Selamat bertugas …2009

Assalamualaikum semua..

Dalam 2 minggu cuti ni, cikgu rasa bangga gak la…sebab dah 3 kali cikgu pegi ke sekolah. Cikgu menyiapkan kerja2 HEM yang perlu. Salah satu daripadanya adalah senarai nama pelajar UPSR yang akan ke tingkatan 1 mengikut sekolah yang ditetapkan. Mengikut Guru Penolong Kanan HEM, tahun ni mencatat sejarah sebab senarai nama tu dapat disiapkan pada minggu pertama lagi, tidak seperti tahun2 lepas. Ye, sekali lagi cikgu bangga.

Masa hari tu,  cikgu telah dilantik sekali lagi menjadi Setiausaha HEM untuk tahun depan. Ini kerana Tuan Guru Besar iaitu En. Sabtu, telah menggunakan kuasanya melantik cikgu. Pada asalnya, ada guru yang bertanyakan cikgu, “Zha jadi setiausaha hem ek?” (kenapala byk kali tanya). Maka cikgu jawab, “Ye, setiausaha sementara”. Dan guru besar menyampuk, “Apa pulak sementara, terus je la tahun depan”. Maka cikgu pun kaver, “Ye, maksud saya tahun ni sementara la sebab ganti cikgu lain.” Bgitula kisahnya. Cikgu disokong oleh GPK Ko-Ku, Pn. Wan. Beliau bercadang supaya diadakan Setiausaha 1 dan 2. Maka cikgu pun bersetuju saja. (SYMP katakan).

Selesai kisah itu, tapi disebabkan jawatan itu, cikgu kekal mengajar pagi. Alhamdulillah. Tetapi lain pulak jadinya dengan kawan cikgu yang bersungguh2 mengajar cikgu supaya pergi bercakap dengan PK1 supaya kekal mengajar pagi, akhirnya dia pula yang kena turun petang. (Camno tu?) Itu membuatkan cikgu sedikit serba salah. Agaknya apa reaksi dia nanti kalau dia tahu. Untuk makluman, dia sama opsyen dengan cikgu.

Hari selasa baru2 ini, cikgu ke sekolah lagi. Menyelesaikan jawatankuasa2 yang akan menduduki carta dalam Hal Ehwal Murid untuk tahun depan. Terlibat sedikit sebanyak dalam perbincangan. Hari tu, cikgu menyuarakan kegusaran yang melanda hati cikgu mengenai penempatan kawan cikgu tu ke sesi petang kepada GPK HEM. Jawapannya senag sahaja, “guru besar yang tentukan. Sebab guru besar nak zha ngajar pagi, jadi Setiausaha HEM. Lagipun dia ada anak kecik, senang kalo ngajar petang.” Itu jugak kata2 dari PK1. Takpela, harapnya kawan cikgu itu faham. Betul jugak, kalau ada baby, malam kita susah nak tidur, pagi pasti ngantuk. Kalo ngajar petang, mungkin badan dah rest sikit.

Selepas selesai pembahagian jawatan kepada guru-guru di sekolah tu, cikgu memulakan tugas menaip dan memasukkan data2 tersebut ke dalam komputer.

**Emm..ada sesuatu yang berlaku pada hari itu, yang membuatkan cikgu menggigil tangan, nak menaip x boleh, susah nak fokus dan sebagainya. Ni semua kisah Sungai Buloh ngan Cameron Highland punye pasal la ni!!

Ok, sambung. Ye, cikgu bangga sebab cikgu antara orang yang terawal mengetahui tugas sendiri dan tugas rakan guru yang lain. (Walaupun ada yang dapat banyak tugas, alah AJK jek. dan ada juga yang sekali je nama dia kuar…he he politik beb). Sayang, cikgu tak dapat habiskan keseluruhan data tu, jadi cikgu berjanji untuk datang lagi ke sekolah.

