Syukurnye…

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, aku masih boleh kembali ke blog ni dalam tempoh yang lebih awal dari jangkaan. Nape aku kata macam tu…nap aku senyap lama sangat?

Ingat tak aku penah bagitau psl skrin laptop aku yang dah pecah? Sehingga memaksa aku brenti dari update blog sikit punye lama?

Tu satu hal. Lepas tu lama gak baru la aku boleh guna balik laptop aku ni.

Tak lama lepas tu, tau apa jadi? Bila keadaan skrin dah stabil balik…laptop aku corrupt la pulak. File system missing ke rosak ke hapa ntah. Lama gak aku duk perap benda ni, sesambil cube mnggodek sikit sebanyak ssuka hati tanpa ilmu secukupnye.

Pastu dah tak tau apa nak buat, aku peram lagi. 29/10/08-Sehinggala aku teringatkan Che Lan, member sekelas kpli (mmg dia tempat rujukan untuk sebarang mslh berkaitan computer dan yg sewaktu dengannya). Msj punye mesej sesambil cuba buat sikit sebanyak…tadaaa..jadik. Suke betul aku. Dalam halangan skrin blh nampak separuh jek, berjaya juga aku restore pc ni.

Pastu, bila dah ok bab tu…sampai lak bahagian register windows pulak. Lagi sekali haru..aku mana nampak button next ke hapa ke. Sume main agak2 je. Berjam2 dan berpeluh2 aku buat benda ni. Brjaya juga aku setel page 1 dan 2…sehinggalah aku stuck kat page 3, yang bahagian agreement. Mana aku nak klik ni nak pastikan aku kena kat bahagian combo box (ye ke istilah tu). Alaa, yang bahagian tick untuk setuju tu.. Jenuh mencuba langsung tak berjaya. Petang tu dapat idea nk cuba sambung lcd screen komputer kakak aku ngan laptop aku. Manala tau, kalo nampak senangla aku nak setelkan kerja ni.

Sadis…tak brjaya juga! Aku pun dah penat…penat dengan menanda kertas peperiksaan budak lagi. Fedup…aku pikir next time la aku buat. Kan lg 2 minggu aku cuti panjang. So bolehla diusahakan cara lain.

Tapi semalam, terfikir lak nk mintak tolong sorang cikgu kat SKTP ni. Kiranya dia ni ok gak la dalam hal2 komputer ni. Guna kaedah yang sama, nk sambung monitor pc ngan laptop aku. Cuma nk suh dia ejas kasi nampak. Maka berpeluh jugakla cikgu Razak ni mencubanya…hampa lagi sekali. Tak boleh!

Dia nyer nasihat, tukar laptop screen ni ngan lcd screen kat kedai. Kira permenant la skrin tu, tak mobile dah la aku nyer laptop ni.

Ye la..ok gak. Takla semahal aku tukar skrin laptop, makan ribu cam nak beli yang baru. Yang tu cuma plus minus RM500 jek.

Tapi cam biasa la, petang ni aku cam tak tenang selagi laptop aku ni tak pulih cam biasa. Supaya aku dapat bahagia melalui alam cyber bersama, menjejaki blog2 sahabat yang aku kasihi…(cewah..) dan lain-lain lagi. Maka aku pun cam biasa, buang masa sambil godek2 laptop ni. Dari pukul 3 lebih membawa ke petang, maka tepat pukul 5 tadi, laptop kesayangan aku ni telah brjaya kembali berfungsi seperti biasa.

Nak kata hebat tu tak la. Tapi kira sensor kat jari aku ni boleh tahan jugakla. Aku brjaya melalui proses mendaftar windows tanpa nampak butang2 kecik yang perlu diklik tu..,magik. I like!!

Alhamdulillah…selamat duit aku..ngeh ngeh ngeh.

So, aku cepat2 on. Pastu kelam kelibut cari data card nyer installer..install dan wallah..!

Akupun update aku nyer blog ni..Harap korang faham la nape aku ilang lama dah.

