Lalu sudah 5

Assalamualaikum…

scan00102

 Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 5. Hari paling bermakna, selepas diijabkabul di Masjid Besar Machang selepas solat Zohor, 31 hb Januari 2004.

scan00111

 Muka kelegaan setelah berjaya disatukan. Setelah pelbagai dugaan yang dihadapi. Cinta kami bukan semudah yang dibicara. Cinta kami bukan sesenang yang disaksikan sekarang. Ada halangan dan ranjau yang perlu kami tempuhi. Tapi kerana halangan itu, kami jadi kuat, kami jadi degil.

Untungnya kami, kerana masing2 saling berpegang pada janji. Tiada istilah curang atau orang ketiga dalam hubungan kami. Tetap setia pada satu sama lain.

Aku jua meniti hidup ini bersama dia. Sebab itu agaknya aku agak manja dan banyak bergantung dengannya.

Janganlah kau tinggalkan diriku,
tak kan mampu menghadapi semua,
Hanya bersamamu ku akan bisa,
Kau adalah darahku,
Kau adalah jantungku,
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku..

************************************************************

This is my favourite song. Suka sangat dengan lagu ni sebab punye maksud yang sangat mendalam.

Artist: Westlife
Album: Westlife
Title: Flying Without Wings

everybody’s looking for a something
one thing that makes it all complete
you’ll find it in the strangest places
places you never knew it could be

some find it in the face of their children
some find it in their lovers eyes
who can deny the joy it brings
when you’ve found that special thing
you’re flying without wings

some find it sharing every morning
some in their solitary lives
you’ll find it in the words of others
a simple line can make you laugh or cry

you find it in the deepest friendship
the kind you cherish all your life
and when you know how much that means
you’ve found that special thing
you’re flying without wings

so impossible as they may seem
you’ve got to fight for every dream
cos who’s to know which one you let go
would have made you complete

well for me it’s waking up beside you
to watch the sun rise on your face
to know that i can say i love you
at any given time or place

it’s little things that only i know
those are the things that make you mine
and it’s like flying without wings
cos you’re my special thing
i’m flying without wings

and you re the place my life begins
and you’ll be where it ends

i’m flying without wings
and that’s the joy you bring
i’m flying without wings

Still remember my very first question on our first date, almost 11 years ago;

Abe Nije smoking tak?

Ha ha…sungguh x romantik, tapi penuh serius. Andai dia smoking, bye bye je la. Dan nasib baik dia x smoking, maka kami masih bersama sampai sekarang.

*****************************************************

Sudah 5 tahun.. Syukur pada Allah. Dan kami masih lagi bersama, berjuang untuk hari depan.

**Majlis kami sederhana saja. In fact, adik2 beradik aku mmg jenis yang majlis kawennya sederhana sahaja. Agaknya faktor anak tok imam membuatkan kami tidak begitu berhabis-habisan untuk kenduri kawen. Sekadar kenduri kesyukuran sahaja, walimatul urus yang sederhana. Kerana apa yang paling penting adalah kehidupan alam rumahtangga yang bahagia.

Tak masukkan gambar pakai baju pengantin, sebab tak suka sangat dengan rupa paras sendiri yang agak tebal mekapnya, dan malas nak scan. Lebih suka gambar di atas, yang belum diusik oleh mak andam lagi.

Semoga rumahtangga kami akan berkekalan dan akan lebih bahagia.

Lalu Petrosains…

Assalamualaikum.