Hari Jumaat, iaitu semalam, cikgu ke sekolah lagi. Senarai jawatankuasa dah siap. Cuma nak edit dan tambah sedikit sebanyak. Tambahan pula, cikgu pagi/petang yang bertukar sesi tiba-tiba tak jadi tukar sesi (tapi kawan cikgu kekal petang jugak), maka sedikit pengubahsuaian dibuat. Selesai semua sekali dalam pukul 11 lebih. Tinggal nak cetak sahaja lagi, itu mungkin cikgu selesaikan di rumah sahaja. Maksudnya, sekali lagi cikgu perlu ke sekolah untuk menghantar cetakan tersebut. Tapi, cikgu hanya boleh ke sekolah sebelum raya haji saja, sebab ada kemungkinan cikgu akan bercuti panjang di kampung.

Sebenarnya, cikgu bangga apabila melihat senarai nama guru-guru untuk tahun depan mengikut jawatan. Cikgu bangga sebab nama cikgu berada di senarai ke enam, selepas Tn guru besar, PK1, PK Hem, PK Ko-Ku, dan seorang guru yang memegang jawatan Setiausaha Kurikulum. Bangga juga sebab cikgu baru sangat di sekolah tu tetapi sudah diberi kepercayaan yang agak besar. Cikgu bukan setakat baru di sekolah tu (lebih kurang 4 bulan) malah baru lagi dalam profesyen perguruan ni. Dan, apabila cikgu memerhatikan senarai tugas yang cikgu pegang untuk tahun depan, inilah tugas2 cikgu:

Hal Ehwal Murid

1. Setiausaha HEM
2. Setiausaha Jawatankuasa Pendaftaran dan Kedatangan
3. Setiausaha Jawatankuasa Penempatan Murid Tingkatan 1
4. Setiausaha Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
5. Setiausaha Sambutan Hari Kanak-kanak
6. Penolong Penyelaras Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas

Kurikulum

1. Setiausaha Matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Ini adalah di antara tugas2 cikgu pada tahun depan. Untuk kurikulum, mungkin ada lagi yang cikgu tidak tahu apakah jawatan cikgu, begitu juga Ko-kurikulum. Perhatikan jawatan hakiki cikgu. “Setiausaha”. Agak2 boleh tak cikgu join makan2 masa Minggu Setiausaha nanti?. Oh, cikgu bergurau saja.

Ye, rakan2 seperjuangan sekalian. Cikgu bangga sangat dengan tugas cikgu ini. BANGGA SANGAT!! Sampaikan masa cikgu menaip entry ini, mata cikgu berair sebab perasaan “bangga” dan jantung cikgu berdegup kencang kerana “kegembiraan” dan rasa “teruja” yang amat sangat.

Sekian dulu untuk kali ini. Cikgu mengakhiri entry cikgu dengan ucapan selamat bertugas untuk semua warga pendidik, tidak kira la pendidik di peringkat taska, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, kolej matrikulasi, universiti dan mana2 lagi institusi pendidikan.

Mohon undur diri, cikgu nak makan ubat kejap lagi.

P/S: Saya yang menurut perintah…

Think positive!!

Salam semua..

Wah wah…aku majuk ke ari tu? ha ha…malas ah nak pikir-pikir sesuatu yang takde faedah. Sesuatu yang boleh menghakis semangat aku.

Come on la Zha. Mengarut la benda-benda tu. Ridiculous! Aku kan pejuang tegar. Girl, you are strong!

AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH. AKU BOLEH.

AKU BOLEH!!!!!!

Jatuh cinta lagi..

Sepatutnya aku bercerita dalam suasana yang gembira, tapi sebab hari ni takde mood, jadi xde la menarik sangat tulisan aku ni.

Hey kawan, aku sudah jatuh cinta lagi!! Serius!!

Dengan orang dia tu. Kecil molek, my latest baby. Si Kincal. Keh keh. Macam takde nama lain dah nak letak. Kan aku panggil ABANG kan..susah pulak. Orang kata gatal lak kan. Elok la kalo letak Si Kincal jek.

