Dan ianya mengalir seperti air…

Assalamualaikum…

Maka kerja2 mencantikkan umah sudah dimulakan…setelah didesak akhirnya beberapa barang yang perlu akhirnya dibeli, disurvey dan dibooking. Sigh…cukupla makan duit benda2 tu sume. Begitu aku masih berkira walaupun umah sendiri. Tapi jaman sekarang ni benda2 tu amatlah mahal. Riban-riban itu biasa, tapi sangat berbeza riban-annya dari yang orang terdahulu dah buat. Sangat penat memendam rasa, akhirnya order jua apa yang ada depan mata. Itupun setelah ditanya sana-sini harga lebih kurang sama atau lebih mahal. Maka malaslah aku nak bertangguh. Tak booking/beli pun duit susut jugak…heran. Lebih baik beli barang2 yang dah dirancang, sekurang2nya nampak hasilnya.

Rumah, as previous entry, amat kelam kabut dan menyakitkan mata. Sapa nak katil, sofa, dan beberapa barang rumah sekenhen sila angkat tangan. Sangat sayang sebab kenangan waktu idup susah, tapi apapun kena dikeluarkan juga, kalo tidak umah jadi stor brg2 lama. Nak buang kena cari lori, so skang ni cari lori la pulak. Aku ni kalo lama2 idup cam gini mau stress lebih2. Dengan barang berselerak tahap gaban, umah cam tongkang pecah, masa yang terhad sangat (skang dah jadi student balik la katakan…..!), mau senak kalo lama2 perhatikan apa yang depan mata. So, cepatla buang benda2 yang tak perlu ni, supaya lapang sikit umah ni.

Nak cat? Hu hu…masalah jugak. Dah beli beberapa warna yang berkenan, tapi hapa kan daya umah aku jenid dinding berkusta kesan dari adunan kapur yang tak masak (kata dorang la), menyebabkan sedikit semi sedikit ianya melekang dan jatuh ke bumi jua akhirnya. So nak kena repair benda tu dulu, which akan menghasilkan habuk yang banyak, maka akan kena sofa baru ku…mana nak alih, ruang dah tak ada….ARRGHHHH!!

Nak install kitchen kabinet nantipun akan menimbulkan masalah ruang..haha..mau haus rambut ku separas pinggang ini. Owh…rambut pun satu hal, nak potong sayang sebab dah panjang tapi tak potong boleh menyebabkan berlaku pembiakan rambut di atas lantai yang sangatla malas aku nak sapu..hehe..selalu kena bebel. Oh…biarla dulu aku merasa bak puteri dari kayangan, kan aku dah boring long hair aku cut jadi short hair..or botak…ke tak yah buat apa2? Memandangkan skang dah stress ngan keja umah, keja sekolah dan keja praktikum?…jadi ianya akan gugur secara perlahan2..kan? Korang faham tak? Haku pun tak faham..malas nak delete.

Maka kesimpulannya, duit mengalir macam air…tapi rasanya biasala tu untuk sesapa yang nak renovate umah mesti cecah ribu-riban. Tapi dah dasar aku orang miskin, tak penah ade duit banyak tu, mula la aku rasa cam kedekut ala2 tangkai jering..nak keluar tu banyak kali pikir..tapi keluar jugak..ala cantik2 pun umah aku gak kan…berkorban la sikit. Buat skang esok2 tak pening dah. Leh beraya dengan penuh bergaya. Umah sapa tu? Umah cikgu rosfarizal ngan cikgu khairul. Cikgu la katakan, laki bini lak tu..apa salahnya. Lagipun dah gitau En. Khairul awal2 dah…tahun depan apa nak kalut, laki dah gaji tinggi. Lagikan time gaji ratusan pun leh idup apatah lagi gaji ribuan. Cuma tula lum apa2 kerak dah melebarkan diri lam periuk. Maka dua tiga bulan tak mustahil kejanya makan kerak saja…

Tapi takdela perabih sume apa yang ada kan…maula simpan separuh…perasaan berjimat cermat masih ada,…masih ingat diri.. kena simpan untuk anak2. Nipun berbelanja sampai takat yang aku tetapkan je. Kalo x cukup, kita tunggu tahun depan lak, En.Khairul lak belanja. Dan tahun depan….ahhhhhh..tak sabarnya nak tunggu saat aku goyang kaki…lalalala.

Masa atau Malas?

Assalamualaikum…

Itula persoalannya, nape dah lama nau tak update. Mungkin sebab masa yang agak terhad. Bangun pagi-pagi buta kul 4.30 prepare brekfes/alas perut untuk En. Khairul sblm dia bertolak ke Seremban. Lepas itu ini tido balik. Bangun lak dah tak berapa pagi dah, kemas apa yang patut, mandikan anak, suapkan anak, bersedia nak gi sekolah. Kul 6 lbh rapat kul 7 ptg sampai umah. Buat apa yang patut, sambil bantu En. Khaitul ngan rph atau abm dia. Kul 12 lbh kadang sampai kul 1 baru tido…pastu esok sambung lagi aktiviti yang sama. Nak update, bukan tak nak update. Tapi asal log in, tekan New Post, mata dah layu. Takpun, baru taip separuh, ada permintaan utk itu ini, sama ada dari suami atau anak2. Last2 benda tu terbuka ternganga, dan akhirnya di logout.

Persoalannya, masa atau malas? Hmm…dua2 sekali. Kalo badan dah penat maka secara automatik aku jadi malas..

Owh..rumah pun dah tak macam rumah. Macam sarang tikus pun ye jugak. Dengan beberapa barang atau perabot yang tak tau mana nak letak, sebab dah bawa masuk beberapa barang baru (Alhamdulillah). Nak susun atur pun tak boleh, sebab yang nak dikeluarkan tak keluar2 lagi, pastu yang nak dikeluarkan pun kategori berat nak mamp.. akupn tak larat nk angkat sorang ..i am sori. So tunggu hujung minggu saja la kalo aku kemas berhabis-habisan, weekdays aku nak kosentret kat PnP dan anak. Wa bukan robot. En. Khairulpun walaupun ulang alik, tapi weekdays juga dia perlu fokus pada praktikumnya, maka terbengkalai la kerja2 mengalih2 ini…sehinggalah lusa lak baru sambung.

Minggu lps lg haru, adif demam hari rabu and khamis. First day gi klinik samapai dua klinik, tghari aku bw gi amik ubat demam. Bengkak kaki kanannya. Mlm, kaki dia dah mcm ada gelembung air. gi klinik lagi sekali, klinik lain lak. Pg esok kaki makin teruk…gi klinik pakar lak. En. khairul pun redah jumpa PK1, mintak blk awal, risau anak sakit. 2 ari aku cuti. Last2 aku try cara kampung, tanya kwn2 cikgu..gi Johan Setia lps sekolah ari Jumaat…sembur ngan babal (putik nangka), esok dah kecut sikit gelembung air tu…2 3 ari dah ok! Bayar rm15 je kat pakcik tu. Yang tiga klinik tu aku terbang rm200++. Klinik pakar saja dah rm105…klinik pakar la konon…huhu.

Okla…kemalasan datang lagi. Lenguh tangan kiri aku menongkat badan sebab taip sambil tido mengiring dengan seblh tangan kanan…giler malas tahap gaban…atau lebih tepat kalo kata penat tahap cipan…oppss…kena simpan tenaga yang selebihnya…bye..chaw chin cau