Akhirnya setelah begitu lama terperap baru aku cari jalan untuk transfer gambar jalan2 ni..

Assalamualaikum…

Tak yah cakap banyak kut, tajuknye dah jelas. Penah kan ari tu entry birthday kekonon nak upload gambar tapi tak jadi2 juga. Sebab apa lagi kalo bukan laptop xleh detect kabel camera. Maka aku perap je benda tu. Sehinggalah kamera baru dibeli menggantikan kamera lama. Tetiba terpikir lak aku untuk cuba letakkan memori kad yang lama ke dlm kamera baru…dan wallah..berjaya!

Bukan apa sebenarnya, aku sengaja jadikan ianya sesuatu yang komplikated…memula excited, lelama dah jemu la kot. Tapi bila dah transfer, leh tengok gambar..sonok pulak. Tambah mengenangkan saat aku kurus..eh..saat aku bercuti-cuti Malaysia ngan En. Khairul dan anak2, Cameron Highland,20-22/3/2009.

Mmm…lepas ni nak gi Pangkor lak…kononnye perancangan, jadi atau tidak, Allah jua yang tentukan.

Inilah waktunya yang aku tunggu, terlewat sejam setengah dari waktu aku dilahirkan..

Inilah waktunya yang aku tunggu, terlewat sejam setengah dari waktu aku dilahirkan..

Bersama suami dan anak2...

Bersama suami dan anak2..

Menikmati udara segar

Menikmati udara segar

Adik and papa

Adik and papa

Bukan senang nak dapat peluang adif nak possing camni..kalo x asyik meragam je

Bukan senang nak dapat peluang adif nak possing camni..kalo x asyik meragam je

Diakhiri dengan geng wonderpets, Mingming, Linny dan Tuck (kakak, farhan dan daniel)

Diakhiri dengan geng wonderpets, Mingming, Linny dan Tuck (kakak, farhan dan daniel)

Sekian…

Kelantanku yang sesak!

Assalamualaikum…

Kalo dah namanya Kelantan, asal cuti jek jalan2 mesti sesak. Cuti raya ke cuti sekolah ke…sama saja. Tambah2 kalo cuti tu membolehkan sume orang balik, lagila sesak yang amat. Biasa2 rumah pakcik tu lengang je, tapi bila kena time cuti apa2, leh nampak sampai 2 3 keta parking kat depan umah. Umah mak aku pun 2 keta mesti ada, mertua aku lak sampai 4 keta. Sehari seblum raya, sempat singgah pantai timur, tanah merah untuk temankan En. Khairul shopping last minute…saja je kan cari penyakit..seb baik sampai2 terus ada tempat parking, walopun jauh jugak menapak, kira bersyukurla dari terpaksa pusing tigablas kali…punye jem..coba la tengok gambar

Picture 178

 

Picture 179

Ni sebelum raya, selepas raya pun sama…

Picture 273

Hari rabu agaknya, keta dah bersusun nak balik key el.

Dan Sabtu, aku memulakan perjalanan pada waktu pagi sangat..kul 6.45 semata2 nak mengelakkan jem.

Picture 286

Picture 295

Sempat berenti sekejap kat mana ntah, aku x tahu, makan brunch la…isi perut. Adif elok je berdiri depan kamera. Bukan makan sangat pun, kemam je sampai penuh mulut. Last2 muntahkan…

Picture 297

Balik dengan menggunakan laluan Cameron Highland, nak elak jem sangat kan. Tapi best, udara mmg segar. Konvoi ngan keta kakak aku, keta yang aku boleh tengok dan pegang jek..hehe. Sempat singgah beli strawberi ngan jagung serta sayur2an.

Suka jus strawberi ek?

Itu untungnya kalo lalu ikut sana. Yang tak tahan adalah tol yang sangat mahal. Tapi best sbb leh lalu tempat baru selain Kuala lipis, raub, bentong, leh gak lintas Perak, at least berkembang gak la pengetahuan aku walaupun x singgah.