Descriptions:

Kancil 850 Auto, tahun 2003
Enjin Injection (sama ngan enjin kelisa 850)
Warna silver

kincalfront

kincalback

Okeyla tu, untuk permulaan.

YE, AKU JATUH CINTA SEKALI LAGI…AKU TAKLEH TIPU DIRI SENDIRI. ABANGGGG EH SILAP..KINCALLLL (klaka lak aku rasa nama keta tu, tapi bantai la..ala bucuk bucuk)

P/s: Sedang menahan diri dari jatuh cinta terover…control Zha, control!!

Down part 2

Semalam aku menangis…sakit ati sesangat. Diri aku ni, ibaratnya berada lagi bawah dari tapak kaki. Aku ingatkan aku ni dah cukup kuat. Yes, memang aku dah kuat…kuat dari dulu. Tapi apa yang berlaku petang semalam bagi aku memang cukup melampau. Melampau sangat!!

Mana dia kemahiran yang dipelajari tu? Hilang atau haus ibarat hausnya semangat awak? Atau kemahiran hanya pada kertas jek? -untuk awak

Terluka pada dasar yang paling dalam. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Selama ni pendam, buat dunno je. Tapi aku ni manusia, bertahun aku berjuang, mencipta hidup lebih bermaruah dan dihormati, tapi masih lagi nak dihina dan dicemuh sesuka hati. Pedih, sampai aku terasa cam nak tipon mak, nak bercerita. Nampak sangat pressure yang aku hadapi memang tahap kronik.

Kan best kalo hidup ni macam DVD player, guna remote control tu. Cam citer “Click” tu. Aku berharap agar aku boleh tekan butang Pause. Nak bertenang sekejap. Tarik nafas dan berehat. Atau mungkin agaknya tak melampau, kalo aku katakan kalo boleh aku nak tekan butang Rewind….

Ps: Ada orang kata aku ni bangang bab2 tu, tapi bijak kalo bab2 blaja. Okeh, aku sambut cabaran tu. Aku akan buktikan yang aku takla sebaghal tu, dan masters…aku akan pastikan aku akan menggenggam masters juga suatu hari nanti…dan up lagi untuk PhD. Sudah lama memendam hasrat tu…dan kali ni aku memang nekad, bila sampai masa yang sesuai nanti.

Aku dikelilingi remaja, maka aku pun harusla jadi remaja…

Salam…

Hari ni aku ada Kursus KPP, 5 jam. Punyela semangat aku nak attend kursus ni, semalam aku mimpi aku terlepas utk ke sana. Sebabnya orang yang nak bawa aku ke sana, En Khairul terlewat. Aku nak jugak pegi walopun masa tu dah pukul 9 lebih dah. Tersedar dari tido, aku cam sengih sendiri. Melampau ok. Sampai mimpi. Nampak sangat aku terlalu memikirkannya.

Hari ni aku bangun awal juga. Tanak nasi, pastu goreng nasi tu. Tapi aku tak sempat makan. Cuma tapau untuk bekal tengahari in case aku xde tempat nak soru. Kira nasi tu aku sediakan untuk En. Khairul ngan anak2. Supaya nanti takde yang kebulur ye..he he.

Oleh kerana tetiba aku jadi skema, aku pakai baju kurung. Sebabnya amoi (amoi ke, dah beruban dah aku tengok) kat sykt aku register tu suh aku pakai kasut. So aku tanya la, formal outfit ke, dia kata ye. Sebab aku mmg xnak fail kan, tu yang aku pakai baju kurung. Boleh pulak En. Khairul kata, “Nape tak pakai seluar?” -pelik kan bila laki kita tanya macam tu. Kalo dulu kan main dia marah aku pakai seluar apatah lagi seluar jeans.

Dan sampai2 sana, selambak orang sume pakai seluar jek. Seb baik ade sorang kakak tu yg pakai baju kurung gak. So adala geng. Maka x jadila aku nak pakai kasut itam aku tu. Kalo x, gile babas punye skema.