**aku ingat kan ni la petanda nyer suh aku beli laptop baru….tapi seb baik la dia dah ok balik. Tapi kalo jadi lagi musibat ke atas laptop aku ni…kompem aku campak je dalam ..oppss!! saya sayang awak laptop bucuk…muah muah muah…(taknak jadi macam sorang tu, asal rosak suh campak dalam tong sampah..belagak!!!)…

**lg satu, laptop aku ni dah rosak tang key e. Kalo ade word yang cam tak lengkap sebab e takde…korang ppeandai tambah sendiri. Jenuh nak tekan banyak kali.

Advertisements

Utiliti o Utiliti

Salam

Semalam bercerita tentang raya yang terganggu sebab blackout, letrik takde. 2 3 buah umah ade buat open house kat taman perumahan ni. Terganggu betul. Kesian pada yang terlibat. Gelap gulita sebab hampir satu pulau takde letrik. Ari ni tau apa jadi? Dari petang mambawa ke malam ni takde AIR!!

Weh sabotaj weh! Hampeh la PBT ni. Aku kan perasan sangat la, asal time orang sibuk la dia takde api takde air. Ingat lagi raya 2 tahun lepas. Masa tu masih lagi kat umah sewa. Hari sabtu kakak aku sibuk nak masak sebab dia buat rumah terbuka. Yang takde adalah air. 2 3 kali call Syabas (eh masa tu Syabas ke masih lagi Puas, lupa). Lama gakla baru nak ada air. Masak and basuh guna air yang dalam tong. Seb baik ade simpan air.

Skang tahun 2008, masih gak benda yang sama. Hampeh tul.

Sabotaj ok sabotaj!!

**aku emo walaupun aku takde buat rumah terbuka, tapi aku adalah manusia yang menggunakan air sebagai keperluan asas.

Tetamu part 2

Ahah..dah syok pulak ikut budaya raya orang sini. Jiran-jiran aku tu datang beraya ari ahad malam senin. Esoknya aku dah pakat ngan En Khairul nak balas lawatan jiran aku yang umah hujung pulak. Tapi masa memang tak kena betul. Biasala En Khairul balik mesti dah kepenatan (maklumla pepagi antar aku pastu terus gi opis sampai kul 5 lebih baru balik.) So bila masa nak beraya? Jawabnya 6.30 lebih baru nak bersiap. Kul 6 lebih dah rapat ngan maghrib baru nak pegi. Aku dah sound jangan pegi lagi tapi degil gak. Akibatnya jadila macam orang yang tak pandai tengok masa dan keadaan. Hu huu.

Malam ni lagi dasyat. Balik dari shopping di Giant Bukit Tinggi bila masuk area rumah dah nampak orang jalan2 sekitar situ. Parking depan umah aku pun dah penuh. Rupanya jiran aku buat umah terbuka. Elok je kuar dari kereta, orang tu jemput ke rumahnye. En Khairul pun ajak la aku pegi. Aku kali ni ambik langkah selamat, masuk dalam umah dulu tukar baju raya yang aku dah guna semalam (sekejap je pun) barula aku beraya rumah orang.

Macam biasa, Adif akan jadi halangan yang paling besar dalam pergerakan aku. Tak senang duduk. Kakak pulak terlebih senang duduk. Merayap merata. Tak larat nak celik dah,tak paham2. Kalo dia datang dekat, mau je aku cubit karang.

Lepas beraya rumah jiran depan tu, pegi lak rumah jiran sebelah kanan. Balas lawatan ari tu. Masa ni Adif dah kena tinggal dalam umah. Sensorang tengok citer kartun. Aman sikit nak beraya. Tapi tak lama lepas tu..POOOP!! Blackout la makcik! Menggagau aku berlari balik teringatkan Adif. Sah la melalak budak tu, kegelapan keseorangan. Cian.

