yang tu. Then masuk kelas kedua pulak (kelas2 ni yang hujung2 tu), saya dah bagitau awal2 jgn bercakap dan saya tak akan bantu. Malas weh, lagipun bila dah bagi peluang tanya, mula la yang ade buat bising. Pastu, dalam saya dok bagi arahan jangan bising tu ada gak la yang tetiba melatah la. Dah bising nak salahkan kawan la pulak. Pastu kecoh. Hampeh tul dorang ni. Tahan sabar lagi.

Hampir setengah jam tahan sabar, tengok peel perangai bebudak ni memang melebih, saya fikir perlu ade reformasi supaya dia hormat sikit cikgu. Saya kuatkan suara saya, tapi kali ni saya sendiri perasan nada suara saya tu dah lain sikit. Sah saya dah nak hilang sabar. Lepas bersuara tu, tak lama ade la pulak budak yang bercakap ngan member siap pandang belakang lagi. Siap budak tu. Saya bangun dan berjalan ke arahnya dan saya jentik telinganya. Terkedu bebudak ni tengok. Siap ade sound efek terkejut lagi bebudak tu. Hambik ko! Saya boleh rasa masa tu darah saya naik. Muka saya panas. Fuh, saya perlu kontrol sat agi ade pulak yang maut atau patah tulang kan.

Selesai pemberontakan saya pada hari tu…lega saya berjaya kawal amarah saya tu. Kalo saya ikutkan je perasaan marah saya tu, ntah apa pulak saya carut kat bebudak tu nanti.

____
Cerita 3

Citer ni dah lama. Tapi menarik bagi saya. Alkisahnya saya kena jugak jaga kelas yang corot. Dan kelas tu boleh tahan juga tahap bising dan ganas dorg tu. Sekali tengahari tu, masa saya tunggu En Khairul, saya ternampak salah seorang murid kelas corot (bangsa India) tu yang sedang menunggu untuk dijemput pulang. Budak ni boleh tahan jugak penglibatan dia dalam kebisingan kelas tu. Kekononnya saya nak takutkan dia atau gertak dia, maka saya pun bertanya;

Saya: Mak kamu mana?

Murid: (Dengan selamba menjawab) Mak saya dah mati

Saya: (Terdiam) …..

Hah..hambik ko. Terkedu, kelu, terdiam, muka dah berubah dah sket. Cam mana nak kontrol ni, so tanya la soalan lain. Pastu siap cakap lagi ngan budak tu, “Sori ek, cikgu tak tahu pulak mak kamu dah takde.”

Apa yang saya belajar dari perbualan singkat tadi, latarbelakang murid ni berbeza. Sesekali kita perlu amik tahu keadaan mereka. Saya perlu lebih berhati2 dalam bercakap ngan murid2 saya ni.

Dan kalo saya ingatkan perbualan tu, mesti saya akan menepuk dahi berkali2.

_____
Cerita 4

Minggu ni saya ngan cikgu Hasnizam jadi guru bertugas. Seb baik Isnin takde perhimpunan. Sebelum ni cikgu Hasnizam yang handle pengumuman pagi, tapi hari Rabu ari tu saya test bakat saya. Masa saya suh bebudak ni beratur, cam takde efek jek. Maklumla sore lembut jek. Pastu buat pengumuman pun sedikit kelaka, sbb kata cikgu2 senior ada perkara yang saya tak perlu sebutkan cam contoh duit ilang takyah sebut nilai, kan ramai yang datang ngaku. Ooo. Ok.

Seronok lak dapat buat benda baru. Rehat tahun 4, rehat tahun 5 dan 6, saya sepakat jaga budak ni masa nak masuk kelas ngan cikgu tu. So far so good. Dah makin terer kawal budak yang ramai dan tak dengar kata.

Hari ni lak lewat sikit sampai sekolah sebab jem, hujan. Elok je saya tulis kedatangan, dengar dah cikgu Hasnizam suh bebudak ni beratur. Okla, so saya amik alih pegi buat pemantauan dari kelas ke kelas, nak pastikan dorg senyap dan beratur dengan elok. Dan kena puji ngan cikgu Hasnizam, efisyen bab tulis report guru bertugas..he he. Ye la tu.

Esok ade sambutan bulan kemerdekaan. Jadi takde kelas, ade pertunjukan dan benda2 yang boleh membuatkan saya menguap, apa lagi kalo bukan bacaan perutusan dari orang tu atau orang ni.

_____
Cerita 5

Saya nak surat tawaran saya…MANA????!!!

