Gambar raya haji

Assalamualaikum…

Hari ini baru terasa nak upload gambar raya haji, network laju bila berada di rumah mak.

Keluarga saya

Macam biasa,didahului dengan keluarga saya, kali ni takde tema, just pakai apa yang ada.

Suami dan anak-anak3 permata dalam hati saya.

Lelaki-lelaki dalam hidupkuLelaki-lelaki (?) dalam hidup saya.

Main pasirKakak yang comot, main pasir. Katanya nak buat bunga. Sekali sekala lepaskan saja, bagi dia merasa seronoknya bermain. Kalo kat rumah sendiri memang x jumpa pasirpun. Masa main sempat lagi posing lam kehijauan. Bukti ambil gambar kat kampung.

Aksi kakak

Adik yang sedang fokus

 Ini difokuskan adik. Tengok tu, syok sangat tgk skrin laptop. Sampai nak join sekali tekan2 keybod. Dorang sdg main game tu. Sekali game over, ngamuk si adik, sebab dia x nampak sebarang pergerakan pada skrin. Memang sangat sukakan laptop, sampai ke depan sekali.

Salam bahagia, salam kesyukuran dari kami.

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum…
Agak lambat mengucapkan selamat hari raya aidiladha…maaf, network agak slow kat sini.
Emmm…kali ni saya cuti panjang. Asalnya nak kembali ke klang dalam 30hb ni, sbb nak check-up si Adif. Tapi kensel, lagipun 20hb 12 ada majlis di sebelah keluara mertua. Adik ipar nak kawin, maka saya terpaksa stay lama sikit. Tupun nasibbaik dia buat 20hb. Kalo dia buat 22hb ke atas….mmg x dapat la nak attend, saya dah mula bermesyuarat.

Sekadar mengelakkan blog dari bersawang.

Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa…

~sesungguhnya dengan berkorban, kita akan dapat merasai manisnya kehidupan…walaupun ianya akan menyakitkan, tapi bersabarlah…kerana kita akan gembira, melihat insan yang kita sayang gembira dan bahagia
p/s:akan masukkan gambar raya bila network dah ok..

Nota untuk Papa

Assalamualaikum…

Papa,

Selamat kembali. Kembali bersama di bawah satu bumbung untuk selamanya, setelah setahun berulangalik dari Selangor ke Seremban.

Selamat berlapang dada, dari peperiksaan dan tugasan2 pengajian yang sudah berjaya diselesaikan.

Selamat. Tahniah.

Nanti akan ditempatkan di mana, belum pasti lagi, tapi papa pasti akan menjadi guru, satu impian yang dah lama papa simpan, impian yang juga mama pendam.

Lega, perjuangan papa sudah sampai ke penamatnya, dan nanti kita buka buku baru, perjuangan baru.

Hari ni masih tinggal baki Kursus Induksi, tidak lama akan selesai…selamat.

Alhamdulillah…pulang nanti pandulah kereta dengan berhati2. Mama dan anak2 menunggu papa di sini.

~Bila dah tahu mana posting nanti…bolehla kita mula rangka perancangan seterusnya ye…

Bulat

Ianya malam yang sunyi, sekitar 12 lebih. Gelak ketawa antara ibu dan ayah, perbualan melalui henfon, kerana jarak yang memisahkan. Kira okla tu, ada henfon yang menyambung kasih, kalo xde…macamana nak bertanya khabar berita..? Takpe, tinggalkan persoalan tu, ianya tentang cerita ibu dan ayah..

Ibu: Tadi adik makan nasi sepinggan, banyak. Kakakpun makan sepinggan tadi. Makan nasi dgn kuah petola masak air. Dorang sukala. Lega sangat sekarang masing2 dah lalu makan.

Ayah: Itula, makan banyak2 bagi berisi sikit. Kakakpun dah nampak kembang pipinya.