Kisah Isnin hari tu. Konon nak gi Petrosains, sbb dalam otak dah set orang mesti tak ramai. Maklumla sume balik kampung. Ropenya…bersusun! Tapi kitorang have fun la jugak. Dan macam biasa, terlebih penat sebab nak mengejar Adif.

wonderpets-gang

Gambar geng Wonderpets, Tuck, Linnie dan Ming Ming. Dorang ni mmg kamcing. Tambah duk umah pengasuh pun sama2. Cuma skang 2 beradik tu dah bersekolah, so tinggal kakak ngan Adif je. Gambar sedikit blur. Biasala kamera aku, rega murah punyer. Bakal upgrade tapi tak tahu tahun bila dah. No budget at all…hu hu.

kakakadik

Adik dan kakak. Kakak nak posing, dan Adif cam biasa sedang membuat pemantauan. Kat dalam gelap, dan alasan mcm tadi, kamera rega murah menyebabkan kualiti gambar tidak memuaskan.

adik1

Macho boy sedang berlegar2 di kawasan sekitar sesuka hati dia jek. Tak bagi orang pimpin, tak bagi orang guide. Nak sendiri2 je yang tentukan mana arah tuju. Kalo kena dukung, dia punye kekuatan tu akupun dah tak daya nak kawal. Melonjak2 kan dan mengeraskan tubuh tanda protes. (betul x bahasa aku ni?)

meandsis

Aku ngan kak Ros. Kitorang ni mmg lain sangat. Tapi dalam adik beradik ada trademark, hidung panjang. Cuma dia punye idung tersangatla tirus. Aku ni ala2 kembang gakla. Muka dah melekit2, dengan menunggu turn nak beli tiket, nak masuk ke dalam lagi. Aku cam biasa la, orang kata x boleh bawa makanan, aku bantai je bawa fast food dalam beg biru. Penat weh bawa 2 beg. Satu beg susu Adif (yang sebenarnya penuh ngan makanan orang dewasa), satu lagi handbag. Pastu hujung2 exploration, kitorang bantai berkelah dalam Petrosains. Pengunjung yang lain putih mata je tengok kitorang makan. CCTV? Lantak la. Oo…cuba cari 2 budak itam dalam gambar tu.

Banyak lagi gambar lain, tapi dalam kamera dorang. So nanti2la aku upload. Takpun aku upload dalam friendster ke. Huh dah bersawang agaknya friendster aku tu.

*****************************

iprm

Gambar ari tu, masa antar En. Khairul register KPLI. Dah lama gbr ni, tapi takde cara nak transfer gbr, sbb laptop aku takleh detect kabel ngan takde memory card reader. Abes tu cane aku leh transfer gbr ni? Ate…kate ade laptop baru. Harusla aku pilih yang lengkap sume sekali, webcam, bluetooth, wi-fi, bla bla. Dah malas nak pilih yang sedang2, susah kendian ari. Tapi rega yang baru lebih murah dari yang lama, sbb ade promosi rebat rm300. Memang sekarang ni laptop murah2. Henpon pun murah2 dah. Kalo kata takleh nak beli tu, mmg tak lojik la. Tapi kalo dah target nak beli PDA jugak…nak buat mcmana kan. Sanggup ye hidup tanpa henpon? Ke…?

Masa ni, kalo gbr tu dibesarkan, boleh tengok garis bawah mata yang sangat jelas. Gaya orang penat keja non-stop sepanjang minggu. Aku kalo penat, boleh nampak garis bawah mata macam dilukis. Rupa paras tu aku malas nak amik tahu. Janji aku pakai baju dan bertudung lengkap.

*********************************************

Pi kedai x bawa data card broadband. Pastu tadi try2 broadband tu kat laptop baru, xleh masuk pulak. En. Khairul dah menyendeng2 kat bahu aku, nak mujuk la tu mintak aku beli USB 3G broadband pulak. Takde nye En. Khairul.. Sama je konsepnye, kalo beli USB broadband, sedara kena ada simcard sendiri, sbb saya tetap xnak lepaskan kemudahan internet ni pada sedara. Dan nak simcard baru harus guna nama saya jugak, sbb nama sedara celcom dah black list. Sedangkan saya pun dalam proses nak tukar no henpon sekarang dari prepaid ke postpaid (1+5 plan). Takkan la saya nak ada sampai 3 bil? Malas aa…Dah dah..

Emm…mmg sangat2 taknak lepaskan kemudahan internet. Tak blh hidup tanpa internet..

