Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Assalamualaikum…

Tahniah Malaysia, sudah 52 tahun Merdeka.

Aku? Berperanankah dalam menjayakannya kemerdekaan ini? Mengisi kemerdekaan ini?

Ada…besar lagi peranan tu.

Tinggal nak buat ke tak je. Buat lak, dengan bersungguh2 atau ala kadar jek. Hmm…

~jiwa merdeka…harus tenang dan tenteram…jiwa merdeka, harus kuat dan tabah…jiwa merdeka harus suci dan ikhlas.

Advertisements

Cintaku Tertinggal di mana?

Dewa 19 – Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Tak pernah ku sangka
Jauh dari kamu
Membuat aku menderita
Sejak pertama bertemu denganmu
Di negara mu yang indah

Aku di sini mengenang kamu
Meski aku tak lagi sendiri
Ku mulai fikir tuk tinggalkan
Kekasihku di Jakarta

*Duhai kekasihku
Cintaku tertinggal di Malaysia
Haruskah ku kembali untuk bersamamu
Duhai kekasihku
Haruskah ku tinggalkan semuanya yang ku miliki
Untuk hidup bersamamu

Mungkinkah kamu cinta terakhirku
Mungkinkah kamu cinta matiku
Ku mulai berfikir untuk tinggalkan
Kekasihku di Jakarta

Repeat *

Untuk ku serahkan hidupku
Untuk ku serahkan matiku

Berilah aku satu
Keyakinan untuk..
Kekuatan untuk..
Kesungguhan untuk..
Bisa tinggalkan semua untukmu..

~suka ngan lagu ni. sebab iramanya yang lembut. En. Khairulpun dah suka ngan lagu ni, jadi lagu dodoi masa tidur.

Aku disaman maka aku jadi sarcastic tapi nape polis tu plak yang melatah?

Salam..

Ni tak lain tak bukan nak rasa best ke tak letak tajuk panjang2 macam Teteh.

Hokey, ni citer semalam. Kitorang nak gi Tanah Merah, nak try cari barang kat pasar sana. Sebab menurut En. Khairul kat pasar Machang ni takde benda sangat. Dia duk compare la pasar Machang ni ngan Tanah Merah. Aku mana la nak sampai sana kalo tak dibawa. So demi menyahut cabaran, kitorg gi juga ke Tanah Merah.

Tapikan, nasib sungguh la malang sebab di saman. Dari jauh nampak ada sekatan Polis, maka terkial2 mencari seatbelt. Dah selamat la konon, sekali polis tu suh gi ke tepi. Haha ..kantoi. RUPANYA DORANG GUNA KAEDAH TEMBAK, MAKSUDNYA DAH DETECT GUNA KAMERA DARI JAUH. KAT MANA AKUPUN TAK TAU. PENGAJARANNYA DI SINI, PAKAI JE SEATBELT TU BILA START ENJIN WALAU APA KEADAAN SEKALIPUN.

Haaa….akan terbangla lagi duit En. Khairul. Oleh kerana kami yang disaman, maka kitorang duk je lam keta tu, tanpa keluar2. Just buka tingkap je sekali sekala bila perlu. Polis tu amik lesen En. Khairul. Bawa ke seberang jalan gi kat pondok, ada sorang lagi tukang tulis saman. Biarlah nak saman, mmg dah salah, so bayar jela nanti. Takde de nya kitorang nak gi merayu. Takde masa aku nak kayakan polis tu.

So, beberapa ketika kat situ, agaknya polis yang tulis saman pun bengang je sebab kitorang tak kuar2 gi tempat dia. Dia yang datang kat kami. Sebelum tu En. Khairul meluahkan satu perkara yang tak puas hati tentang polis. So aku suh dia tanya bila polis tu datang nanti.

Taktaula korang mungkin dah tahu, atau mungkin soalan aku ni soalan bodoh. Aku lak mmg niat nak tanya sbb dah lama musykil di samping nak test polis tu ngan nilai sarcastic yang aku ada ni. Bila polis tu datang, suh En. Khairul sign saman tu dan serahkan pada kami, maka akupun mula bertanya..

Aku: Encik, kenapa saya tengok polis pun ada yang tak pakai seatbelt?

Polis: (Dengan suara tinggi tak tentu pasal) Kenapa? Awak pergi tanya Perdana Menteri kenapa Polis Diraja Malaysia (sambil tunjuk lencana kat bahu dia) tak perlu pakai seatbelt…Polis tak perlu pakai seatbelt, kalo ada jenayah ke pencuri ke masa kita memandu tu, macam mana kita nak keluar dengan cepat kalo pakai seatbelt. Sebab tu tak payah pakai seatbelat nak kuar senang. Kalo kami lambat bertindak, nanti orang kata pulak polis ni tak buat keja. Sebab tu Polis Diraja Malaysia (tunjuk kat lencana lagi) tak perlu pakai seatbelt.

Mcm tu la lebih kurang penerangan dia.

Aku: Boleh jawab kan? Tak payah nak tanya Perdana Menteri kan? (dengan suara lembut + sinis  tapi bisa)

Beb, nape u nak melatah tak tentu pasal, siap suh tanya Perdana Menteri bagai. Tapi last2 jawab juga. Tak ke nak kena sound ngan aku jek. Ye la bulan puasa, aku kena banyak sabar. Tu kira sikit je la tuuuuu.