Dalam group aku ni ramai gak budak remaja. Yang sedikit “matang” (cover weh) adala beberapa orang. Sepanjang kursus takde apa2 yang menarik. Dapat juga beberapa tips untuk test brkomputer nanti. Last sekali dia kasi kitorang tengok gambar-gambar kemalangan. Apahal ko nak bagi aku tengok gambar2 tu. Aku dah seriklaaa. Sbab gambar2 macam tu la aku baru sekarang berani dan berkeyakinan nak bawa keta. Kan aku penah cakap, yang daya imaginasi aku ni kuat.

Alkisahnya masa aku darjah 5. Cikgu sekolah aku bawa kitorang tengok pameran kemalangan jalanraya. Dan ada satu sudut untuk gambar-gambar kemalangan. Memula tu aku cam takut2 je nak tengok. Pastu lelama jadi berani. Aku tenung setiap satu gambar kmalangan tu. Segala otak, urat saraf, urat perut, aku perati dengan teliti. Balik umah, mula2 ok jek. Malam tu aku nak tidur, dah terbayang macam2 dah. Lepas tu, lama gak la aku nak buang imej kemalangan tu dari kepala otak aku ni.

Dan sebagai manusia yang mempunyai daya imaginisasi dan visualisasi (ntah korg faham ke tak) aku tambah lg adegan, siap ada keta lori melambung la, terbabas la, terbalik la,keta kemek la. Macam2 la. Dulu aku selalu sangat mimpi eksiden keta, tak kira la macamana, tapi mesti yang eksiden teruk2 punye. Sebab tu aku mmg fobia ngan jalan, keta, motor dan sebagainya. Kalo aku dah takot ngan benda2 tu, camana aku sendiri yang nak drive kan. Tentula mustahil.

Dalam takot tu, aku silap berguru. Pertama kali blaja keta aku dapat guru yang garang. Yang langsung tak faham apa yang aku perlukan. Kekuatan, sebelum kefahaman dan keyakinan. Tapi dah kena sergah, asal salah sergah, asal silap mengamuk. Konpem aku tarik diri awal2 lagi.

Dan sekarang, aku sedar, aku sebenarnya boleh. Memang boleh. Lama untuk ambil masa untuk pulih dari fobia tu. Sekarang, satu sebab yang membuatkan aku semangat nak blaja dan ade lesen sendiri sebab desakan dari orang luar. Aku kan dah ngajar, jauh dari tempat keja En Khairul. Orang luar pun sibuk2 je bising kenapa tak suh bini ko blaja bw keta. Tak ke ko rasa diri ko ni langsung tak berguna. (Eleh, En Khairul pun bising gak).

Aku selalu gak cakapb ngan En Khairul, “Mama tak pandai bawa keta, tapi mama pandai cari duit”. Cover dan nak sedapkan ati sendiri.

Well, ari ni aku dah mulakan langkah pertama. Semoga Allah permudahkan perjuangan aku kali ini. Ingatkan aku dah boleh berehat. Rupanya ada lagi benda yang perlu aku perjuangkan. Jagala En Khairul, aku dapat lesen nanti kan panjang la langkah aku nanti. Yakin, aku boleh berjaya. Tempoh masa yang ada, sesuai dengan tempoh masa untuk aku mendapatkan lesen, itupun kalo aku tak sangkut mana2 test. Harapnye, buke sesi persekolahan tahun depan aku dah ada lesen. Bawa keta tetap bawa keta, tapi biarla dengan lesen yang telah diiktiraf.

Ok ok, janganla gelak. Klaka bila orang umo cam aku ni bercerita pasal lesen keta. Aku juga heran, selama ni apa yang aku impikan aku akan tetapkan target dan tempoh masa untuk aku mencapainya. Dari blaja hinggala ke profesyen cikgu. Semuanya ada target tersendiri. Tapi nape aku tak pernah meletak sebarang target untuk memiliki lesen memandu ek?

Cuti panjang..?

Salam…

Lega, lega sangat! Bukan semata-mata dah nak cuti. Tapi ada beberapa perkara lain juga yang sudahpun dimulakan.

