Observe?

Salam…

Waaa…sibukkkknye saye minggu ni….sampai takde masa langsung nak update. Paling best sebab sibuk kerana saya sedang berpraktikum.

Praktikum? Eh, bukan saye yang praktikum, suami saye. Tapi sekarang dia ulang alik dari Seremban ke Pulau Indah. Maka saye menasihatkan dia supaya kalo nak ulang alik, takyah la sewa umah lagi, sekurang2nya save ka dari satu segi.

Dia penat sebab ulang alik, dan herannya saye pun penat jugak. Nape ye? Sebab saye pun dah sama macam dia, praktikum gak. Malam tadi je dah tidur kul 3 pagi, sebab saye siapkan teaching aids. Dia lak saya suh tidur awal. lam kul 1.30 pg. Maklumla esok kan nak drive.

Begitula pengorbanan masing2. Yang terkorbannya anakla, sebab parent dah penat.

Sayepun tak tau nak update apa sebenarnye ni, sebab kepala otak ada sedikit weng2. Penatla praktikum kali ni…

P/S: yang bagusnye bila saye dah mula buat teaching aids utk dia, saye bersemangat kembali utk buat teaching aids untuk kelas saya sendiri. Dan Alhamdulillah, budak2 suka la..hehe. boleh teruskan ni, jangan berenti sekerat jalan dahla.

Advertisements

Best ke? Ke tak best?

Assalamualaikum…

Wah wah…pontengkah hari ini? Begitulah spekulasi orang ramai…

Okeh, dah setel itu cerita, dah lulus…Yahoo! Kaya la utk seketika. So, lps ni nak kena bajet betul2 supaya tak terjadi pembaziran. Maklumla, dapat duit seketul…mau tak rambang mata. Ni pun, nak kena latih diri jadi kejam sket, supaya tahan dengan pujuk rayu.

Urusan dengan bank makan masa juga rupanya. Asalnya, lps urusan nak gi sekolah. Tapi adalah tidak berbaloi, kerana dah kul 4 lbh. Maka pusing balik Pulau Indah, gi amik mc. Ngeh ngeh. Alasan, sakit kepala. Dan dan lepas tu, kepala aku betul2 berdenyut.

Sebenarnya, mmg sepanjang minggu ni, asal petang sket, aku dah sakit kepala. Cuaca yang panas mungkin penyebabnya. Berdenyut lak jenis yang takde maaf bagimu. Malam ni pun sambung panas badan. Hmm…nak selsema rupanya.

Walaupun dah sakit kepala, misi Jgn Pandang Blkg Congkak tetap diteruskan. Dan akhirnya aku rasa cam rugi lak tgk citer tu kat cinema. Baik je beli CD. Dah mmg asalpun aku jenis yang tak gemar tgk movie kt cinema. Tetiba terkena citer yang bagi aku tak best. Mulala aku berkira. Seingat aku, ini adalah kali ke-5 aku masuk cinema seumur idup aku. 3 kali masa couple, 2 kali masa dah kawen. Aku tak kata citer melayu ni tak berbaloi utk ditonton, tapi ada citer2 yang tak memuaskan ati, akan terasa rugila aku…

Hmm…terfikir gak, aku ni asal asben nak berangkat pergi, mulala nak demam la, itula ini la. Anak2 pun sama.Yang adik pun dah panas2 badan dah. Anyway, rasa cam nak ikut je En. Khairul gi Seremban Ahad ni. Dah lama nak ikut dia gi Seremban. Rindu dah ngan bandar kecik tu..So, kalo dpt green light, maka sampaila aku ke sana..yihaa.

Jom dating!

Assalamualaikum…

Menghampiri hari2 terakhir bersama En. Khairul sebelum dia berangkat ke Seremban, aku dah mula cuak. Aiseh, macamana malam ku nanti tanpamu di sisi? 3 minggu ni aku memang terasa begitu disayangi olehnya. Pelukannya setiap malam begitu erat, seolah2 tidak rela melepaskan aku walau apa keadaan sekalipun. Eh? Ada kah aku terlalu jiwang? Hehe, kalo aku turutkan perasaan skang, mau entry ni jadi entry melampau lak kan..hehe. So better stop berjiwang, sebelum tersasul.