MInggu lepas masa cuti dah call KPM, katanya dalam minggu ni surat saya akan sampai ke setiap JPN. Fine, saya tunggu. Masalahnya, dah 2 hari saya call JPS (Jabatan Pelajaran Selangor), takde sapa yang angkat. Hari ni call lak, bila transfer ke bahagian yang sepatutnya pun bertahun menunggu sampai burn kredit hp saya. Marah betul aku!! Wujud ke tak jabatan tu? Yang handle surat tawaran GSST? Huhh…lembap tul.

Kerani kewangan sekolah saya setiap kali jumpa saya akan tanya pasal surat tawaran tu. Kalo la saya dapat awal surat tu, skang ni pun dah setel dorang uruskan. Tapi tidak. Akak tu cakap, “Dah sebulan posting pun tak dapat surat tawaran lagi? Tak beraya la tahun ni.” Ye la kak, saya menjadi mangsa keadaan. Walhal dulu saya ni ada gak la kutuk kerani2 sekolah yang buat keja lambat sampaikan cikgu2 baru yang posting lambat dapat gaji. Skang ni persoalannya sapa yang menyebabkan gaji saya lambat dapat? Sapa? Sapa??!!!!!!!!!! ARGGHHH!!

Rindu ku pada kampung halaman

3 hari di kampung sudah cukup untuk saya melepaskan rindu pada mak ayah dan pekan kecil saya Machang. Kali ni saya pulang tanpa suami, menumpang kakak. So apa lagi, aktiviti asyik shopping, shopping dan shopping lagi. Sayang sekali pada pasar minggu (org sana panggil pasar sena a.k.a pasar senin) xleh nk shopping sakan. Sebabnya para bapak ade ikut sekali, so x larat tengok muka boring dorang. Pagi selasa tu kakak saya dah warning asben dia sesiap, jgn ikut. Saya ngan dia je yg pegi sebab kitorg nk memilih barang…he he. Konon la. Tapi xleh gi lama jugak sebab kitorg x brekfest dulu. Apalagi, mau menggigil kepala lutut nk mengabiskan shopping. Tapi puas hati jugakla, sebab blh pusing dua tiga kali market mache tu. Macam biasa, makanan mmg selalu terlebih sampai x abis.

Lama betul rasa tak menjenguk kampung, since march ari tu last saya balik. Almaklumlah, abis jek kpli saya x ada kesempatan nak balik (atau mungkin senang citer takde duit, wakaka). Ni pun tak la rushing sangat sbb saya tak singgah umah mak mertua saya (bertuah punye menantu). Nak buat macamana, sy xde pengangkutan, tambahan lagi dorg pun sibuk…so raya la ye kita jumpa.

Makan? Huh..kalo dah namanya balik kampung umah mak sendiri pulak tu..aktiviti utama saya ngan kakak saya adalah mengunyah makanan. Adif pun terpengaruh sekali dah. Kakak tu kira tolak tepi la, mmg spesis tak makan. Sebabnya, mak saya ni mmg tahu la kelemahan anak2 dia yang 2 org ni…sambal durian!! Ada orang x tau sambal durian ni macamana. Dia bukan sambal tempoyak, atau sambal yang diregukan dengan ulas durian. Ni sambal yang di adun dengan isi durian. Sedap. Pedas, manis dan lemak. Cane tu. Tapi bg kami dua beradik ni, kalo ade sambal ni, takyah la susah2 nk bergulai ke, berasam pedas ke, berkari ke..cukup ade ikan rebus goreng dan petai. Kami boleh menghabiskan seperiuk nasi dalam masa yang tak singkat. Jgnla kutuk..dah mmg suke nk buat cane. Tu kira trademark mak saya la..sbb masa kakak saya yg duk Tumpat tu dtg selangor nak antar anak gi UiTM pun mak saya bekalkan sambal tu.

Ingat pulak masa saya KPLI saya bawa sambal durian. Tak sangka ramai yang suka. Dan ada yang rindu pada sambal durian tu.. (refer Sentimental, shazanateh).

Well..dh bercerita pasal tu tetiba jadi lapar…huuu…siap keroncong lagi. Okla nk gi goreng ikan kering and petik ulam kat belakang umah jap. Nak makan nasi ngan sambal durian dulu…(lapa lapa lapa!!)

Cuti sekolah!!

Salam all…

Malam tadi saya baru saje sampai dari kampung. Balik kampung beb! Dah lama tak balik ni. Sabtu hari tu, my sis call dan ajak saya balik bersamanya. Plan asal dia nk drive sendiri so saya just temankan je la. Tapi skali abang ipar pulak tak berani nak lepaskan wife dia tu drive sendiri, so balikla aku ngan dorg suami isteri dan anak2, tinggal En Khairul sensorg kat umah. Nasib la, kan nanti hujung minggu ni dia lak yang nak balik sorg2, tinggalkan saya. Uwaa…takpela. Dia balik untuk berjuang. So, saya kena kuat la, duk sensorg kat umah 2-3 malam.

