Sukeyyy!!!!!

Hoyeah…hoyeah…

Suke, seronot, gumbira, bahagiye…sume ader. He he…sebabnye …

GAJI DAH MASUK!!

Alhamdulillah. Memang cepat jugakla sekolah ni…sekolah PTG katanya. Apa tu PTG, ntahla. Tapi cam sekolah yang bertanggungjawab ngan akaun ke apa ke, kitorg ade peruntukan sendiri untuk gaji cikgu. Pastu segala hal boleh dibuat terus tanpa perlu melalui PPD. That’s why cepat tu.

Tengahari tadi lepas balik sekolah sempat la semak online CIMB, scroll ke bawah dengan perasaan kosong je tak berharap. Sekali tu diaa..dah masuk. Suke. Bila disemak lagi semalam lagi dah masuk. Tapi nape semalam masa cek ade belen ciput je. Ke masa aku cek tu masih lagi floating kot. Tak kisahla, ni pun dah kira awal dari jangkaan. Sempatla aku buat persiapan untuk raya. Lega beb..macam terbang sekejap bila tengok amaun yang ada dalam akaun.

Sebelum tu di sekolah ada majlis khatam Quran Perdana, khas untuk budak2 tahun 5 dan 6. Lepas tu ade sesi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di antara guru ngan murid dan sesama guru. Bagus jugak dibuat camtu…kita tak tertinggal sesapa sebab sume berkumpul kat sana. Tapi segan lak bila tang cikgu lelaki yang mulakan dulu, mintak maaf ngan cikgu pompuan. Aku la yang rasa segan sebab ade sesetengah tu baru tengok ari ni. Dah macam jepun lak main angguk-angguk.

Ok setel satu kisah…berbalik pasal gaji dan persiapan raya…malam ni jagala Jusco Bukit Raja…kitorg nak serbu. Kakak ngan adik kena tinggal. Kan jadik cam tahun lepas bila kakak dengan selambanya pegang tangan orang lain dan ikut orang tu. Dah tu jenis yang suka main hide and seek. Pekebenda nak hide and seek tetengah orang ramai. Kalo shopping 2 jam tu, sejam adalah untuk mengejar dan mencari dia. Tahun ni sori, tinggal la kat umah mak pengasuh.

Dapat banyak, tapi banyak jugak yang ditolak untuk bayar hutang piutang..he he. Kesimpulannya aku orang biasa-biasa aje..takdela nak beria-ia…macam biasa je bajet raya kali ni. Okla..perlu menyiapkan juadah berbuka puasa..(eh bukan ke baru sat je call En Khairul suh beli kat bazaar ramadhan). Maklumle dah loded dah sket. He he. Adios.

Raya…datang lagi

Salam…

Yeah, seperti mana tajuknye entry aku kali ni, pasal raya. Mungkin boleh dikatakan raya kali ni yang paling syahdu la untuk aku. Bukan sebab apapun, tak sempat nak buat persiapan awal. Maklumlah, kali ni dah ada 2 anak. Dengan ekonomi yang baru nak stabil ni, yang paling kesian kat anak-anak la.

Hari ni aku dah terima surat dari Bank Islam, memberitahu yang kad kredit dah lulus, and boleh amik bila2 masa dalam 6 bulan. Heh, sorila. Aku dah buat keputusan dah. No credit card! Tak yah la..dah ok dah skang ni. En Khairulpun dah masuk gaji. So relief sket. Cuma tu la, waktu dah singkat sangat. Nak shopping baju, mungkin balik Kelantan nantilah. Seb baik aku ni tertelipon pusat kad kredit ari tu. Info yang aku dapat tu, melemahkan semangat untuk aku ada kad tu, menyebabkan aku dah set dalam kapla, takmo pakai kad kredit. So, walaupun kad tu dah lulus, aku mmg tak akan ambik. Tambahan gaji En Khairulpn dah dapat, jadi guna je yang tu. Kesimpulannya, aku terselamat dari perangkap kad kredit.

Lagipun, insyaAllah sebelum raya dapat gaji. Jadi sabar je la, sikit lagi. (Tu jugak ayat yang selalu aku guna untuk pujuk diri sendiri dalam apa jua keadaan yang menekan).

Kali ni pun aku akan beraya sebagai orang baru…agaknya la. Maksud aku dengan kerjaya baru. Satu gakla sebabnye, aku sedikit segan. Ye la, nama jek cikgu tapi sengkek. He he…baru merangkak beb. Tak kisahla.

