Aku punya mata, punya telinga dan punya hati..

Assalamualaikum…

Satu tengahari, pulang dari majlis graduasi pra sekolah SKTG, aku dijemput oleh En. Khairul. Melalui jalan2 di pulau indah sebelum sampai ke rumah. Ternampak kelibat seorang lelaki hitam berpakaian kemeja, menggalas beg besar dan memegang payung. Aku tau dia seorang peniaga. Dalam terik panas matahari, dia berjalan kaki mencari pelanggan. Dia macam cas elektrik je, bila aku tengok orang itu, automatik aku rasa sangat insaf..sangat kecil. Banyak sungguh kealpaan yang aku dah kutip…sejak idup senang ni. Dengan gaji dah double dari dulu…belanjapun dah triple dari dulu…huh..sungguh lupa diri makcik. Tapi itu kenangan masa susah, setelah bertungkus lumus bertahun2, inilah hasilnya…mungkin x salah sekali sekala aku berbelanja, asalkan ianya bukan pembaziran. Cuma mungkin aku selalu sangat membandingkan dulu dan sekarang, sbb tu la aku terasa perbezaan yang besar.

Dan kerana aku sayangkan kenangan waktu dulu, rasanya x salah untuk aku kembali jadi seperti dulu…terutama budaya kerja yang dah lama aku tinggal. Agaknya persekitaran banyak mempengaruhi aku sementalah aku ni mmg manusia yang mudah terpengaruh. Dah last2 minute aku baru nak speed up, buat keja betul2. Aku terperasan bila ada orang tegur aku series buat keja…kononnya lam keadaan yang menyindir. Walhal dulu, aku mmg seorang yang series bila buat keja, berlawak jenaka bila ada ruang dan bila keja da setel. Maksudnya kalo aku dah ngadap pc (keja) tu, ko xkan dengar suara aku la. Tapi skang ni, manjang je sembang…

Jadi yakinla aku, yang aku banyak dah buang masa berharga aku sendiri.

Tapi macam tu la manusia, asal aku betul2 nak bekerja, banyak la cekadak itu ini yang nak ditegur…ada je yang tak kena…bukan nak bagi galakan..

Rasanya dah cukup hampir setahun aku melayan ragam manusia. Sekarang aku mencari kepuasan bekerja yang hakiki.

Ragam manusia?

Hah ini pun satu benda lagi. Bila ramai manusia, banyak la mulutnya. Mulut orang mana leh tutup. Mulut yang banyak rungutan, itu tak kena ini tak kena. Itu salah ini silap. X boleh bertolak ansur dan dia saja yang betul..hahaha..pening. Kadang2 aku ni jadi bodoh gak sebab ikut setuju…

Perlu tukar strategi…yang lama bukan bererti berkualiti. Yang tua bukan bererti cemerlang… Salah ambik pengajaran maka menyerong je la keja aku bertahun2 nanti.

Setiap hari adalah hari baru. Apa yang berlaku hari ini, adalah untuk hari ini. Esok kita jadi seorang yang baru, dengan semangat baru.

Aku ingat lagi ngan statement ni. Aku sendiri yang luahkan sewaktu di sekolah lama…nape diri sendiri dah xnak ikut sekarang?

Bercerita tentang mulut…manusia xkan puas hati dengan mudah..so abaikan saja segala sumbing sarang yang tak membina.

Cuma bila ada yang selalu sangat merungut, buat aku terfikir, dan sedar di atas kesilapan aku juga, yang kita ini begitu susah untuk menjadi ikhlas apabila kita berada dalam kesenangan. Nak kena relief kelas rakan sekerja puuuuunnnn bising. Walhal bukannya 13 jam ko nak kena tambah. Setengah jam je pun. 1 masa. That’s it!

Alangkah baiknya kalo kita bole buat keja tanpa bising2…rezeki dan duit gaji yang kita dapat tu pun, bukan untuk isi tembolok kita seorang je…anak2 mak ayah lagi… aku selalu terfikir tentang duit gaji aku… bila tersedar tentang attitude diri sendiri yang dah macam hape…perghh…

Betulla kata orang, kadang kesenangan buat kita lupa. Sekarang ni mmg aku berada dalam zon senang, terlalu senang, sampai kalo x buat kejapun aku masih dapat gaji bulan2…dah lupa agaknya ngan zaman terkincit terberak untuk dapatkan gaji sebulan yang amoun nya ngam2 utk hidup.

Belum lagi masuk kisah orang yang suka bising2 ala2 attention seeker berkaliber dan berkarisma.

Bercerita tentang attention seeker ni, aku teringat tentang aku sendiri. Bila aku berbaik2 dengan pihak pentadbir, GB dan PK1 contohnya. Disebabkan ada istilah kipas mengipas (dan ye mmg pun ada yg suka kipas), menyebabkan setiap kali aku nak berurusan dengan mereka yg tersebut, aku jadi terfikir…”kaki bodek kah aku?” Tapi rasanya perjumpaan dan perbincangan itu perlu sebab aku nak siapkan keja. Yang jadi bodek bila ada yang jumpa sebab saja2, sampaikan cerita orang itu orang ini sbb nak kan nama sbg seorang yang boleh dipercayai dan boleh diharap…sigh.