On the way dari kelantan ke klang, ms tu mungkin dh sampai Raub la agaknya, saya menerima satu panggilan telefon dari nombor yg tak dikenali. Bila bercakap tu saya mcm boleh agak je yang no phone tu dari salah seorang murid sy sms saya praktikum. Dan tekaan saya tu betul. Tapi kali ni kakak kepada murid saya yang bercakap, dan nadanya agak lain. Dan saya tak sangka saya akan mendengar dialog sedemikian.

Kakak pelajar: Ni cikgu Zha kan?

Saya: Ye, saya.

Kakak pelajar: Ni kakak Asna Aini, saya jumpa nombor cikgu ni dalam diari dia. Cikgu, Asna dah meninggal semalam…

Saya: (Kelu, tapi cepat mengawal keadaan)

Dan saya meneruskan perbualan seperti biasa, bertanya tentang keadaan arwah sebelum meninggal, lokasi pengebumian, dan sempat berbual dengan ibu arwah. Kesian ibunya, bila saya bagitau arwah seorang budak yang baik, ada sedikit getar pada nada bicaranya. Dan jenis saya, kalo keadaan sedih macam tu mulala saya nk melawak, sebab saya gementar, takut saya membuatkan orang semakin sedih.

Hakikatnya, saya agak terkilan kerana tidak berpeluang bermesara dengan arwah. Sebabnya, arwah sendiri jarang ke sekolah sebab sakit lelahnya. Tapi jika dia datang ke sekolah, arwah memang nampak kagum dengan saya. Segala soalan akan ditanyanya, hatta benda yang bukan dibawah jagaan saya. Mungkin sebab saya cikgu baru. Dan selepas saya tamat praktikum, arwah juga beberapa kali menelefon saya. Sungguh saya tak sangka arwah akan meletakkan no phone saya dalam diarinya. Dan sesungguhnya saya tidak tahu reaksi yang bagaimana harus saya tonjolkan pd saat saya mengetahui pemergian arwah.

Saya berharap arwah akan ditempatkan di kalangan orang yang dirahmati Allah. ALFATIHAH.

P/S: Terbayang kesedihan ibu arwah. Saya juga seorang ibu. Singkat masa tuhan meminjamkan Asna, cuma 10 tahun. Pada ketika saya memikirkan arwah, saya memeluk erat kedua2 anak saya. Semoga Allah memberikan umur yang panjang kepada kami sekalian supaya aku dapat melihat anak2 ku membesar.

Down

Ari ni aku rasa cam down sangat. Rasa macam tak berguna..USELESS! Tapi mmg aku ni useless pun. Tau…ramai yang dok kutuk aku kt blkg…ramai sangat. So, akupun nak gakla kutuk diri sendiri. Aku ni hampeh, satu sen pun tak guna, menyusahkan orang jek, useless!!!!!!!!!

Ok. Titik.

Fuuuuuh…tarik napas..rileks. Nak yoga kejap.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Agak terlambat untuk memulakan sesuatu, ramai yang susah sebab aku. Tapi bagi aku sedikit waktu dan peluang…aku butuhkan kekuatan. Sampai satu saat, aku takkan bebankan korang…lagi.

Happy birthday Kakak

Yeay, anak mama dah genap 3 tahun ari ni. Tp syg xleh celebrate sbb mama ada majlis bacaan yasin dan solat hajat kat sekolah malam ni. Xpe, nanti bulan 12 kita celebrate sesama ok.

Happy birthday Puteri Irnies Najwa…

Kenangan indah…

Kita layan gambar je la…

me n en khairul
me n en khairul

 Gambar ni kitorg amik masa usia perhubungan tak sampai sebulan pun lagi. Kira berani mautla..habis la jugak satu roll filem tu. Seb baik aku tak kena sebat ngan ayah aku. Ye la, mude lagi, mana la tahu efek pada orang sekeliling. Kononnya niat murni nak amik gambar jek, takde niat lainpun.

 

Malam Jamuan Pengawas
Malam Jamuan Pengawas

Masa malam jamuan pengawas, sempat lagik posing. Tengok tu kaler apa kitorg nyer baju? Purple!! Ah..tak nampak sangat dalam gambar. Tapi tu la, memang berjanji pun nk pakai kaler sama. Klaka ok, remaja punyer cara bercinta..remaja kampung lak tu.

Me, Zha and En Khairul is Khai. We combine our name, so it’s become KHAIZHA. And where did the 98 came from? From the date of course! 9 August 1998, 9/8/98…khaizha98!
Orang kata x elok gabung nama..tapi bantai jela..dan tak sangka hubungan kami ni boleh bertahan sampai sekarang.
SYUKUR!