Dan hari ini..dah mula bersekolah seperti  biasa…hehe…makcik lak demam selsema ni..boleh tak ponteng? 😛

Gambar raya

myfamili

Assalamualaikum…entry khas raye..konon. First pic, gambar keluarga aku, me, En. Khairul, Adif dan kakak. Adif tgh meragam tuh, kakak lak cam biasa…possing!

keluargamertua

Keluarga belah mertua. Dalam kamera aku ada gambar ni je. Yang betul2 redi lam kamera abang ipar, x amik lagi. Tetiba kamera meragam xleh detect bateri baru diganti, nak kena guna bateri yang alkaline nyer. Boleh je ejas sikit sebanyak, tapi tula…En. Khairul lak tetiba emo lelebih ngan kamera aku. “Barang murah! Barang murah!”,…kecik ati I tauuuuuu!! Yang takde lam gambar En. Khairul ngan abang sulung dia.

enkhairulsalam

Sdg bersalam-salaman…ni kali kedua semata2 nak bergambar. Yang tu la my father in law, Abdul Hamid B Ibrahim namanya. Yang nampak pakai tudung hijo tu my mother in law, Jamilah Bt Mamat. Haha….aku dedahkan seluruh hidupku dalam blog ni..belasah je. Yang agak kelam2 kelihatan di belakangnya adalah adik beradik En. Khairul.

familienkhairul

Pun adik beradik En. Khairul. 9 orang, 6 lelaki 3 pompuan. Mak dia yang sedang tersenyum tu…bukan kakak dia ye.

papanadik

Ni anak jate mama! Sayang adik!! Kebanggaan mama, pembela nasib mama pada masa depan..insyaAllah.

keluargaaku

Keluarga besar aku.

keluargaaku2

Ini sebahagian dari keluarga aku. Diulangi ..sebahagian. Anak2 buah hanya 1/3 dari jumlah asal. Abang sulung aku yang dibelakang anak dara yang pakai kurung oren tu, berkepala agak licin, hehe. Kakak yang kedua takde, mana hilang ntah. Kakak yang ketiga yang belakang skali pakai baju pink, freehair sebab ni umah dia dan dia x tau nak masuk blog..ngeh ngeh,..sori. Kakak yg keempat, yang pegang budak kecik, dan aku yang last…bongsu uuuu. Ayah yang belakang sekali, pakai kopiah putih, Ibrahim B Talib, dan mak yang pakai tudung itam-putih, Mariam Bt Abdullah. O ye, aku ada sorang kakak tiri, pun xde lam gambar.

keluargaaku3

Yang lelain tu anak buah2an, anak2 buah. Berapa orang ek? 10-11 orang x termasuk anak aku. Itu sikit lagi, kalo x anak2 buah aku termasuk yang kakak tiri adalah…33-34 orang gitu lah..aku dah xleh kira ngan tepat. Dah ramai yang besar panjang, dua orang dah kawin, aku dah ada cucu sedara dah pun. Takpela, boleh gak aku pegang title nenek sedara yang vogue.

ros

Ini adalah request orang nak glamer lam blog I. Famili kakak aku yang sama duk Pulau Indah. Tahun ni sambut raya berlima. Huhu..

rosnhardy

Cuba belek2 entry aku yang sebelumnya, my sis ni agak chubby. Skang lps bersalin dan berpantang, serta mengamalkan program diet menggunakan phyto fiber, dia kembali kecik..kecik bagi dia la..hehe. Tapi mmg mengecil dari sebelumnya. Ni aku tolong promot…aku lum makan lagi benda tu…nanti2 la.

Wokeh, tetiba hari ni aku berFB secara aktif. Hmm…lps ni blhla aku online kat situ lelama. Walopun aku sekadar register pastu peram jadi pekasam, rupanya ramai gak member yang sudi add aku. X pasai2 aku mendaftar sebagai ahli aktif nanti.

Balik pada gambar raya ni, aku sebenarnya nak kecikkan saiz, tapi akhirnya kualiti gambar pun efek sekali. Memandangkan aku dah berikrar untuk aktif di FB, jadi lepas ni kalo nak tengok gambar terbaru aku yang sihat sejahtera tu…silalah melawat FB aku. Tapi berapa lama aku akan bertahan, akupong x pasti.

Okla..selamat la meneruskan perjuangan ghaya kome. Eh..tetiba berdialek Perak pulak!