Sesi beraya terpaksa ditamatkan lebih awal. Selamat aku sebab tak sempat sampai turn rumah aku (lagi sekali busuk hati! Ha ha). Apapun aku dah boleh adapt dengan gaya orang sini beraya. Next time aku akan prepare elok2 untuk raya. InsyaAllah, by that time aku dah boleh upgrade rumah dah sikit. Well, aku enjoy raya kat sini. No doubt, syawal lebih meriah di Selangor.

Tetamu…

Salam..

Masih feeling raya lagikah korang? Sebagai seorang warga Kelantan, aku dah takde sangat rasa nak raya. Sebab biasanya orang sana beraya paling lama pun sampai raya ke4 dan ke 5 jek. Tapi disebabkan aku dah jadi warga Selangor, secara tak langsungnya aku kena ikut cara orang sini.

Fakta:

1. Aku skang cuma ade dua jenis kuih raya jek, tu pun untuk sekali hidang saje.
2. Balang kuih raya…pernah ada jenis plastik dalam tahun 2004 dan 2005. Jenis yang satu bekas banyak compartment. Tapi dua tahun beraya takde sape datang, bekas tu tak dibuang pun plastik pembalutnya, so otomatik bagi mak kat kampung jek.
3. Ruang tamu bersepah, sebab skang tidur kat ruang tamu, angkat toto keluar masuk bilik. Perhiasan rumah tamu,hancus. Xde seri langsung.

Fakta tak perlu banyak, 3 sudah memadai. Tapi kalo diteliti, boleh bayangkan betapa aku tak bersedia menerima tetamu. Hak hak..busuk ati. Bukan apa, ingatkan takde orang nak datang. Tapi rupanya ade. Dua tahun duk perumahan ni, tahun pertama memang takde sape yang sampai mungkin sebab masih baru. Tahun ni sampai jugak dorang rumah aku.

Fakta lagi, 3 kali menerima tetamu:
1. Tetamu pertama, Kak Ros (bekas jiran umah sewa). Dia memang selalu sampai umah aku. Almost every year datang beraya. Aku je yang tak sampai2 umah dia. Hampeh betul saye. Tahun ni dia datang masa hari first kitorg sampai dari Kelantan. Sampai dalam kul 2 lebih, mesej dr dia tanya aku dh sampai kel lum masuk kul 4 lebih. Aku balas dalam kul 5 lebih. Bagitau dh sampai, nk datang silakan tapi umah bersepah. So betul dia datang, tapi dimaafkan sebab memang br sampai umah kan. He he. Lagipun memang dah biasa ngan dia. Tak kisah dah. Dia ni sarat sangat dah mengandung masa ni. Terbaru, kemarin dah bersalin anak ke 5. Lelaki. Semuanya lelaki. O..lupa nak gitau, dia datang naik motor ngan 3 orang anak lelaki dia tu. Yang sulung pulak naik beskal.

2. Tetamu kedua dari rombongan mak pengasuh anak aku ngan jiran-jirannya yang aku tak kenal. Mengejut nak datang petang bila ntah. Aku balik dari sekolah tak mandi pun lagi (he he) tengah syok surf internet. Biasala kalo aku dah buka laptop aku memang kusyuk tak ingat dunia dah. Masa dia call tu dah ade kat area umah aku dah. So kemas je la apa yang patut.

3. Pernah terfikir nak beli balang kuih tapi memandangkan xde kuih dah pun so tak jadi beli. Yang sadisnya tak berapa lama tu ade lak jiran2 aku nak datang beraya. Walaweh. Maka akupun sepantas kilat je la menyediakan apa yang patut. Syahdu tul. Tapi ok je la. Lepas dorang beraya umah aku, dorang pegi umah sebelah. Memandangkan aku tak beraya lagi ngan orang sebelah,maka aku pun join sama la.