Dan sepanjang perjalanan tu aku tersengih jek…aku yang kena saman, polis tu lak yang hangin. Muahaha….busuk.

Well takde niat nak burukkan mana2 pihak. Aku ni orang awam yang kadang2 perlukan penerangan tentang bbrp perkara yang tak tahu, tak puas hati dan sbgnya. Tambah aku ni mmg suka bertanya. Apa salahnya jawab soalan aku tu, tak rugipun. Skang aku dah tau. Korang yang tetapkan undang2 tapi korang tak buat, sebab apa..kan dah tau. Kalo dah namanya penjawat awam, akan ada orang yang tak puas hati. Jadi cekgupun sama.

Sampai sana kitorang beli a few things. Patutla En. Khairul rajin jek bawa aku ke sana, nak mengepau ropenya. Dapatla jeans levis ori satu. Tak aci, aku beli jeans cikai jek, tang dia sume branded. Takpela, dah lama tak tengok dia pakai jeans. Lama2 tengok ensem pun ade, geram pun ade. Opss…puasa puasa!

Aku kata jangan…janganla!

Assalamualaikum..

Konon tahan diri, tapi kalah jua akhirnya. Pagi ni ada urusan di beberapa buah bank di Machang…he he ..Bank? Aduhai…

On the way balik sempat singgah kedai kain baju, belasahla sepasang untuk Adif, baju dan seluar, untuk mak aku, blaus batik yang sejuk, untuk aku, beberapa ekor jin (jeans ..kan ada ‘s’ tu, so plural la). Sblm sampai situ dah usha2 butik yang ada sekitar situ, cam mahalpun ada, rm100++ ada. rm90+ pun ada…so bila pikir2 balik…argh takyahla. Baju raya dah banyak, lagipun bila compare kat Klang, rasanya ada lagi yang murah kot.

Tapi kan…baju dia cantik2 la….sangat la patut ngan harga dia sebenarnya, sebab kalo yang rm100++, mmg pattern yang sangat marvellous…tapi aku kan sedang menahan diri…jangan!!

Tapi hakikatnya (ada gak tapinya tuuu…) aku memang dah lama nak cari baju siap..sebab nak pakai untuk gi ngajar. Dan, dalam perjalanan balik sempat lagi aku puji2 kain baju kat satu kedai tu…dan En. Khairul lak dengan baik hatinya pusing lagi sekali kat kawasan tu, rela tul mencari parking demi memenuhi hasrat isterinya ni…Macam heran jek, tapi kalo kita buat baik ngan orang, orang akan buat baik ngan kita…who says money can’t buy everything…sekurang2nya leh gak beli perhatian dia…ngeh ngeh…rahsia umah tangga.

Daaaannnnnnnnnnnnnn….akhirnya aku beli gak baju kurung moden, dengan harga yang bagi aku puas hati la. Nak dapat murah lagi aku jahit sendiri la. So, niat untuk berjimat terbengkalai jua. Aku tak nak upload gambar tu kat situ, sbb aku excited, tukar plan dari nak pakai gi sekolah, biar aku buat baju raya. So, kena tunggu lepas raya baju leh tunjuk. Aahahakakak…mcm kanak2 lak aku rasa. Itu alasan untuk orang yang malas sebenarnya. Sekian.

P/S..berbelanjalah secara bijak…wakakaka

Shopping???

Assalamualaikum..

Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka … semangat la nak gi shopping nih. Pasar senin, pasar minggu kat tempat aku…hok banyok baghe, banyok ghage, kalu suko bulih try, kalu pade bulih beli, rego bulih kughe..(translation-…yang banyak barang, banyak ragam, kalo suka boleh cuba, kalo padan boleh beli, harga boleh kurang,)  mari mari mari!!

KONON!!

Baru satu round pilih tudung, escort dah hangin satu badan…maka tak lama la aku kat situ, dan misi memperabihkan duit baki yang tinggal ciput pun terbengkalai.

Sungguh tak puas ati…sebab tak puas ati sampai la ni, aku berenti di sini…nak sembunyi bawah katil sendiri2 sampai time bukak puasa…so that aku takyah masak.

~habih, kalo tak dibelanjakan kat tempat yang murah, takkan nak gi tempat yang mahal, terhegeh2 beli, pastu compare harga kemain beza, nangis sorang2 sebab kuciwa, barang yang patut dapat 4 5 dapat beli 2 3 je…sungguh bijak laksana perancangan saudara…takpe, aku kaya.

Happy Birthday Puteri

Assalamualaikum…

Terlewat update untuk sambutan hari jadi kakak pada 14/8/09 yang lalu. Tak disambut dengan scr besar-besaran, sekadar potong kek dan amik2 gambar je kami sekeluarga. Okla tu, dari takde langsung. Memikirkan dah 2 tahun tak sambut. Maka untuk tahun yang ke 4 ni, sambut jugakla. Untuk menggembirakan hati kakak. Adik juga yang tak penah merasa langsung. Tahun depan la dik. Anyway, enjoy the pics..

Image003

Image007_1

Image005_1

Image013

 

Selamat Hari Lahir yang ke-4. Semoga menjadi anak yang solehah.