Lagi sekali?

Salam..

Ha ha..laptop aku buat hal lagi, corrupted lagi. Kena format balik. Dan nak format tetap ngan poblem yang sama. Ingat lg kan laptop aku yang pecah skrin bhgn bawah tu, memberi masalah besar untuk aku reg windows. Dah reformat, itu lak poblem. Dan aku pulak mcm biasa la, x penah nk give up ngan laptop bucuk aku ni. Usaha gak la usha2 apa yang patut.

Dan…tadaaaaaa…dpt jugak akhirnya. Kira cam ada magic touch gitew. Tapi syg la byk brg dah ilang. Seb baik gbr kesayangan x ilang.

Tapi network tetiba jadi laju. Agaknya fail berat2 dah takde kan. Hmm..mana aku nak cari balik fail2 sekolah nii?

Pasni kena beringat la, simpan dalam D. Kan sat agi dia buat hal…menangis lagi..hu hu.

Oklah..byk nak kena install ni, YM, Skype, dan sebagainya.

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah.

Ianya Tahun Islam, tapi jarang kan orang nak kira bulan2 Islam, cuma tahu Ramadhan ngan Syawal je (ke aku je yang pikir gitu?).

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah, 1430. Semoga apa yang dimulakan pada tahun 1429 Hijrah, akan terus disambung ke tahun 1430 Hijrah.

“Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan”

Gerak gempur!

Salam..

Masih dalam mood bercuti..lebih meriah kali ni sebab kakak aku yg kat Pulau Indah pun balik sama. Better aku bahasakan kakak aku ni Ros. (sbb tu aku x galakkan orang panggil aku Ros, sbb konfius nanti). So, kalo dah sekali ngan geng, sesi makan dan shopping akan jadi lebih meriah.

Memula si Kak Ros ni dah plan nak gi penang, sbb skang pun mmg ada pesta penang. Tambahan dia kan peknen so kebiasaannya la dia suka gi mkn nasi kandar Shariff kat sana. Akupun x plan nak balik kampung, tp dh mami En. Khairul beriya2 nk buat solat hajat utk anaknya, so kitorg balik. Maka Kak Ros ni pun tukar plan, blk kampung tambahan dia pun dah lama x balik kampung, raya haji ari tu pun x leh balik.

Tadi saja dah bergotong royong membeli baju dan kelengkapan sekolah untuk anak buah lelaki yang tinggal ngan mak aku. Kitorang belikan kelengkapan ni sebabnya kalo kami balikpun, mmg dia yang akan uruskan keperluan anak2 kitorg. Dari memandikan, suap makan, sampai membersihkan pun dia buat. Rajin. So, bagila reward skit kat dia. Ringan beban mak ayah aku.

Esok, nak setel a few things yang perlu untuk En. Khairul. BSN x buka akaun lagi, gbr x amik lagi. Hmm…w/pun aku dah warning awal2 xnak pikir pasal dia, nak suh dia buat sendiri, tetapi mcm biasa la, sama ada dia sengaja atau tidak, dia akan melibatkan aku dlm setiap urusannya. Semua nak kena ingatkan, tapi aku tau dia saje je tu. Cuma kalo kita tgk dia mcm x ingat atau mcm lost, xke kita yang resah gelisah. Sbb apa, kalo betul dia lupa, konpem aku akan terheret sama pening kepala.

Lagi satu aku dah warning, jgn libatkan aku dlm assignment dia. Buat sendiri! Tapi x lama kendian dia akan cakap, “Nanti kalo ada assignment, mama tolongla. Tak tolong buat, tolong cari bahanpun takpe.”

 Apakah?!

Kita tengoklah nanti.

Tentang hati…

Salam

Esok, ada yang masih bercuti, dan ada yang dah memulakan kerja. Aku pula di kampung bercuti sehingga hari isnin, sempena Maal Hijrah.

Hijrah? Mmm…banyak cerita tentang hijrah yang aku lalui. Tapi kali ini aku tak terasa nak berkongsi dengan semua. Biarlah dulu.

Cuma hati ini…

Sukar untuk dimengerti, apa sebenarnya dalam hati ini…

“Atau aku persis mengejar jalur bianglala, indah penuh warna. Tapi di manakah ianya bermula…”

dan seharusnya aku persoalkan…di manakah ianya akan berakhir?

Itu tagline aku, perasan tak? Kat atas tu dekat ngan bulan, korang blh baca. Kata Cikgu Arazmi, bianglala tu bermaksud pelangi. Indahkan pelangi selepas hujan? Tapi akan kekal lamakah pelangi itu?

Bila berbicara tentang hati, sukar untuk kita tafsirkan apakah kesudahan garis pelangi itu. Adakah ianya akan terus kekal, atau ianya akan beransur hilang seperti hilangnya pelangi yang pernah kita lihat.

Tapi dalam hati ini, warna2 pelangi yang terukir cukup mengasyikkan. Cukup indah dan cukup membahagiakan.

Bergelut dengan perasaan sendiri, pantas saja kaki ini terus melangkah, mengejar pelangi itu. Apa kuhirau pada penat, pada masa dan tenaga yang kubazirkan.

Namun percayalah, setiap langkah kumengejar 7 jalur pelangi yang indah itu, persoalan pasti timbul..

Betulkah apa yang aku lakukan ini?

Sungguh, aku menginginkan jalur2 pelangi itu. Bukan kerana keindahannya, bukan kerana puja dan puji orang ramai kepadanya…tapi kerana ianya begitu membahagiakan aku.

Kerana…kerana apa ye?