Ibu: A’ah, dah nampak bulat. Adik lagilah dah bulat sangat, kakakpun dah berisi sikit.

Ayah: Tula, ayah balik nampak sume dah bulat2.

Ibu: Alaaaa..ayah saja la tu sindir ibu sekali.

Ibu dan ayah: (Ketawa.)

Ibu: Balik saja nampak 3 orang yang bulat2.

Ayah: Bukan 3, 4 orang yang bulat2. Ayahpun dah bulat sekarang ni

Gelak lagi.

Itula, namapun cuti sekolah….dapur jadi workstation. Eksperimen masak mcm2, last2 sapa yang nak abiskan..tentula isi rumah tu juga…akhirnya… masing2 memBULAT.

Eh, kenapa saya kaitkan cuti sekolah dengan perbualan mereka berdua?

Ubat sabar

Satu pagi yang tak berapa pagi. Seorang che’gu perempuan sedang mengemas meja, menyusun buku2 dan kertas. Nak disimpan sebab dah nak cuti sekolah. Arahan yang diterima kena lapangkan meja, jangan ada apa2 diatasnya. Sedang asyik mengemas beliau terpegang satu botol. Menyapu-nyapu botol tersebut yang tersalut sedikit habuk. Lalu berlaku sedikit perbualan..

Che’gu yg ajar P. Agama Islam: Ubat apa tu?

Che’gu yg sdg mengemas: Ubat utk otak. Tak pandai kan.

Che’gu2 sekalian: Ketawa kecil.

Che’gu  yg ajar English: Ubat sabar ada tak? (nada serius)

Che’gu2 sekalian: Ketawa besar.

Che’gu yg ajar Matematik: Nak ubat sabar buat apa. Dah cukup sabar dah tu.

Che’gu2 sekalian: A’ah dah cukup sabar dah tu. Tak payah ubat..

Che’gu yg ajar English: (Aiseh!)

Sekian, topik perbualan dialihkan kepada hal-hal lain.

Selamat bercuti..

Assalamualaikum….

Alhamdulillah, **edited**

Tapi cuti saya yang sebetul2 cuti adalah pada 26hb ni. Sebabnya suami saya masih sedang berkursus sekarang. Kursus induksi yang hanya akan tamat pada 25hb 11 ni. Jadi tahan nafas kejap, sampai 25hb, 26hb insyaAllah akan memulakan perjalanan balik ke Kelantan untuk menyambut Hari Raya AidilAdha.

Bila disebut hari raya AidilAdha atau hari raya korban, ada satu ingatan yang cukup manis yang sentiasa buat saya tersenyum. Ingatan yang tak akan saya buang dari kotak kenangan hidup saya…

Sekarang nipun dah terbayang2 laluan perjalanan balik untuk ke kampung halaman. 😀 Tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki ke kampung halaman. Tambahan pula saya akan sorang2 melayan anak2 pada hari Isnin, Selasa dan Rabu minggu depan tanpa sebarang aktiviti yang tetap, sementara menunggu suami menghabiskan baki kursus induksinya.

Sekarang juga sedang menunggu2 keputusan penempatan suami. Ke mana agaknya dia akan diletakkan. Harapnya tak jauh dari rumah. Dari minggu lepas lagi saya membelek lmn web yg berkaitan, sebabnya rumours selalu ada mengatakan tarikh sekian2 tapi tak keluar2 juga. Jadi sabar saja..tunggu yang betul. Ada lagi rumours 24hb ni keluar result..hehe…kita cuba nanti. Yang pasti suami kena lapor diri 1hb 12. Jadi balik kampung ni kejap je la, 1hb dah ada kat sini.

Kalau saya cadangkan padanya biar saya dan anak2 tinggal kat kampung, lepas suami mendaftar dan setel sume keja, suami balik semula ke kampung meneruskan cuti. Saya rasa suami mungkin tak setuju sebabnya dia memang nak kena saya sentiasa ada sepanjang dia melakukan tugas2 besar.

