Misteri…

Dear Diary,

Misteri sungguh perasaan ini…kadang2 bila terlintas di fikiran, akan ada satu perasaan yang sangat mencengkam. Kadang2 rasa perit itu datang, rasa pedih itu menyucuk…rasa sakit itu melarat.

Sakit…sakit sungguh rasa kali ini.

Rasa sakit yang enggan aku hiraukan…dan aku biarkan ianya melarat…rela aku biarkan ianya melarat.

Kerana aku yakin…

Sakit yang x bertepi ini ada ubatnya.

~MMPR~

Saya semakin muda!

Assalamualaikum…

Bagaimana saya menjelaskan tarikh lahir saya hampir setiap kali bila saya ditanya, kecuali bila pertanyaan itu berlaku dalam situasi yang formal..?

Contoh soalan:

Bila tarikh lahir ko? atau, Bila awak dilahirkan…atau lain2 jenis soalan.

Biasanya saya akan jawab begini;

Saya dilahirkan pada awal permulaan musim bunga, saat bunga sedang kembang mengharum, pada permulaan bintang aries, kambing gurun yang gagah dan tegap, serta pada pukul 8.00 pagi, saat matahari sedang cantik memancarkan cahayanya, nyaman dan indah.

Sebab itu saya seorang yang suka tersenyum dan menyenangkan, ibarat indahnya bunga2 yang berkembang, saya seorang yang kuat dan degil sepertimana kambing gurun itu, dan saya seorang yang periang dan menceriakan, sepertimana indahnya pancaran cahaya matahari pagi.

Dan tahun ini saya sekali lagi bertuah, tarikh lahir saya jatuh pada hari sabtu, sepertimana saya dilahirkan pada 28 tahun yang lalu.

Dan…bila dibaca statement kat atas, tentu sahaja kalian boleh menilai saya ini seperti orang yang macam mana…?

POYO! Ha ha.

Mmm..dan hari ini, seperti yang telah dirancang semenjak Disember lagi, saya sudah berada di Cameron Highland. Secara tak langsung, menyambut hari lahir saya, dengan ditemani bunga2 segar di sini, pada hari Sabtu dan pada pukul 8 pg, menyaksikan indahnya pancaran cahaya matahari pagi yang mendamaikan.

Ini adalah scheduled post. Jadi saya boleh menaip entry lbh awal.

Melangkah ke usia 28 tahun..hmmmm…apa ye harapan saya? Ada..mmg ada. Cuma biarlah rahsia…ceh.

Oklah, Rancangan 5 Tahun saya dalam proses perangkaan. Masih belum di finalize, sbb ada bbrp perkara yang belum pasti lg nk buat sekarang ke nak dikemudiankan..he he. Supaya tak pening, better jgn citer byk2. Should stop now. Kan melalut lak.

P/S: Lagi 2 thn nak melangkah ke 30 thn. Orang yang dah berumur 33 tahun, apa agaknya yang dia rasa..ke tak kisah?

Selamat la korang berkonvo!

Salam allz…

Hu hu, dah selamat la korang berkonvo ye..aku xde rezeki la nk berkonvo untuk diploma pendidikan, tapi aku dah sedia menuntut konvo lagi satu dari En. Khairul.

Takpela, berkorban apa sahaja, harta atau pun nyawa…

Yang “best” nya, elok semalam konvo, elok time tu gak elaun En. Khairul masuk. Sungguh sadis perancangan ini, tapi semuanya sudah ditetapkan oleh Yang Maha Esa.

Takpela, sekurang2nya aku mmg ada gambar aku pakai jubah konvo IPRM. Nak tengok?

pict0072

Gambar ni diambil pd Konvo Mei 2008. Masa ni Unit Bahasa Inggeris bertanggungjawab untuk menjaga bilik jubah. Apa lagi, aku cam biasala, try la sepam dua. Orang lain cam takut je nak try, takut suwey. Mende lak, tak try pun korang tak datang konvo gak. Aku lak, seb baik try kan…ada la kenangan pakai jubah konvo.

pict0085

Aku suke gambar ni. Masa nih tengah berisi sakan. Lps praktikum, mmg chubby sangat la. Sampai kena tegur ngan individu tertentu. Tapi aku suka gak tengok diri sendiri. Nampak very keibuan gitew..kan. He he, puji diri sendiri lak.

Yang ni jubah lecturer ni, Ketua Jabatan punye jubah lagi. Aku ngan Teh yang incharge jaga jubah dorang untuk diagih2kan. Sempat aku possing pakai jubah dorang ni. Nampak bertambah besar sbb jubah tu mmg tebal. Tapi kan, mintak2 la aura tu melekat kat aku dan jadi kenyataan. Mana la tau kan, one day aku pakai jubah ni atas nama Ketua Jabatan..hak hak ..berangan!