Atau kerana aku tamak? Kerana aku pentingkan diri sendiri?

Tapi itulah jalur pelangi, 7 warnanya akan muncul pada saat aku kegelisahan. Ibarat hadirnya selepas hujan…begitu jua kebahagiaan yang aku dapat selepas kesedihan.. Jalur2 pelangi yang memberi aku kekuatan.

Atau aku persis mengejar jalur bianglala, indah penuh warna….

Rindunya pada keindahan jalur pelangi itu…

tapi di manakah ianya bermula…

dan di manakah ianya akan berakhir…

Ianya tentang hati, sering berbisik dan bertanya…namun tidak mengharapkan jawapan…biarlah.

                                                                                             -mmpr-

Resah?

Assalamualaikum..

Ok, aku mengaku skang aku dah ada banyak benda nak pikir. Memandangkan En. Khairul dah berjaya mendapat tawaran KPLI, maka secara automatiknya aku sbg PA dia akan turut sibuk.

Akupun dah tak lama lagi nak test lesen…agak serabut jugakla.

Tapi kan, aku bersyukur gak la, perancangan yang aku buat tepat dan berjalan dengan lancar. Seawal En. Khairul dpt panggilan temuduga lagi aku dah agak2 kena rancang dah untuk tahun 2009. Dari situlah timbul keperluan untuk aku mempunyai lesen keta, pastu beli lak si kincal tu.

Ingat lagi tak entry aku bertajuk 2010? Di mana aku katakan, bagi aku masa sehingga 2010, lepas tu hidup kita akan berubah.. Sebenarnya aku dah agak2 En. Khairul lepas untuk KPLI 2009, 2010 dia dah posting…so secara automatiknya kehidupan kami sekeluarga akan lebih stabil. Kalau tak berjaya sekalipun, aku dah disahkan jawatan, dan InsyaAllah, aku pun dah stabil masa tu. Seronokkan, kalo apa yang kita target berjaya dicapai? Alhamdulillah.

Ooo..aku bukan pikir 2 benda je, sebenarnya ada lagi satu perkara yang aku pikirkan. Tapi yang satu tu takyah citer la. Malas…

So, kiranya aku bercuti dengan bersungguh2 la ni sblm mula bermesyuarat dan bertugas, mengemas2 untuk En. Khairul dan sbgnya.

Oooo…aku bakal menjadi ibu tonggal la nanti during weekdays…huhu.

________

Aku ada tugasan akhir tahun untuk korang…

1. Senaraikan kepentingan telefon bimbit

2. Kenapa pada zaman sekarang kita perlu mempunyai telefon bimbit?

3. Apakah kesannya kepada perhubungan atau komunikasi jika kita tidak mempunyai telefon bimbit?

4. Apakah motifnya mempunyai simcard tetapi tidak boleh dihubungi/tidak mempunyai telefon bimbit?

5. Telefon bimbit yang bagaimanakah menjadi pilihan ramai pada masa sekarang?

Ini adalah soalan struktur. 5 markah untuk setiap soalan. Jadi markah penuh adalah 25. Selamat menjawab..

Perjalanan baru…

Assalamualaikum…

Ini kisah tentang semalam..tentang satu berita gembira…yang aku sampaikan pada dia.

Tak sabar menunggu dia pulang, saat nampak wajahnya di pintu pagar…aku tak daya menahan senyum dan ketawa…tawa gembira…

tika kakinya menjejak ruang depan…aku dipaut dan lantas dipeluk..erat dari pintu membawa ke sofa..aku tetap dengan tawa gembira..sedang dia senyap tanpa kata…

terhenti di sofa…aku kekal dalam dakapan…perlahan aku mengesan..ada nada sebak di dadanya…lantas aku jua mengalirkan airmata…

Inilah permulaan satu perjalanan baru…buat insan bernama Khairulnizam…

Mama sudah membantu papa sedaya mungkin, selebihnya papa tentukannya sendiri…

dan mama seperti biasa, seperti yang papa selalu kenal..

akan terus memberikan sokongan dan dorongan, dan doa mama sentiasa berpanjangan

berhentilah menjadi orang biasa…jadilah seseorang yang boleh dibanggakan.

berhentilah merasa cukup dengan apa yang ada…kekal selesa tanpa sebarang peningkatan…berusahalah memperbaiki kehidupan…

perjalanan papa baru bermula…jaga kata, jaga jiwa..pastikan semangat papa terus subur…

esok..mama ingin lihat papa sebagai orang baru…

sebagai Cikgu Khairulnizam…

Tahniah sayang…Syukur Tuhan, Kau telah kembalikan Khairulnizam aku yang dulu…Khairulnizam yang penuh semangat dan cita-cita… Alhamdulillah..

Dan IPRM, nantikan kami…tak sangka, aku akan ke sana lebih awal dr yang dijangka..

************************************

Update..

Skang ni dah sampai kampung, esok lepas Jumaat mami En. Khairul nak buat solat hajat dan kenduri kesyukuran. Bahagia sungguh hati ibu itu.

dan salah satu sebab aku x update sbb network kat pulau indah teruk sangat..skang br leh update.

Lelaki teristimewa itu…

Sengaja meletakkan entry ini sebagai sticky post. Specially dedicated to sumone.

Aku kasihi dia, kerana dia suami dan ayah kepada anak-anakku…

Aku cintai dan sayangi dia, kerana dia begitu istimewa di jiwaku…

Dia dah lontarkan cintanya ke dalam telaga hatiku…

Dan aku menyambutnya…

Tak mampu untuk menolaknya dari hati…

Mama sayang papa

Ayang sayang abang

Eceh!