Almost…

Assalamualaikum…

Sepanjang minggu lepas, hari Khamis dan Jumaat, aku gelak jek. Gelak jenis nyaring ala2 pontianak gitu. Beberapa orang cikgu pun dah pelik2. Siap sound aku lagi. Pada yang concern, sms aku dan tanya apa masalah. Dan aku akan tetap dengan jawapan yang sama..takde apa2la.

Muka maintain ceria. Senyum tak penah lepas, gelak2 cakap2, cuma beza aku ketawa terover sangat.

Kalo masih ada yang terlebih concern, dorang akan tanya lagi. Maka aku dengan positifnye jawab, InsyaAllah takde apa2. Kalo ada masalah itu biasa, tapi kita kena sentiasa kuat dan yakin. He he..ntah apa2 kan.

Memangla aku tak akan citer kat orang.Susah aku nak buka mulut kalo aku ada poblem. Sebaiknya aku cuba sembunyikan. Paling tidak aku akan hiburkan diri sendiri. Tapi kenapa kali ni aku mcm ‘parah’ sangat?

Ye, tadi masa termenung, aku sedar aku stress. Stress sangat. Pasal duit ke? Pasal loan ke? Ke pasal hal peribadi..?  Teeetttttttt…aku rasa aku tahu sebab apa… Ianya sesuatu yang berkait di antara satu sama lain…dan bebanan perasaan aku ni bertambah parah bila aku hampir tiada sokongan yang aku harapkan…malah sebaliknya. Dah aku ni jenis pendam masalah….maka agaknya sebab tulah aku ketawa dalam keadaan tak dapat dikawal…he he…seb baik aku tak gila jek..he he..

Tapi bagus juga…bila berlaku sesuatu masalah, kita boleh muhasabah diri. Apa yang aku kurang, apa yang jahat yang penah aku lakukan, sampaikan aku diuji sebegini. Tang ujian Allah tu aku tak kisah…tapi kalo dah sesama manusia menguji aku…mau gak la lama2 aku biol. Tapi takpela. Jangan berhenti berfikir positif. Itu sahaja senjata yang aku ada..paling tidak pun, aku bukanlah manusia paling susah atas muka bumi ni. Pasti ada rezeki Allah untuk aku anak beranak. Cuma kita perlu bersabar. Selebihnya, untuk seseorang yang diharapkan sebagai tempat mengadu…sentiasalah sokong aku, walau apa jua keadaan aku. Percayalah, aku akan cuba untuk berfikiran positif, tapi aku juga manusia biasa…kadang hati ni rapuh juga…kalo sentiasa diasak ngan masalah..dan keadaan akan jadi lebih parah, kalo aku hilang segala sokongan. Pasti aku akan rebah. Jadi…tolonglah bagi sokongan sikit kat aku..bukan sekadar bila aku selangkah lagi untuk menuju puncak, tetapi juga bila aku seinci lagi nak jatuh tergolek… Selebihnya, aku akan pujuk diri sendiri, dan usaha lagi untuk perbaiki apa yang berlaku. InsyaAllah.

Advertisements

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum… Hari ni pagi2 lagi aku dah dapat beberapa mesej dr kwn2. Semuanya duk wish selamat hari guru. Maka sepanjang pagi tadi keja aku adalah menghantar mesej kepada kawan2 guru…he he. Tak sedar da berapa byk sms yang aku antar, sbb guna bil katakan.

Macam2 pulak yang dibalasnya, ada yang kelakar, ada yang berilmiah, ada yang cute, ada yang sempoi..

Tapi lam banyak2 mesej yang aku dapat, satu mesej ni betul2 buat air mata aku bergenang..

DULU DIA pegang rotan, kau kata DIA garang. Bila DIA lambat masuk ke kelas, kau kata DIA malas. Bila DIA marah2, kau kata DIA melampau. KINI…kau adalah DIA. SELAMAT HARI GURU.

Series, lepas baca aku jadi syahdu, especially tang ayat, “KINI…kau adalah DIA”. Beb, aku dah jadi cikgu la! Panjang nye perjalanan hidup ni sebelum aku berjaya capai tahap sekarang, dan masih panjang perjuangan aku sebelum aku betul2 sampai ke tempat yang dituju..

2009, Tahun pertama aku menyambut hari guru sebagai seorang GURU…

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI MALAYSIA. BERKHIDMATLAH DENGAN IKHLAS. SEORANG GURU YANG BAIK SELALU IKHLAS, SABAR, ADIL, KOMITED DAN TAQWA. MOGA JADI GURU MITHALI ~ DARI TEACHER ROSFARIZAL DAN CIKGU KHAIRULNIZAM

 

P/S-Aku cam lupa tentang satu hari tu, hehe…SELAMAT HARI IBU untuk para IBU. Dan buat Ibu saya, Puan Mariam Abdullah, orang sayang mek sepenuh hati…darah mek mengalir dalam badan orang, jantung mek berdegup seirama jantung orang, nafas mek sehangat nafas orang…orang kagum dengan semangat mek, semangat yang orang pinjam untuk bekal orang berjuang. Sayang mek, dari Adik Ja.

Suram ke?

Assalamualaikum…

Pernah satu malam, sedang ngelamun sorang2, pastu teringat satu lawak jenaka…aku leh gelak sorang2..kuat.

Memang macam ntah hapa hapa.. tapi x lama. Pastu aku stop. Teringat sesuatu..

Dah lama x gelak macam tu, sejak aku turun sekolah sesi petang…series. Kalo dulu, sampai aku kena sound sebab ketawa jek. Sorang cikgu leh kata aku gelak cam enjin keta..nampak sangat buruk laku aku ni. Tapi itu la…

Bagi aku, ketawa adalah ubat utk segala2nya. Sakit, penat, stress, lapar… dan dah lama tak ketawa sepenuh hati…

patutla aku macam lost je skang ni…