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat tinggal Ramadhan..

Untuk sesiapa yang aku pernah sakitkan hati, sakitkan fizikal, sama ada secara sedar atau tidak, aku menyusun sepuluh jari, mohon ampun dan maaf zahir dan batin.

Dengan ingatan tulus ikhlas…

Posted in 1

Lega dah sampai kampung

Assalamualaikum

Malam tadi bertolak kul 7 pm. Dah berdebar2 takut jem yang amat nanti. Memang keta banyak. Dalam hujan renyai2, sempat gakla jem kat ampang. Lepas beberapa ketika, kereta dah mula lancar. Tak sangkut2 walaupun lampu keta menyala2 menandakan jumlah keta yang boleh tahan juga. Dah sah2 ramai yang nak balik kampung. Lega, sampai jua ke kampung sekitar pukul 3 pagi. Alhamdulillah.

Nak raya dah?

Dah nak dekat raya, dah banyak dengar lagu raya, aku dah tak sabar nak balik beraya!

Assalamualaikum…

Satu;
Baju2 anak, suami dan aku, done. Baju raya pertama adalah warna hijau. Aku x tambah koleksi, pakai yang dah ada. Malas nak beli sebab baju hijau dah berlambak, aku dah muak ngan hijau. Hehe…xde langsung unsur2 18PL ek! Baju2 jalan2 anak? Perlu tambah sekurang2nya sepasang lagi…hmm…Khamis ni jangan lak aku lupa nak amik baju yang aku tempah. See, aku dah tempah baju raya, tapi warna biru 2 pasang, coklat 1 pasang, dan pink yang dah beli siap tu. Tapi sebab nak sedondon punye pasal, berkorban je la. Aku touch up sikit baju lama tu, letak manik2 skit bagi blink-blink..xnak kalah tu!!

Dua;
Kuih raya, kerepek, balang biskut raya..done! Sah aku semangat nak sambut raya. Kalo sebelum ni balang biskut raya pun x penah wujud pun lam umah aku. tapi kali ni aku dah ada sedozen balang biskut raya. Biskut raya ada lam 6 jenis, kerepek 5 jenis….ni kalo xde orang nak beraya umah aku, aku jual balik kuih tu nanti. Eheh, banyak2 tu sebab aku ada tiga umah.

Tiga;
Perjalanan balik, tengok MHI pagi ni, keratan akhbar ada bgtau yang KPM benarkan sekolah amik cuti peristiwa hari Jumaat nanti. Yes! Sekolah aku mmg ada apply cuti peristiwa ari tu. So, konpem aku cuti dah Jumaat. Skang nak konpemkan ngan En. Khairul jek. Dahla itu hari last dia kat SK Dusun Nyior. Dah nak abes praktikum, lepas la seksa dia, termasuk aku skali la lepas seksa. Hehe. Kalo Jumaat diapun cuti, lehla konvoi sesama ngan kakak aku. Syiokla, boleh sampai awal. Balik kampung dalam keadaan jalan jem memang betul2 buat aku serik. Setiap kali kena time tu, mesti aku tertanya2 kenapala aku x keja kat Kelantan jek. Pastu mula la berangan nak mintak transfer ke Kelantan la. Tp bila segala jem tu dah lepas, aku mula dah x ingat tu sume. Sebenarnya tak best kalo duk sekampung ngan sedara mara..dia punya feel ‘balik kampung’ tu takde. Paling tidakpun dukla negeri sebelah. Contohnya kalo kampung tu kat Perak, keja la kat Kedah. Tak jauh sangat, tapi tak dekat juga. Elok2 je.

Empat;
Rumah, okla kot. At least ruang tamu ngan dapur dah dicat. Bilik2 tu biorla dulu. Orang nak beraya takkanla dorang nak terjah bilik beradu beta kan? Yang dapur ngan ruang tamu tu konpem la. Kredit pada En. Khairul, time kasih sebab catkan umah, pasangkan rail langsir.

Lima;
Keta lum servis..nak jalan jauh ni, suka nau buat2 benda ni last minute. Aku yang mmg tak sabau2 nak balik adalah sangat risau ngan situasi ini. Mana la tahu petang Khamis tu dah boleh bertolak balik. Lagipun Khamis sekolah pagi, ada sambutan Ihya Ramadhan.