Sedangkan kalo ko rajin, ikhlas buat keja dan nawaitu ko tu betul, insyaAllah Allah akan bagi jalan pada ko, dipermudahkan segala urusan dan ko akan disayangi setiap orang, tanpa perlu ko menjatuhka orang lain.

Kenapa perlu tikam belakang kawan?

Kawan tew…orang yang kongsi satu tempat kerja, kongsi bilik air, kongsi kantin, kadang2 kongsi satu cawan satu pinggan….tapiiiii…

Nak betulkan orang susah, jadi baik aku betulkan diri sendiri sahaja. Berbaik2la berpada2. Kita takkan tahu siapa yang akan jadi musuh dalam selimut..tapi bagi yang ikhlas berkawan ngan aku..terima kasih banyak2 aku ucapkan. Orang baru (baru lagi ke?) mcm aku ni masih byk perlukan bimbingan..Janganla hasut aku ngan benda2 yang tak elok…dan sila lempang aku bila tetiba aku jadi ketua pemberontak…mungkin masa tu aku terhilang pedoman…kalo bukan kawan yang betulkan kawan..xkan aku nak harapkan musuh..eceh…nak sangat ke musuh…fuh..nauzubillah..

nota kaki: aku merepek pagi2…sebab aku asyik fikirkan benda yang sama 2 3 hari…jangan marah di atas tulisan ini…

Hari Graduasi Pra Sekolah

Assalamualaikum..

Sampai sekarang aku tertanya2…kenapa aku yg terpilih jadi emcee…sigh.

Berlatih sebanyak 2 kali, satu pada hari Khamis, dan sekali lagi pada Jumaat. Yang tak tahan tu, ari khamis sempat lagi si kincal join pertandingan basuh keta oleh murid2 thn 6 yg da abis upsr. Asalnya dah bersih pun, sbb baru 2 3 hari En. Khairul dah basuh keta tu. Tapi aku excited bila dengar keta tu akan dibasuh scr percuma, so aku stuju je. So, secara automatik je kincal tu dah jadi peserta yg dah bersih, sapa dapat mmg untung. Tapi tula, bebudak tu lak yg terlebih excited, aku dah cakap fokus bahagian bawah je sbb keta mmg dah bersih…tapi tak didengar nya…saja amik masa lama2 sental kincal ni..sental ke?

sental jgn x sental!

sental jgn x sental!

Kain basah di bawa ke atas pastu ke bawah pastu ke atas…hasilnya…keta aku lagiiiii berkeladak. ha ha. Menyesal!

Esoknya, Jumaat ada pula sambutan hari lahir Guru Besar, Pn Zaiton. Belated birthday. Potong pulut kuning lagi..so aku sempat la makan free..haha. Dahla yg semalamnya cikgu pagi buat makan2 aku pun sama ngap. Bagus juga aku dah penah 2 sesi ni, mana2 sesipun aku leh ngam….no hal.

inila pulut kuningnye, dengan susunan telur puyuh yg menghasilkan no 50...

inila pulut kuningnye, dengan susunan telur puyuh yg menghasilkan no 50...

Sdg membelah pulut kuning..

Sdg membelah pulut kuning..

Thanks to jihan utk gambar2 ni. Ada lg yg belum diambil dari beliau…aku x sabau2 nak tgk.

Okeh, berbalik pada kisah latihan @ raptai pada khamis…aku pun buat je tugas seperti biasa, dah orang bagi tugas kan. Yang ada masa tu ialah GB dan PK1. Seb baik partner emcee dah buat skrip so aku baca je la. Yang tak tahan tu bila GB dan PK1 puji…yang aku nak citer kat sini bukan pasal pujian, tapi aku cuma mengharapkan supaya LAIN KALI NAMA AKU X NAIK SEBAGAI JURU ACARA MAJLIS SBB AKU MALAS!

X kisahla nak puji banyak mana pun, aku senyum dan telan je…tapi dalam hati aku byk kali kata, lenkali xnak dah, lankali xnak dah…kuase aku.

Tapi ada satu pujian yang buat aku termenung dan hairan kejap, bila GB dan PK1 duk sama2 kuarkan ayat pujian masing2,

“pakej dah lengkap…bla bla…suara ada..bla bla..intonasi ada…bla bla cantik (sila muntah),..bla bla”

yg tak tahan bila GB tetiba tambah “tinggi…”

Tinggi?????

Sampai skang aku tak faham ngan pujian tu.

Inilah murid2 pra, yg secara x langsung jadi anak murid aku tahun depan sbb aku jadi guru tahun satu next year!

Inilah murid2 pra, yg secara x langsung jadi anak murid aku tahun depan sbb aku jadi guru tahun satu next year!

24/10/09

So majlis pun berjalan seperti biasa…aku dah selesaikan tugas aku…ok je…xde masalah. cuma next time kena improve lagi la…tapi xpe, mana ada next time dah…kuasa aku..hahaha.