**************************************

En. Khairul ni agaknya tak sabar sangat nak tunjuk kasut baru kat kawan2 dia. Tak pakai kat luar rumah, pakai kat dalam umah pastu joging dalam umah. Yang kakak tu joging sekali ikut belakang papa, adik pun sama sambik gelak2. Aku juga x larat nak celikkan mata. Asal jangan masuk dalam bilik kedua sudah, jangan kacau mini surau. Yang lain tu lantakla.

Pagi tadi ada latihan merentas desa, so sepanjang ari aku pakai pakaian sukan lengkap. Pastu nak gi Giant aku kekal ngan baju sukan, kasut ganti ngan selipar jepun. Haa…kembali jadi minah selekeh la tu. Tapi x kisah, promoter pun x berani nak tegur. Yang sadisnya, kasut sukan aku pun dah pandai merajuk. Gam dah nak tanggal. Takpela ko tanggal la, aku malas dah nak beli baru.

Lalu apa pula yang baru?

Assalamualaikum..

RABU, semalam mmg hari yang memenatkan. Ko-ku dari kul 4 sampai kul 6.30. Tapi yang menambahkan penat sebab masa senggang tu aku x balik, tapi gi merendek kat Klang. Apa yang aku cari kat Klang?

Cari pasal kot. Sangkut dalam jem lagi, pastu berurusan itu ini. Balik tu nak singgah SKTP, tapi ofis dah tutup pulak.

Terus sambung ke SKTG, santak sampai kul 6.30. Balik tu aku dah pening berdenyut. Anak2 pun aku suh En. Khairul yang handel. Harusla dia yang handel, aku gi Klang pun sebab nak uruskan sesuatu untuk dia.

Dan hari ni, balik dari sekolah, terus ke Giant Klang. Sebabnya…ada member kata kat situ kedai laptop yang boleh tahan harganya. Aku dah malas nak gi Klang, naik The Store. Setakat beza sikit2 tu, biarla aku beli kat Giant Klang je.

DANNNNNNN…..

Terbeli la satu laptop kaler silver, Toshiba Satellite L310. Toshiba lagi? Kenapa Toshiba? Sebab Dell dan Compaq aku rejek. Skrin mudah problem. Acer lak aku x sanggup, tak berapa tahan (walaupun aku sebenarnya dah jatuh chenta kat Acer baru tu, iklan Hrithik Roshan, tapi naseb la takde stok. Lagipun freedos, campur itu ini mahal gak). Jenama2 lain aku x tahu. Sony Viao yang aku berkenan tu aku x mampu. Jadi aku cuma setuju ngan Toshiba je. Dah terbukti Toshiba ni lasak. Buktinya, Toshiba aku ni dah kena duduk ngan kakak 2 3 kali dah, terhempas ke lantai sekali, dan dah crackpun, masih boleh guna dan pakai. Tang corrupt tu sebab aku x shut down properly. Kan ari tu blank putih, mana nak nampak function dia.

Dan, sepanjang masa berurusan tu, En. Khairul senyum2 jek. Cam budak2 pun ada. Sekejap2 ckp, “I love u Mama”. Heleh…!

Apa-apa je la papa. I love u too.

Update:

item

Inilah dia barang2nye. Expenses aku untuk bulan Januari. Aku cakap ngan En. Khairul, papa adalah lelaki tiga ribu lima ratus (you are three thousand five hundred man). Dan2 dia potong, tiga ribu je. Heleh.

Lalu kasut baru…

Salam,

Tengahari tadi sempat jalan2 kat The Store Klang. Ada orang excited nak sambar kasut sukan baru. Ni boleh sampai ke Klang ni, tak lain tak bukan sebab keja tu melibatkan orang tu punye interest. Cuba kalo aku yang nak cari barang, 3 tahun pun belum tentu sampai tempat yang dituju.

Ayat power yang buat orang itu macam kena short circuit bersemangat sakan, “Jomla cari kasut sukan papa tu, mama belikan.” 3 hari punye pencarian pun dia tak kisah. Dari Jusco Bukit Tinggi, membawa ke Suria KLCC (tujuan sebenar nak gi Petrosains, sempat dia jenguk2 kasut kat situ), membawa ke The Store Klang.