1. Aku dah book kereta. Kereta kecik je, kancil auto tahun 2003. Untuk aku belaja bawak keta. Pelik, keta dah ada, lesen belum lagi. Kancil ni nak suh aku biasa-biasakan bwk keta kat jalan, especially jalan yang banyak lori kontena tu. Manakala wira manual milik En. Khairul tu untuk blaja cane nak handel kereta bertransmisi manual. Kan nak amik lesen kena guna keta manual. Kira study maut la ni. Tapi aku takkan bawa kancil tu sesuka hati tanpa pengawasan, kira menghormati undang2 gitew.

2. Dah book keta baru nak daftar blaja, amik lesen. This coming sunday baru aku nak attend kursus yang pertama. Tupun lepas aku dah bising-bising ngan En. Khairul. Dia suka sangat melengah-lengahkan keja aku.

Beli keta tu pun ade kisahnya. Kan ari Ahad tu aku cirit birit. Tetiba aku dapat idea nak ajak gi tengok keta kancil. Memang aku dh penah call tokeh kedai keta ni. Tunggu nak gi tengok jek. Dan tak sangka En. Khairul setuju. Sebelum ni macam2 alasan, klang jem la, mcm2. Oleh kerana dia dah setuju, maka secara automatik aku kena gagahkan diri jugak, walopun aku sedang sakit masa tu. Sebelum bersiap, pun aku masih terperangkap dalam toilet untuk tempoh yang agak lama. Sampaikan dia dah boring dan nak kensel trip ari tu. Tapi akhirnya berjaya juga aku kawal kondisi badan aku ni, kalo x ari tu, tak tau bila lagi kitorg nak gi survey. Survey ke? Sbnrnya, survey2 ni kitorg guna phone je. Telefon jek, nego harga lebih kurang, tanya prosedur dan sebagainya. So far puas hati yang kat situ la. Masih ingat lagi reaksi En. Khairul masa first time tengok kereta kancil tu. Punyela berseri, sebab enjin keta tu enjin injection. Agak sukar nak cari keta kancil 850 auto yang guna injection. Harga pun boleh tahan, siap kurang lagi dari harga asal. Maka bincang punye bincang, dapatla persetujuan. Adif ngan kakak punyela seronok melenjan keta tu kat dalam. Maklumla, ekon pun sejuk!! Wira kitorng ni kan problm sikit bab2 ekon ni. Submit borang ari isnin, selasa petang cina tu hantar kat bank, Khamis (semalam) bank tu dah call. Dan Alhamdulillah, dah lulus pun. Alhamdulillah……….. So, setel pasal keta, nak kosentrate pada lesen keta lak ni.

________________

Sekolah? Minggu akhir semestinya sibuk yang amat. Isnin ada meeting guru-done. Selasa ada jamuan kelas. -done. Yang senak nye macam biasa aku jadi ibu angkat terjun untuk kelas 4 Gigih. Bapak (guru kelas) dorang sedang cuti sbb wife dia bersalin. Ari tu, masa hari penyerahan buku teks pun aku gak yang ambik alih. Ni lagi sekali kena ambik alih. Kesian lak tengok anak-anak yang tak berbapa ni. Pinggan x cukup, gelas tak cukup, sudu garfu pun x cukup. Tapi dorang tetap bersemangat nak sambut jamuan kelas ni. Mihun dan mee dibawa sendiri oleh murid2. Sorang sebekas, bolehla cover untuk satu kelas. Kuih muih, air, jajan. Siap ngan bekas ais ke apa ntah yang orang panggil tu, untuk letak air dan ais, pun budak2 tu juga yang bawa. Sorang budak tu, ayahnye yang bekalkan ais. Aku cukup kagum ngan semangat budak2 ni. Cara dorang berfikir. Ye, mungkin dorang dah berbincang ngan guru kelas, tapi dorang mmg survive la. Makan mihun/mi, siap ada nugget. Air, kuih. Teacher pun tumpang makan sikit, kenyang. Thanks 4 Gigih. Masa tengah hostkan jamuan tu, ada budak 5 Cekap datang menjemput aku, aku pun cakap later2 la. Kasi clear dulu, bersih semua meja, kerusi dan lantai, kemas2 kan semua, barula aku tinggalkan kelas 4 Gigih. Dan mula la sesi menjamu selera kat kelas2 yang aku ngajar…