Dua tiga ari  ni, aku dah mula berkira2 sendiri. Alamak, cane aku nak lena nanti. Dah terbiasa tidur bawah ketiak En. Khairul, dah terbiasa bangun tidur buka2 mata je nampak muka dia, dah terbiasa diantar dan diamik kt tempat keja, dah terbiasa makan sama2. Dah terbiasa itu dan ini….aku dah lupa la cane nak berdikari. Aku dah lupa la cane nak idup sendiri…

Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Kalo tak kerana dia tu praktikum, mau je aku suh dia ulang alik hari2 dari Seremban ke sini. Tapi sebab aku pun X-KPLI, aku tau masa praktikum byk keja dan bebanan, maka aku kensel la nak memujuk rayu En. Khairul. Kan orang tu takleh kosentrate, susah kedian hari lak. Sabau je la, 5 bulan je lagi. Pejam celik pejam celik kan abis la tu. Akupun, pejam celik pejam celik perutpun makin membesar nanti.. Dan harap sangat biarla dia posting area2 sini je, aku dah tak sabar nak idup sebumbung macam dulu, ngan anak2. Satu lagi yang aku perasan, anak2 pun hepi je papa dorang ada. Lepas ni jenuhla aku nak memujuk anak2 aku ni nanti.

Hmm…tak sabar nak tunggu cuti semester bulan 8 ni..he he …over kah aku?

Orait, sbg mengisi hari2 last ngan dia, kitorang nak gi tgk wayang. Rabu ari tu dah pegi Jusco Bukit Tinggi, tapi sayang lak, citer tu stat kul 11.30am, abis dalam kul 1. Tupun belum tentu stat sharp mcm kat jadual. Jadi, kensel la nak tgk, sbb kalo tak sah2 aku akan lewat gi skolah. Just makan dan singgah Harvey Norman dan hampir2 terbeli TV LCD, fuh. Seb baik sedar diri. So, esok plan lagi skali, mesti tgk gak. Citer bukan citer apa pun, citer Jgn Pandang Blkg Congkak je…berbaloike agak2nye tgk citer tu? Demi abang sayang punya pasal…adik sanggup turutkan..

Oklah, harapnye esok ada waktu yang sesuai untuk kita tgk citer tu. Takpun aku nak tgk web TGV dulu. Hmm…berdating lagi la esok…mcm biasa, bila dating, anak2 harusla ditinggalkan kat umah pengasuh. Boleh mama ngan papa jalan berdua berpegangan tangan. Maka mulala orang sekeliling jeling2 mencebik ingatkan kami ni pasangan yang sedang hangat bercinta sehinggakan tak ingat orang sekeliling, dan dengan selambanya pegang2 tangan di khalayak ramai. Kerana raut wajah ku yang sentiasa awet muda (eceh) membuatkan orang ramai menyangka kami adalah sekadar couple sedangkan kami sudah 5 tahun kawen. Muahaha… dan sebab aku ni MEMANG NAKAL, maka esok aku nak buat lagi aksi gedik ku di kawasan public. Jangan marah aa..

Selamat Hari Bapa…

Salam,

Nak ucap selamat hari bapa buat ayah tersayang. Semoga dikurniakan kesihatan dan rezeki yang murah. Untuk suami, teruslah menjadi seorang bapa yang paling baik, jagalah anak2 dengan penuh hemah dan kasih sayang. Teruskan mendoakan anak2 mu, kerana doa seorang bapa amat bermakna untuk anak2mu. Semoga keluarga kita lebih bahagia, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah.

Jom sambung tugas!

Assalamualaikum…

9 hari berada di kampung, kembali semula ke klang pada rabu hari tu, melawat **edited** dan sekarang masih berbaki 2 hari untuk aku berpoya2 menyiapkan baki kerja yang tak siap2 lagi ni. Saje je tak bw keja balik ke kampung, akibatnya aku asal teringat je, takleh lena. Tapi sama gak, dah ada depan mata pun bukannya buat. Hantu malas ni masih bertenggek kat tengkuk.