So, akhirnya jumpa gak kasut idaman kalbu, kaler kuning, hitam dan putih. Toksah kata dia, aku pun jatuh chenta ngan kasut tu. Tapi untuk diri sendiri takyahla rasanya aku beli kasut semahal tu, bukan guna sangat pun. Tapi untuk dia, dah namanya pun cikgu PJ, harusla ada kasut yang berkualiti. Mahal sikitpun takpe, janji selesa dan tahan lama. Tadi langsung tak perasan, malam ni belek2 tengok jenama kasut tu Adidas, teringat pulak pada sesuatu..he he. ADIDAS? Wangikah adidas itu?

Dah ada kasut baru tu, belajar la bersungguh2 ye. Jangan nak komplen kasut tak best pulak.

Pasal track bottom tu, sapa suh lupa nak beli. Akupun mana nak ingat sume, walaupun masa kat kedai kasut tu aku cam rasa ada benda tertinggal. Takpela, lenkali la En. Khairul.

Hmm…dah lepas satu. Eh..masih bunyi lagi pasal laptop. Ingatkan dah dapat kasut baru, lupa dah pasal laptop. Ngeh ngeh. Esokla kita survey lagi sekali. Jangan la risau, aku ni orang yang pegang pada janji.

*********************************

Cuak!! Nilah aku, pikir2 sampai mimpi. Dah mimpi dah aku gi interview bagai. Soalan pun boleh tahan..ngeh ngeh. Ambik notes, jgn lupa. Diri sendiri punye dokumen aku x sentuh langsung lagi ni, berpoya2 je kejanya. Bila nak mula ni??

Tapi apa yang paling buat aku sakit kepala, macamana nak pegi sana??

P/S: Masih berharap yang Malaysia ni ada Superman. Superman, tolong!!

Temuduga?

Assalamualaikum..

Tengah menggigil ni. Cuak tak abis lagi.

Alkisahnya aku mendapat panggilan dari SK Telok Pulai berkenaan dengan surat panggilan temuduga pada Jumaat lepas. Hoh? Temuduga SPP ok!

Akak tu pun dah konfius whether aku ni masih lagi warga Telok Pulai atau tidak, sbb surat tu masih sampai sana. Haa…cane tu nak jawab. Aku baru je nak fax surat pertukaran sekolah esoknya. Skali dah dapat panggilan temuduga. Baru je kot dorang letak information tu dlm web, sbb ari selasa lepas baru jek aku cek, takde lagi panggilan tu untuk aku. Takpela, setelkan dengan sekolah baru je la. Takde apa2 kot.

Ni maklumat temuduga aku nanti,

spp
Ada efek ke nanti pertukaran sekolah tu ngan SPP ni? Hii..ye, saya mmg degil. O, lagi satu, mmg nama saya macam lelaki. Sekian.

Mmm..apapun, pemilihan masa yang agak baik. Sekurang2nya takde la terkena awal2 ari tu. Ingat lg aku ber sms ngan Ariep psl temuduga ni. Series, kalo terkena masa awal2 ari tu, sure aku melalak sorang2. Mana nak sesuaikan diri jaga anak sorang2 lagi, nak gi sekolah baru lagi, tetiba nak kena pikir psl temuduga lagi… 5hb Februari tu kira ok la. Aku pun dah agak stabil dah ni. So, cuma nak pikir barang2 yang perlu disediakan dengan apa yang nak kena studi je. Baki cuti 2 hari ni aku nak setelkan sume segala dokumen yang perlu. Lps ni masa akan jadi terhad dah.

Oooooooo…lagi satu, aku nak pegi ngan apa? Atoi, atoi…konpem aku takleh drive sejauh tu. Berdoa je la kot tetiba ada superman yang datang menghulurkan bantuan, dukung aku pastu dia terbangkan aku…dukung pun dukung la, janji sampai Putrajaya, muahaha. (Huh…mimpi semata2)

Lepas 5/2 ni, harapnya takde dah kejutan yang mengecutkan isi perut aku. Nak fokus pada PnP dah.