Tapi kali ni rasa kurang meriah tak seperti tahun lepas. Tahun lepas kan masih belajar, suasana tu macam best je,terutama bila balik semula ke maktab. Hmm…bercerita pasal maktab, aku resah pulak memikirkan kawan2 yang tercampak jauh dari kampung mereka, terutama yang tak balik raya. Sah2 syahdu bila mendengar takbir raya nanti. Korang tabah la ek. Aku cuma boleh “memberi sokongan dari belakang” je. He he…ayat biasa yang aku pakai. Ye…hanya sokongan moral je, selebihnya terpulang pada tuan punye badan.

Pasal seorang kawan jugak, berjauhan tu memang memedihkan…percayala, sekarang je aku stabil, bahagia dan nampak ok. Dulupun aku penah gak menghadapi situasi yang sama, berjauhan dengan orang2 yang aku cintai dan kasihi. Cuma bezanya masalah aku ni tak sekronik kawan aku, sebab masih dalam semenanjung Malaysia. Tapi kesedihan tu sama saja, sebab ianya berkaitan dengan hati..jiwa dan raga. Seringkali bila kita dalam kerinduan, yang amat pedih kita rasa adalah pada bahagian hati, sampai satu ketika kita terpaksa menekan kawasan hati kita. Dan perasaan pula berkecamuk, sebab kita dah tak stabil.

Sebab itulah, dalam apa jua masalah, cubalah cari ketenangan. Macam aku selalu buat..YOGA..he he.(ntah pe pe la)

Apapun, untuk kalian yang berada dalam zon stress…mohonlah ketenangan dari Yang Maha Esa. Dan berdoala supaya mereka yang kita tinggalkan sentiasa sihat dan selamat.

**sblm ni cam takde mood raya. Pastu dah dekat raya, bila dengar lagu raya perasaan macam ntah apa2 jek…sadis, kuciwa…skang ni baru ade semangat nak beraya..

Selamat hari raya…mohon maaf zahir dan batin.

Update dengan slow motionnye…dan lemah lembut

Salam,

Pada kawan2 yang nakkan resepi kerabu tu, sori la ek. Dah draft tapi tak siap-siap. Korang ikut link ni je, lebih kurang ngan resepi saya. http://www.myresipi.com/top/detail/275.

Maklumla, masa buka internet pun lepas berbuka and masa anak2 tidur, jadi kondisi tuan punye blog takdela begitu memberangsangkan. Mengantuk dan penuh perut…menyebabkan elemen kemalasan yang melampau. Sesekali sempat gak online lepas balik dari sekolah.

Haa…ade sedikit berita baik, laptop dah boleh guna macam biasa. Tapi dengan beberapa syarat; tak boleh terlalu kasar, nak taip kena slow2 dan lemah lembut, dah tak jadi mobile dah, statik satu tempat jek. Pastu skrin pun separuh je nampak dalam 65% jek. Tapi kira okla tu dari hari tu langsung takleh nak on. On je terus putih.

Takleh nak update pepanjang, En Khairul ni mengacah-acah kat skrin. Saje je nak tengok kestabilan skrin laptop ni. Hempuk gak nanti..isk. K lah, sebelum skrin ni bertukar putih, better publish dulu yang ni…kan kalo tak sempat macam ari tu mau sakit jiwa balik.

Raya ke naya?

Benci tul, raya kali ni pokai la nampaknya. Seb baik isu gaji dah setel. Sume dah submit. Kerani sekolah aku kata insyaAllah sblm raya boleh dapat. Tapi lambat gak, dalam 30 atau 29 haribulan baru dapat. Okla…at least dapat gak. Kiranya aku nak shopping pun malam raya la kalo sempat. Tupun, kalo betul2 masuk gaji. Duk doa ni biar betul tarikh tu, kalau boleh lagi awal lagi bagus.

Pastu, sblm isu gaji ni setel, aku ni gatal2 nak apply kad kredit Bank Islam. Nak guna duit kan, nak raya. Awal September dah hantar borang, dalam 3 haribulan kat sorang agen ni. Agen lompat2 pulak tu. So sekarang ni cam tak sabar la nak tahu status pemohonan tu, lulus ke tak. Nak guna duit sesangat ni. Kalo tak, jangan harapla aku nak apply kad kredit.

Ejen aku ni jenis yang sms tak berbalas, call jarang nak dapat. Hampeh kan? So ari ni call jugak dia tanya status. Katanya dalam proses, dalam hujung minggu ni mungkin setel. Pastu aku tanya nombor Bank Islam yang boleh dihubungi, saje tak puas hati nak tanya sendiri. Bila call Bank Islam, permohonan aku masih lagi tak lulus. Fine, tanya2 lagi, oficcer tu bagitau aku nyer permohonan sampai kat dorang 11 haribulan ari tu. Proses amik masa 14 hari bekerja. So kira campur tolak cam takde guna gak aku apply benda alah tu. Lagi sekali hampeh. Pasni aku nak kensel. Nak  buat apa dapat lepas raya. Masa tu akupun dah ade gaji. Yang lagi panas ati pasal borang aku, mamat ejen tu dan peram borang aku sikit punye lama, dari 3 hb aku bg dia, 11 hb baru dia antar. Hampeh yang amat!!