Apapun, cuti kali ni memang betul2 puas hati, mandi pantai, shopping, shopping dan shopping. Itulah sebabnya aku x nak tunggu lama2 lagi kat kampung, kan abes lak belen gaji yang sedia ciput ni. Sebaik aku dah asingkan duit nak byr utang, hehe. Sebulan x bergaji, mustahil la kalo aku x berutang…kan?

Malam tadi, aku mimpi jadi orang kaya. Pelaburan apa ntah yang aku sertai tu tetiba untung 2 kali ganda. Isk….cam tipu jek. Tapi syok gakla. Yang pasti, kalo permohonan aku tu lulus, aku akan jadi orang kaya segera, yang byk hutang….he he. Ntah apa2. Mmm..nak besarkan umah, nak touch up umah, nak beli perabot…pendek kata, aku buat ni utk umahku syurgaku. Dah 2 tahun pindah masuk, masih lagi standard tak berseri, perabot pun dari rumah sewa, which is some of them adalah perabot sekenhen yang dibeli dari orang. Syahdu kan jaman2 dulu.

Apa taknya, aku masih lagi simpan bekas tupperware, yang aku beli untuk bawa bekal gi keja. Kami beli 2, satu untuk aku, satu untuk En. Khairul. Gi keja bawa bekal nasi. Bukan nasi apapun, nasi kosong ngan ayam atau ikan seketul. Gile nak jimat dulu. Air plak, air masak je la. Takpun, company ada sediakan teh, nescafe, milo percuma, so yang tu la aku belasah. Sungguh, dulu mmg la sederhana je idup. Boleh lak aku survive. Tapi betul la kata orang, besar periuk besar la keraknya. Aku ni baru je nak membesarkan periuk, kerak lak yang terover besar tak dan-dan.

So, dah sedar diri dulu idup susah, haruslah aku sentiasa bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah ni. Kerja kena lebih ikhlas, supaya rezeki yang aku beri makan pada anak2 ini akan lebih diberkati. Dan, untuk sesiapa jua yang ternampak aku ni macam dah ilang pedoman a.k.a lupa diri, tegur2lah aku ye.

Lega…

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni aku sedikit lega. Terima kasih pada lelaki teristimewa itu, teruskan menyokong aku, walau dekat, walau jauh nun di sana.

 Harapnya, setiap apa yang kita lakukan, akan mendapat keredhaan Allah.

Ianya seakan suatu permulaan yang baru. Dan aku seolah2 tidak sabar untuk memulakan perjuangan baru ini. InsyaAllah, aku akan lebih bersedia dan akan lebih fokus. Fokus? He he, dah lama aku ilang fokus since **edited**. Penat yang takde bertepi. Jadi, untuk itu, aku kena siapkan strategi baru, supaya prestasi aku akan lebih baik selepas ini.

Besar harapan aku kali ini. Sebesar cinta aku yang tak pernah berpenghujung ini.  Semoga aku akan menjadi seseorang yang menyenangkan dan yang membahagiakan. InsyaAllah.

**edited** holiday?

Assalamualaikum…

Cuti panjang kali ni. Takde dah nak terburu2 untuk itu dan ini. Boleh berehat kat kampung puas2. Aku pun dah berisi dan itam. Maklumla, kalo dah cuti semestinya selera makan akan bertambah. Itam pulak sebab mandi pantai, tak nak kalah tu walaupun dah ada anak 2. Cukup puas ati tunjuk skil berenang ari tu. Time kasih la pada BIG masa KPLI ari tu. Kalo tak, sampai sudah aku tak pandai berenang.

Lantikan pun lum setel lagi nih. Cukup tidak mengambil berat aku psl soal ni. Tapi sbnrnya bukan sebab aku x amik berat, cuma tertinggal satu cop, maka aku xleh pos lagi surat tu. Nak kena balik **edited** dulu, then antar terus ke Putrajaya. Harapnya takde apa yang akan berlaku. Semoga semuanya akan selesai dengan baik.