Ok. Takpe, kita doakan yang terbaik sajalah. Follow the flow. Buat satu demi satu, aku xnak kremkan kepala. So, En. Khairul, sila buat sendiri sume assignment dan dokumen yang saudara perlukan. Saya dah sediakan sebahagian besar dah tu. Eh? Kenapa mesti saya yang buat keja saudara? (tetiba berkira).

*****************************************

Ni apsal tetiba sedara bercerita pasal Ustazah yang ajar moral tu? Konon ustazah tu sendiri menggalakkan poligami walaupun dia perempuan? Motif? Nak kena lempang, silakanlah.

Cinta?

Ambil ini dari blog Lakaran Kata, nampak menarik. Harapnya tuan empunya blog tak marah ye, saya paparkan gambar tu di sini.

2341142108_773c80f146_m

If you love and miss that person, then love can come again when u meet again. Just like playing hide and seek..no matter where it hides or even if u can’t see it, it must be waiting at some place for u. amid the countless chaos..just like the sincere prayers of love..the people in love will surely meet again.

Agree.

Tapi aku tak main hide and seek. Aku ada kat sini. Bila2 masa. I will always be here.

Dan kerana cinta, aku perlu lepaskan ia. Biarkan ia pergi, ke mana sahaja, tanpa perlu mencurigai ia. Kerana kita sama-sama dewasa.

Dan aku cuma perlu menunggu ianya kembali, jika ianya benar-benar cinta.

-mmpr-

Banyak hal!

Assalamualaikum..

First of all aku nk bagitau yang aku skang ade sedikit health problem. Agaknya berkait rapat ngan apa yang aku makan td sebelum balik sekolah. Lps jek meeting ko-kurikulum dan merentas desa, aku singgah kantin makan soto. Balik je aku dah cam pening2, mungkin sbb ajinomoto kot. Pastu skang ni, kul 7 lbh aku mula rasa loya dah. Apa benda yang ada dalam soto tu pun aku tak tau, tapi mmgla aku rasa x selesa sangat menanggung rasa loya yang berkesudahan ni. Nak je aku jolok anak tekak aku ni, tapi malas ah.

*********

Iklan sat!!

Aku gatal2 nak tukar simcard di ant hp2 aku. Dah tukar haruslah set masa pd hp tu. Dan aku set masa tanpa melihat jam kat dapo (jam kat luar dah byk kali jatuh, so mengong sikit), aku jadikan citer kat tv sbg penanda. Tapi aku salah set, aku set setengah jam lbh lewat.

Pg tadi dengan bangganya aku bangun dan bersiap awal, konon 6.10 dah siap mandi, kemas barang sume, cuma nak tukar baju je. Sekali rs pelik je bila dengar jiran2 dah start enjin moto. Tgk2 jam kat dapo dah kul 6.40 lbh! Maka kelam kabut aku nk pakai baju, pakai tudung dan bersiap. Hadoi…ada jugak kes macam ni? Mmg betul2 clumsy la zha.

**************************

**edited**

2 hari lepas bercerita dengan En. Khairul tentang perancangan membeli laptop baru. Yup, aku mmg jenis nekad. Kalo aku nak aku akan usahakan sampai dapat. Bincang2 ngan En. Khairul, tentang di mana dan bila, serta jenama apa. Tetiba En. Khairul bercerita tentang assignment nya yang semakin bertambah dan tempoh masa yang telah ditetapkan untuk menghantar assignment2 tu. Aku cam biasa, buat2 tak faham dan pujuk dia supaya dapat tunggakan nanti dia beli laptop satu. Tapi, dah dengar dia membebel psl tunggakan yang lambat lagi nak dapat…agak2 apa yang boleh aku ofer? Hu hu…ok la En. Khairul, nanti I belikan satu untuk U, takpela I tak pakai laptop baru pun. Tapi, tang data card broadband tu I am veri the sori ye. I tak boleh idup tanpa internet. Hi hi.

************************************