Fakta hampeh: Orang datang beraya umah aku, aku pakai t-shirt ngan slack itam, dan bila masa aku join dorang beraya umah jiran sebelah, aku menten pakai baju sama. Hampeh kan! Pastu mula dalam ati tak selesa sebab kasual tahap gaban. Sebab aku tak sempat nak pikir tukar baju kurung adalah kerana anak jiran umah ade join dorang tu datang umah aku. Masa sume orang nak kuar umah aku, boleh pulak dia tour umah aku sampai masuk dalam bilik kedua yang penuh ngan mainan anak aku. Tak ke gelabah jadiknya. En Khairul selamba jek tinggal aku ngan anak2 punye excited nk beraya umah orang. Pastu pandai lak sound, “Cepatla ma!” Sekeh kang.

Habis satu minggu…

Salam..

Ye, habis dah satu minggu. Minggu yang aku mengajar 4 kelas tahun 5 dan satu kelas tahun 4. 20hb ni dapat gaji lagi. Hah hah..tapi sebenarnya bukan itu yang aku fikirkan sangat. Bila dah abis minggu ni, bermakna ada satu minggu lagi untuk aku buat revision sebelum budak2 ni exam akhir penggal. Dari apa yang aku perhatikan, dan dari latihan yang diberi, banyak yang perlu diperbaiki. Paper 2, sentence construction pun banyak lagi yang tunggang langgang. Jelas dorang tak boleh nak berdikari. Fenin. Bukan apa, kesian pada dorang sebab banyak potensi diri yang tak sempat untuk dibangunkan. Hemm…akupun bukan bagus sangat, baru nak blaja mengajar. Tapi harapnye, sempatla tambah sikit ilmu dorang dalam masa yang singkat ni.

Aku ngan En Khairul tetiap hari mesti meninjau mudah.com.my ataupun motortrader.com. En Khairul la terutamanya. Saja je sebenarnya tengok benda2 tu. Nak naikkan semangat dan menanam impian. Ewahh. Apa yang kitorg tengok? Ntah…

I’m Back

Salam all…

Huh..lama gak aku bercuti..dari update blog. Banyak sangat benda yang nak citer sampai last2 tak tahu mana yang nak tulis. Akhirnye aku jadikan jeruk pekasam je la.

Hmm…raya. Ye, raya tahun ni aku rasa cam tak puas dan tak puas hati. Tak puas hati sebab tak de pun gi jalan mana-mana. Ada la dalam 3 rumah, sedara belah En Khairul. Tu pun pegi malam. Rumah pertama kitorang pegi, tak lama kedian kakak tertidur. Adik lak tak yah citerla, resah gelisah je manjang. Jadi untuk 2 rumah seterusnye, terpaksala angkut kakak tu turun naik keta. Lena takyah citer. Dia tak sedarpun masa kitorg angkut dia turun naik tu. Cian pulak.

Dah..tu jela kisah berjalan2 di hari raya. Sebab tu aku kata tak puas, sebabnya tak membawa anak2 berjalan2 sangat. Takpela, lain tahun la raya sakan.

Balik ke Klang hari Ahad, kul 5 pagi dah bertolak. Dari Machang nak ke Gua Musang makan masa sampai 4 jam. Punye la jem. Elok je masuk Gua Musang, kitorang terus pusing ikut Cameron Highland. Aku konvoi ngan kakak aku yang sama duk Pulau Indah tu. Lega, jalan situ langsung tak jem. Sempat la sampai umah dalam 2.41 tengahari. Memang niat nak balik awal sebab nak rehat lama sikit.

*************************

Esoknya bila mula sekolah, rupenya aku ganti Anis (salah sorang cikgu SKTP) yang dah selamat bersalin 28hb ari tu. So, skang ni aku dah ngajar la, BI tahun 5 dan Sivik tahun 4. Elok la, 2 minggu je lagi nak exam akhir penggal ke dua (20-23/10/08). So aku ni banyak buat revision je la. Hemmm…ada beberapa perkara yang rasa macam nak tegur je dengan gaya pengajaran cikgu terdahulu. Tapi takpela, simpan dulu. Kalo nanti aku rasa perlu juga aku luahkan, aku akan luahkan. Cuma ringkasnya kat sini, lebih banyak kepada teacher centered dan spoon feed. Okey, takyah citer panjang pasal tu, sat agi orang kata aku belagak walopun baru mengaja.