____________________________

Hari kecemerlangan kat sekolah aku, ajk hadiah la kononnya. Apa lagi orang baru, dera naik pentas la pegang dulang hadiah. Round pertama budak2 pra punye, berat2 la dulangnya. masuk dulang keempat, tangan aku dah menggigil lenguh. Tapi maintain senyum. Kononnnnnnnnn.. Pastu dah gilir ngan cekgu lain. Dah naik syok lak duk kat atas tu. Katanya gambar aku masuk gak la sekali ngan gambar budak2 tu. He he. Tapi aku kan sepanjang masa ade aktiviti sekolah, tak pernah lak excited nk bawa kamera. Bukannya takde. Apalaaa…

___________________

Semalam keputusan UPSR dah kuar. Maka bermula la tugas aku, keyin result budak ikut sekolah menengah yg dorang akan pegi. Tak sempat siap, sebab dapat kat aku dah kul 12 lebih. balik kul 12.50. Maka ari ni aku pun bawa la keja tu ke sekolah (kat umah xleh nak buat weh). Tapi PK HEM kata, takpe. Bukan nak sekarang. Masa cuti pun boleh buat. Ye, itu dia!!!!!!!!!!!!

_______________________

Sebab aku x sempat buat keja ari ni ialah kami ada majlis persaraan guru besar. Ayahanda kita la tu..dah pun bersara. Banyak gak dapat hadiah dari sekolah, PIBG, majlis guru besar, PPD dan murid2. Pastu ada acara murid bersalam dan bermaafan. Cikgu pun ade gak. Kami yang pompuan ni tak bersalam la, just bagi ucapan. FYI, guru besar ni sama tempat ngan aku, duk Pulau Indah juga. Kampung je lain2, tapi bukan jauhpun. Bila sampai turn aku nak bagi ucapan, dia terus cakap, “ni tak payah bagi ucapanla, duk pulau indah je ni”. Maksudnye esok2 jumpa lagi.

Mau terkedu jap aku. Ni nak bagi ucapan ke nak terus turun. Konpius. Maka aku pun bagi je ucapan. Mmula ingatkan nk bagi ucapan selamat brsara,, semoga panjang umor, sihat selalu. Tak jadi la dah cakap cenggitu sbb ye la kan, pasni jumpa jugak. Tapi aku mmg plan nak cakap panjang, so aku cakap je la, kira backup wish.

Saya nak ucapkan berbanyak terima kasih pada cikgu. Sebagai orang baru posting macam saya ni, saya brtuah sebab dapat pihak pentadbir yang baik kat sini. **masa ni guru besar tanya, “ye ke baik?”. Dan PK 1 kata” kuat cong ni (bodek)”.Lantaklaaa. He he.

Sambung lagi ucapan-Bila pihak pentadbirpun baik, saya cepat adapt ngan suasana sekolah ni. InsyaAllah, tahun depan saya akan lebih perform…(yearghh..go zha go!!)

Takde la bodek. Tapi apa yang aku kata tu betul. Kalo pihak pentadbir macam strict semacam jek, mau stress dibuatnya. Kan cikgu2 lain kan?

——————–

So, dah abis la sesi persekolahan tahun ni ye. Ahad ni mula la kursus aku yang pertama untuk lesen keta. Dan yang bestnya Selasa nanti aku perlu datang ke sekolah!!!!!! Kononnya untuk bincang pasal takwim persekolahan tahun depan. Kan aku ganti Cikgu anis, automatik aku jadi SU HEM sementara la. Nak buat macamana. Bak kata guru besar, kita orang kerajaan ni apa yang disuruh kena buat, sebabnya kita ni

SYMP iaitu

SAYA YANG MENURUT PERINTAH

Kisah seminggu

Salam semua..