On the way balik aku singgah kat CIMB Port Klang, sbb nak buat atm card. Ye la, kata nak masuk gaji (aku guna CIMB). Tunggu la dalam hampir sejam jugak, last2 bila sampai kemaskini buku, buku lak tak aktif sebab takde keluar masuk duit. (Dah bank ko x best!). So, tangguh lagi, kena bank in 20 henggit dan kuarkan balik 5 henggit, barula kira buku dah aktif, then baru blh apply atm card. Khamis ni lak kena pegi, nyampah!!

Seb baik masa sampai umah aku nampak pos express yang betulisan tangan sendiri. Apa tu? Result KPLI dah dapat. Dan Alhamdulillah…melepasi tahap yang aku bayangkan. Syukur. Sekurang2nya aku dapat cover perasaan panas sepanjang tengahari tadi.

Hmm…kena tukar plan. Survive dengan apa yang ada sementara nak dapat gaji. Bank Islam…aku haramkan terus segala loan atau kad kredit. Biarla pelan2 menyimpan. Koser tul ngan ejen korang yang hampeh tu.

ATTENTION!!

SEE..ATTENTION. SKANG TGH TENSYEN.

Blog tak akan diupdate untuk beberapa lama. Mahap pada yg nk blaja msak kerabuu tu.

Reason:

Puteri Irnies Najwa telah menutup skrin laptop secara ganas sambil diletakkan ketul bateri atas keybod. Akibatnya, skrin laptop ni pecah dari dalam. Nampak tak..PECAH!!!!

Nak on laptop bercinta nak dapat tengok dengan elok. Biasanya lepas running kejap akan automatik jadik blank..PUTIH.

Warrgghhhhh….!!!!!

**Asal nak loded sikit dpt tunggakan gaji, ade je nak kena tukar. Bendaalah ni makan ribu jugak. Waaa…nak kena tukar seketul. Sapa yang ade info skrin laptop murah mintak tolong tinggal info kat komen.

Ribut!!

Salam semua..

Tak terlalu lewat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam.

Hokey, ari ni cam biasa, liat sikit nak gi sekolah. Lepas sahur tido jap, pastu mula la ngantuk je nak bersiap. On the way nak gi sekolah tu, masa dah ade area Telok Pulai, tengok kiri kanan jalan banyak pokok yang dipotong dahannya. Ingatkan MPK la yang potong (elleh, macam rajin sangat). Banyak juga daun2 pokok ngan batang2nye bersepah2 kat tepi jalan. Masa tu tak perasan pun benda lain, sebab ralit duk tengok pokok. Masa masuk lorong kecik nak ke SKTP tu, nampak lagi pokok tumbang kat kawasan perumahan. Dalam kawasan sekolah pun ada beberapa batang pokok yang tumbang. Eh, ni maksudnye ada ribut la ni semalam. Hari ni En Khairul x hantar saya sampai dalam, segan sebab ramai orang, cikgu2 ngan murid2 yang berdiri kat luar bangunan terutama kat tepi tapak perhimpunan. Saya tak mengesyakki apa2, berjalan masuk ke dalam. Masa tu la baru nampak segala cerin, bumbung sekolah dan sampah dah bersepah2 kat atas bumi. Masa nak masuk ofis nak tanda kedatangan pun, lantai kotor semacam jek.

Kesian pulak tengok pakcik yang membersihkan sampah dan sepah tu. Dah la tua, dia sorang je yang buat, sebab yang lain pompuan. Maknanya, kalo dipandang di setiap sudut kawasan sekolah tu, agak disaster jugak la. Tak terurus jadiknya. Kelas2 pun cam basah, meja kotor, kerusi cikgu lembap. Seb baik takde la sampai kena isytihar darurat.

Hmm…minggu ni just jaga exam. Bebudak ada Ujian Bulanan 4. Tu pun ade gak paper yang skip, sebab x siap rexo lagi. Apala kerani sekolah tu. Dah lama cikdu pembuat soalan antar kertas, x juga rexo. Pastu dah mesin rosak pulak…tension ngan keja yang overload tu. Nasibla bukan berurusan ngan aku…

Okla…xleh banyak sangat tulis entry. Nak pikir nak masak apa karang. Buat kerabu la, dah lama x makan. Saya masak byk sekaligus untuk sahur. Nanti masa nak sahur panaskan je. Malas nak bersilat pepagi.