Okla, sampai sini dulu update. Pada member yang dah selamat konvo, tahniah! Aku tetap gak berpuashati dengan keputusan exam ari tu, xpela, ada rezeki kita konvo jua…

Ulangtahun, sajak dan kenangan

 Assalamualaikum…

Sedang syok bercerita, tajuknya penternakan, maka secara tak sengaja aku tersentuh cerita ayam belanda. Dan secara tak sengaja aku tersentuh kisah aku dan arwah kawanku. Bila sebut arwah, budak2 biasala, akan terkejut. Dan yang paling syahdunya, esok, 5/3 adalah hari ulangtahun kelahirannya. Arwah meninggal pada tahun 2004. Maksudnya dah 5 tahun dia meninggalkan dunia yang fana ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

 scan0001

Foto aku bersama arwah Mariana. Gambar diambil sekitar tahun 1999/2000. 

scan0002

Ni geng aku masa kat kampung. Masa ni sedang cuti semester agaknya. Ni umah aku masa belum transfer ke rumah batu. Arwah di UIA, aku Matrik KMKN (UUM), Tini (UiTM-kemudian dapat sambung ke UK), Che (UM). Skang aku ngan Che masih lg berhubung, dia pun Cikgu BI sekolah menengah. Tini ni ntah mana dah, no tipon takde. Seb baik aku tahu mana umah parent dia, next time leh ambush. Eh, tapi dia ikut suami dia la…hu hu.

 Teringat pulak pada sajak kegemaran aku, ‘Sajak Cinta di Kuala Lumpur’. Dulu aku ada satu buku sajak2 kemerdekaan, tapi dah dipinjam orang. Dan tetiba aku rindu pada sajak itu. Sapa2 yang ada karya tu, bolehla email kat aku.

Seingat aku, ‘Sajak Cinta di Kuala Lumpur’ tu mcm ni lah lbh kurang;

Kutulis sajak ini
Ketika hujan berderai
Kupilih saat sunyi
waktu angin membelai..

Kiranya sesuai la ngan kehidupan aku masa tu, kat matrik, jauh dari family. Tapi tukar la Kuala Lumpur ke Kuala Nerang..ngeh ngeh. (Gorpis seringgit!)  

scan0003

Kenangan di KMKN, suka sangat gambar ni, ceria. Bunga2 ni banyak kat sana dan pelbagai warna. Tenang je masa belaja dulu.

Konvo?

Assalamualaikum..

Akhirnya, surat konvo dah sampai. Seronok je kan, masa untuk berkumpul. Tapi tu la, geng cam ramai yg tak nak pegi. Yang duk jauh tu satu cerita, yang peknen tu satu cerita.

Aku pulak mcm on je. Cuma…

Rasanya tak jadi pegi kot. Jgn la tanya kenapa. Tak best sgt kalo ramai takde, pastu campur ngan sume maktab. Lagipun byk benda yang aku nak kena pikir ni, so korban la sikit untuk konvo ni. Takpela, ada rezeki aku sambung blaja lagi, boleh konvo lagi sekali. Setakat konvo maktab tu small matter lah, x pegi pun xpe.

**************************************************

Orait, dah abes bayar bil. Kancil, wira, upah mak pengasuh, elaun mak ayah, itu ini sikit…dah ciput dah belen. Baru awal bulan. Nasib baik duit umah masih dicover oleh KWSP. Maklumla sekarang sumber ekonomi cuma satu jek. Okla tu dr takde langsung kan. Esok2  dah kaya, aku gak yang senang…kan? No hal lah. Berkorban apa saja.

********************************************

Orait, nak majuk pun tak guna ni. Susah jugakla orang opsyen PJK ni. Asyik ada program time cuti sekolah jek. Terbaru, Sabtu ni En. Khairul ada training untuk PL kat Jeram Toi, Seremban. Tu belum konfirm lagi, tapi mcm ye je. Maka malam petang Sabtu la baru dia sampai. Borink.

Pastu, dalam pada aku duk pesan jangan masuk KAGUM, dia masuk jugak. Punyela aku ngamuk weekend ari tu. KAGUM ni pulak dijalankan masa cuti sekolah, 4 hari. Tak tau hari apa, tapi aku rasa mesti terkena hari Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu ataupun Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad merujuk kepada KAGUM tahun lepas. Buat kat Johor. Tengokla tu, mau aku x ngamuk. Sebab Jumaat sampai Ahad aku dah book rumah persekutuan nak jalan2 kat Cameron Highland. Lama dah weh aku plan ni. Book pun since Disember 2008 lagik.

Plan nak pegi 2 buah keta, family aku ngan kakak aku. Tapi kalo dia takde mungkin pegi satu keta jek, sumbat lam Grand Livina. Tapi masalah akan timbul gak. Aku sorang nak jaga 2 orang anak yang memang dah tahu takleh lepa mata sikit hilang, agak mencabar jugak. So twrn dibuka, sapa nak jadi nanny ganti tempat En. Khairul, sila angkat tangan.

Tapi silap2 ari bulan aku x jadi pegi kot.. hu hu. Maka jadilah cuti sekolah yang memborinkkan.

Takpela, kita tengok nanti. Mungkin akan ada sesuatu yang menarik akan berlaku. Harapnye takdela borink sangat kan.

P/S: Cuti sekolah bulan 5, 2 minggu. Satu minggu dia akan terlibat dengan program luar. Rasa cam nak suh dia tukar opsyen jek. Aaarrgggghhhhhhh..