Yg bestnye past bergambar tu…3 mak dara pingitan.,.tapi xde lam kamera aku, nanti nak minta ngan diana, pastu leh aku upload lagi…ada yg solo je…boleh la kot sbg penyeri blog.

bergambar selepas penat mengacara..ceh macam majlis grand sangat!!

bergambar selepas penat mengacara..ceh macam majlis grand sangat!!

me-emcee

Aku lagi....posing sama jek

Ada cikgu pagi tegur aku, nampak badan aku dah naik. Ha ha hahaha..haru!! Tapi bagi menjernihkan keadaan, beliau mengatakan yang aku bukannya gemuk cuma berisi sedikit..berisi? Bolehla…sedap sikit aku dengar..

nota kaki: yes..lagi sebulan En. Khairul akan tamat pengajian KPLI nya…

malas letak tajuk…sbb tuan blog takde mood

Assalamualaikum…

lama rasanya x mencoretkan sesuatu. sangat cuak sebab next saturday kena jadi emcee untuk hari graduasi pra-sekolah SKTG. aku ni mmg pakar merosakkan majlis…jadi takut gak sumpahan tu x abis lagi…harula jawabnya.

well..dah nak peksa upanya budak2 ni. tengok peel perangai sama gak, cam takde kesedaran pun ye jugak. nak terkeluar anak tekak mengajar, mcm tu jugak dorang. esok nak buat kuiz, nak ‘belasah’ dorang cukup2. target utk a adalah terlalu ramai…akula yang target, dorang tu ntahla. kan kalo x capai sasaran, jenuh nak jawab post mortem..arghh.

hujung minggu lalu cuti selama 3 hari. 3 hari yang melebarkan. sudah lama x masak secara beria2. dengan alasan untuk diet, maka aku masak juga utk ke sekian kalinya, berbeza sedikit daripada biasa. bukan apa sangat yang istimewa, sekadar moi sup kegemaran en. khairul. dan akibat dari itu, aku sendiri dah termakan lebih dari biasa…en. khairul 2 kali tambah, belum campur 2 kali utk makan petang dan malam. dah bila dah mula pegang senduk sudip ni, bukan leh stop semudah tu. perut mula la cepat nau rasa kosong. ni yg malas nak ajar makan byk2 dah tu feveret lak…haru jek.

Semangkuk moi yg buat aku tertanya2, asal tgk gbr ni je aku lapa...

Semangkuk moi yg buat aku tertanya2, asal tgk gbr ni je aku lapa...

jenuh malam2 minum phyto fiber, nak kasi kuar sume skali. nasib baik gak ada benda tu, sekurang2nya tak la nyesal sangat makan banyak2. cuma aku nanti macam xde beza sangat la sebab kuantiti makanan x jaga.

takpe, makan sebelum sakit, dah sakit esok xleh makan banyak2 dah…kan?

****************************

~sedang berkira2 untuk karang satu entry ‘baik’, tapi lum apa2 syaitonirrojim dah berjaya hasut aku…jadi batalkan dulu entry ‘baik’ tu…nak tenangkan hati. perghhh…kalo aku berjaya jadi seperti yang aku fikir2kan tu, konfem ketenangan dalam tangan.

~dan aku memilih untuk……….

Masing2 semangat nak tahu ye? Aku pun!

Assalamualaikum…

Aku perasan gak, asal tiba musim tu, mesti statistik blog aku naik mencacak. Benda2 penting cam gitu, walau macamana kecil je tulisan mengenainya, pasti orang boleh cari. Orang yang mencarinya pasti seorang yang bersemangat waja cam aku juga. Hehe..

Tulisan di entry ini bukanla besarpun, tapi rupanya beri kesan besar pada orang lain. Ada maklumat yang boleh digunapakai. Alhamdulillah. Cuma pesan aku, kalo tekan2 link kat situ tak kuar seperti yang diharapkan tu…jgnla bengang tak tentu pasal. Itu adalah berdasarkan maklumat semasa ketika itu.

Jadi musim itu dah tiba, akupun tumpang sama x sabar nak tahu keputusannya…musim menyemak penempatan untuk GSST. Yup, bukan untuk aku, sebab aku dah setahun lebih posting, tapi untuk En. Khairul..

http://apps.emoe.gov.my/spg/

Inilah link yang orang cari2 setiap kali musim penempatan guru..x sabar2 kan. Latest kononnya penyemakan boleh dibuat pada 16 Oktober 2009. Hmm..kalo ada bagusla. Biasanya petang 15 Oktober dah boleh semak, tapi kalo nak keputusan tu yang menyakinkan tunggu la sampai 16 hb. Tapi jangan marah kalo dia tunda sehari dua..itu biasa.

Anyway folks, gud luck. Akupun doakan supaya En. Khairul ditempatkan di sekitar Selangor je..Harapnya yang apply tu dapatla negeri impian masing2. Kelantan? Huhu..sapa tahu, kalo ada rezeki tak ke  mana..

Again..Gud luck!