Jadi, bila aku dah mula mengajar, secara otomatik aku kena tulis lesson plan sendiri dah dan merancang pengajaran sendiri. Kalo tak, dulu pinjam lesson plan cikgu yang aku kena ganti. Tak ke tebal muke aku jadinya. Pastu memula ade gak la idea nak buat aktiviti ape. Lelama mau aku jadi blur, mana tak, setiap hari penuh ngan suprise. Sapa yang aku kena ganti dan subjek apa yang aku kena ajar dan kelas mana yang aku kena masuk. Lama-lama aku dah takde idea. Paling tidak aku suh diorang buat keja sendiri. Kalo budak kelas depan ok je nak suruh buat keja sendiri. Masih terkawal. Kalo kena budak kelas hujung, mau huru hara jadinya. Bagi aktiviti pun buat dek.

Bila aku ganti Cikgu Anis ni, aku kena ajar 4 kelas tahun 5. 2 kelas adalah kelas ke2 dan ke3. Ok lagila. Terkawal. 2 kelas lagi kelas hujung dan kedua hujung. Haa…cabaran tu. Terutama kelas hujung tu. Sebabnya kelas campur,Melayu dan India. Kesimpulan tu korang buat sendiri la, malas nak hurai jugak. Tapi hari kedua masuk kelas tu, dah semakin terkawal. Agaknya dorang dah kenal dengan cara aku kot.

Dalam masa dua minggu ni, aku kena buat revision untuk exam nanti. So, takde sangat aktiviti menarik2 untuk dorang. Lepas exam nanti, bolehla kalo nak main pun.

**********************

Hmm…dah dapat gaji ni, tak sabar nak belikan kakak basikal baru. Tu niat aku kalo dah dapat gaji nanti. Harga tak mahal sangatpun, dalam RM99 je. Kesian tengok dia. Bukan dia takde basikal. Adala sebijik yang jenis tayar 3 tu, pastu rendah sikit. Yang masalahnye, seat dah tercabut dah. Kalo dia nak naik pun, dia letak je bontot atas besi tu. En Khairul dah puas repair, asyik tercabut. Tu yang biar camtu je. Sekali tu, petang bila ntah, dia tengok bebudak lain naik basikal kat jalan depan rumah, sekali ngan sepupu2 dia tu. Dia pun cepat2 pegi ambik dia punye basikal tu. Gagah tu angkut basikal tu dari bilik kedua, bawa keluar ke depan rumah. Aku cam dah segan, papa dia pun dah marah. Tapi dia nak jugak main. Tu la, sayu tengok dia bersungguh-sungguh kayuh basikal tu walaupun basikal tu tak semegah mana. Siap takde tempat duduk lagi. Nanti ye sayang, mama belikan basikal baru untuk kakak. Dan untuk Adif, aku bercadang nak gi klinik pakar kanak-kanak. Risau, sebab dah 1 tahun 6 bulan pun masih takleh jalan dengan lancar. Masih bertatih. Pastu, nak tanya jugak pasal kahak ngan hingus yang tak pernah surut tu.

*************************

Hmm…anak-anak aku ni masih lagi tak sihat. Masa balik kampung ari tu, sebelum raya kakak dah demam. Nak raya, sempatla elok. Lepas raya, dah hampir time nak balik sini, demam lagi sekali. Kali ni, dua-dua demam. Masa nak bertolak sini, seb baik elok sikit. Jalan pun tak panas sangat sebab bertolak pagi. Tapi skang ni dua-dua pun kejap demam kejap ok. Harapnye, cepat-cepatla korang sembuh.

Hmm…panjang pulak aku mengarut. Nanti la sambung lagi. Nak cari maklumat pasal keta ni..