Standardla..aku ni kan suka tulis citer basi. Cerita hujung minggu lepas pun aku leh citer balik. Sebabnya, aku mmg nak tulis..cuma kesempatan takde.

Ingat lagi tak pasal entry aku yang pasal aku gemuk tu?

Yeee..agaknya aku ni kategori orang tak bersyukur kot. Maka ari jumaat ari tu aku menerima kesannya. Alkisahnya, masa sekolah aku dh makan mi sup. Kalo mi sup, standardla sup dia mesti banyak ajinomoto. Dan jenis aku ni mmg alah ngan ajinomoto. Kalo makan benda berajinomoto ni, mau lepas tu aku dah khayal ke high ke. Ngantuk tapi cam takleh tidur. Pendek kata, kalopun aku x penah amik dadah, aku agak aku nyer high tu boleh la kot lebih kurang cam org tgh khayal amik dadah. Biasanya, kalo aku ada kelas lepas makan, aku mmg takleh nak buat apa. Ajar sesikit pastu aku terduduk atas kerusi. Nak marah tak larat, nak menjerit tak larat. Nak buka mulut pun malas jek rasanya. Punyela teruk kesan ajinomoto ni. Kepala berdengung takyah citer la. Sebab tu dulu time keja privet, bila time aku betul2 sibuk aku tak makan nasi abang yang jual kat tepi jalan tu. Sebab dia pun taruk banyak gak ajinomoto. Mau tak siap keja aku nanti.

So, berbalik kisah ajinomoto ni, aku balik umah tengahari tu, langsung takleh nak buat apa-apa. Tersu berbaring. Nak masak untuk En Khairul pun aku dah tak daya. Petang tu pulak, aku dapat satu call dari mana ntah, yang konon2 nak tawarkan aku dana la…contract farming ke apa..Oleh kerana macam menarik, aku layan dia sampai 30 minit 54 saat. Hah..hambik ko. Lepas tu tambah la berdenyut kepala aku. Satu lagi yang aku alah..bergayut kat telepon. Radiasi telefon bimbit ni memang la boleh buat aku demam. Pas tu, badan aku dah panas sejuk dah..dan sah, malam tu aku demam. Dan aku pun xdela makan sangat petang and malam tu sebab perut dah masuk angin.

Esok nya aku bermasalah pula tang perut. Senang citer, aku cirit. Air je yang kuar. Aku cam dah tak larat. Dah la tengahari nanti aku ada hi-tea yang kelab guru anjurkan kat Quality hotel. Rasa cam malas jek nak pergi, tapi rugi lak sebab dah bayar. Maka gagah jugakla pegi…muka pun toye je, sebab dah pucat. Tapi makan boleh tahan, konon aku nak pujuk perut aku ni. Tapi, dalam pada tu aku menjengah jugak ke toilet. Ingatkan lepas makan perut akan elok balik la..tapi sayang, balik umah aku masih sama…air jugak yang kuar.

Esoknya ahadpun sama. Aku betul2 ok cuma pada hari ni. Ahad adalah yang paling teruk. Muka dah cengkung sebab banyak ilang air. Walaupun aku minum air masak banyak-banyak dan bantai togok air 100 plus, pun takde kesan positif sangat.

So, camana? Nak diet ke? Ingat lagi masa aku kawal pemakanan, masa KPLI ari tu. Berakhir ngan cirit birit dan muntah. Ni belum pun mula lagi. Hmm…perut ni senang sangat masuk angin. Konsep makan sikit tapi kerap pun bagus jugak. Masalahnya aku ni memang la makan kerap, tapi BANYAK!! Camana tu?

**Ahad tu, dalam keadaan sakit sebab aku cirit, sempat juga aku pujuk diri sendir dengan membeli hadiah kepada diri sendiri. Apa tu? Nanti2 aku citer.