Ingat lagi masa suami nak temuduga KPLI. Awal2 saya dah tanya perlu ke saya ikut, kalau perlu saya nak apply cuti. Takpe katanya. Akhirnya dah dekat ngan tarikh temuduga suami dah bagi hint. Katanya takde sokongan moral kalau takde saya. Nak lapor diri kat IPGM yang sejam setengah je dari rumah pun saya tetap kena hadir…inilah dia suami saya..agak keras tapi sebenarnya manja yang amat.

Kalau saya buat tak tahu jadilah macam nak temuduga SPP hari tu..semua preparation buat pada minit terakhir. Esok nak temuduga hari ni baru nak isi borang, sahkan dokumen, malam ni baru nak ambik gbr pasport, baru nak cari nota dan ulangkaji. Ter’bebel’ jugakla tengok peel suami.

Pengajaran dari itu, untuk peperiksaan KPLI nya, saya awal2 lagi dah buka buku depan dia, ajak dia buat latihan sama2, barula dia ulangkaji. Kata suami, dia bukan taknak belajar tapi nak memulakan je susah. Emm..mcm2.

Jadi lepas ni bolehla bercuti bersama2, Untuk bulan 12 ni tak pastila, mungkin GB suami akan bagi dia kerja lps dia lapor diri.

Cuti panjang nanti nak buat apa ye? Selain beberap kerja yang berkaitan sekolah, sedang memikirkan untuk membeli mesin jahit, mungkin sempat untuk menyiapkan paling tidak sepasang baju kurung..

Apa2 saja asalkan berfaedah. Yang pasti saya nak jejakkan kaki ke kedai buku. Terasa banyak sangat buku yang hendak dibeli. Buku2 motivasi diri dan rumahtangga. La Tahzan yang disebut2 juga dah disurvey secara online..

Lepas ni “la tahzan” la….demi sebuah kehidupan yang lebih beerti…

Jadi, Selamat bercuti semua. Manfaatkan cuti dengan perkara2 yang terbaik. Semoga cuti ni saya dapat mengawal diet. Eh? Hahaha..betulla tu. 😛

Cuti, peluang terbaik untuk menambah ilmu.

~damailah hati.

Kunci Bahagia Rumah Kita..

Yang dipendam, hapuskanlah. Jangan membarah.
Yang ditangisi, lupakanlah. Jangan dikenang.
Yang dikesali, maafkanlah. Jangan difikir lagi.
Kunci bahagia, rumah kita.
Pendamlah keimanan dan ingatan manis,
Kenangilah tangisan syukur,
Semoga cinta terus mekar dalam Redha Ilahi

 

Dipetik dr blog UmmuHusna. Kata2 dari suami kepada seorang isteri, mungkin boleh saya gunakan utk pujuk diri sendiri, dan juga sebagai tatapan rakan isteri sekalian…

Juga suka baca ini, Muhasabah Cinta.. sangat membuka mata saya. Alhamdulillah, sudah jumpa blog2 yang sesuai untuk dibaca. Blog yang lebih banyak membina jatidiri muslimah sejati. Sekarang banyak masa dihabiskan dengan mencari ilmu secara online. Kerdil sungguh diri ini, mengenangkan segala dosa yang melingkari hidup, dan kelemahan2 diri yang masih banyak untuk diperbaiki.

Moga ada ruang untuk perbaiki diri. Dan keluarga menjadi keutamaan sekarang. Suami menjadi ketua yang dihormati, insyaAllah. Cuma satu pesan buat sang suami, semoga kita sama2 memperbaiki kelemahan diri dan sama2 menambah ilmu yang mana kurang. Demi keluarga dan anak2. Jadilah suami yang selayaknya bergelar suami.

aku ingin hidup bersamamu, dan mati sebagai isterimu..dalam redhamu..

 

~damailah hati