Enam;
Persiapan2 lain, aku lum cek lagi. Oh, gelang2 kristal yang kawan2 oder tu harapnya sempatla aku edarkan sebelum atau pada khamis. Sekadar membantu bisnes Teteh. Ehem, ehem. Bercerita soal pos mengepos ni, harap2nya apa sahaja yang dihajatkan sampai sebelum raya ni, akan capai sasarannya. Kalo x juga, bolehla pakai lenkali, xpe…x basi.

 Tujuh;
Lately cukup sensitif ngan lagu raya. Walaupun dah jadi mak budak, walaupun sekali sekala je rasa cam nak raya sangat2, tapi mmg kalah ngan lagu raya ni. Sume orangpun mungkin rasa benda yang sama. Syukur, tahun ni masih mampu beraya dengan keluarga, dengan persiapan yang secukupnya. Makin lama, dah makin pandai buat persiapan, pikir pasal keperluan orang itu, orang ini. Pada yang bujang tu, selamat beraya dengan ibu bapa. Senang tak payah pening pikir pagi2 raya nak beraya umah sapa dulu. Aku lak cam biasa, pagi2 umah En. Khairul, kul 11 nanti, cabut!!

Lapan;
Dah beli kamera semata2 nak beraya. Haha..motifnya adalah ambik gambar dan upload banyak2 lam blog. Ada orang nak tumpang glamer katanya.

Sembilan;
Sekolah? Aiseh, jujurnya aku dah takleh nak kosentrate. Ajarpun, ajar benda simple je kat budak2. Dah sah2 dorang sendiri request “xnak blaja la teacher”. Tapi sbb dorang cakap camtu, terus aku suh bukak buku, blaja. Hehe. Kan kalo aku ikutkan sangat dorang ni, ada yang buat perangai, ari2 request xnak blaja.

Wokeh, checklist dah buat mana yang terdaya je. Kang aku lupa lak nak gi ambik baju yang ditempah, naya jek. Yang lain2, nak kena pantau kesihatan anak2 supaya masa nak balik nanti xde yang buat hal. Fuh…dah nak raya dah. Hehehe. Kepada perantau sekalian, semoga perjalanan anda selamat dan dilindungi Allah, walau apa sahaja kenderaan yang digunakan dan jarak perjalanan yang dilalui. Kalian sentiasa dalam ingatan.

Tepi, tepi! Ada budak kecik nak masuk lam blog.

Assalamualaikum…

Kisah budak kecik, umo baru nk masuk 2 bulan. Masa lahir, kecik sangat, baru 2.2 kg. Lonjong je mukanya. Tapi berkat kasih sayang umi dia, dia dah jadi bulat. Mukapun dah ada isi2 sikit. Aku nak letak gambar masa umo dia 30++ ari lebih, ngan yang latest. Leh tengok dia mmbesar. Sayang xde gbr masa bebaru lahir..kalo x leh tengok kekecil-comelan dia tu.

Dah besar sikit, kulit dah tegang, muka dah bulat, mata dah bersinar, akupun geram tengok, maka sesi menggelak-ketawakan dia dah xde, yang ada sesi geram-geram lak.

Oh..bebel-bebel dan bebel…

Sila tengok gambar hero aku…eh…anak buah aku. Mohd Danish Firdaus b Mohd Hardy, anak kakak aku.

Masa umo 30++ ari, nak dimandikan tapi x mo bangun...cane?

Masa umo 30++ ari, nak dimandikan tapi x mo bangun...cane?

situasi yang sama

situasi yang sama

Saya, pada hari ini

Saya, pada hari ini

Nama saya Mohd Danish Firdaus

Nama saya Mohd Danish Firdaus

Ini aksi berani maut saya, ketawa tanpa sempadan, menyebabkan saya nampak pelik, tapi saya tetap bulat.

Ini aksi berani maut saya, ketawa tanpa sempadan, menyebabkan saya nampak pelik, tapi saya tetap bulat.

Ni tak bagi hadiah lagi ni. Nak bagi apa ek?