Saya ada blog baru! (ehem..ehem…kawan2 blh tlg promotekan kat blogroll x?.. :) )

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, walaupun terlalu lama masa yang diambil untuk announce kan perkara ini, akhirnya sampai juga masanya. Saya ada blog baru,

http://emasindah.wordpress.com

Kenapa mesti ada satu lagi blog? Sebab saya xnak campurkan aktiviti peribadi ngan bisnes baru saya. Hehe..ye saya juga nak announce yang saya dah jadi pedagang emas. Nak tahu lebih lanjut, boleh klik blog baru saya itu. Dan itu juga menjadi sebab kenapa saya kurang menulis entry baru, sebabnya saya banyak menghabiskan masa membaca tentang emas.

Alangkah bagusnya jika sume orang mempunyai kesedaran akan pentingnya menyimpan emas.. 🙂

Aapapun, jemputla ye ke blog emasindah saya. Masih menambah2 maklumat, baru bertatih kata orang. C U.

Advertisements

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah masuk tahun baru…Semoga selamat semuanya, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Dah lama x menulis, rasa kekok pula. Banyak yang ingin dicoretkan, tapi asyik sangkut saja. Takpela, nanti bila idea dah ada, bakal menulis lagi.

Cukup dulu untuk kali ini…InsyaAllah, akan ada entry susulan.

Salam dari kampung

Assalamualaikum…

Saya masih lagi di kampung, menghabiskan sisa2 cuti. Banyak perkara yang dah lari sket dr perancangan, gara2 menunggu perkahwinan adik ipar (lelaki) yang akhirnya diputuskan akan berlangsung pada 21hb 12 nih. Aiseh, mmgla x sempat. **edited** So, babai lebih awal la agaknya, hujung minggu ni dah boleh bertolak balik.

Sepanjang bercuti ni, saya seperti biasa dengan kegiatan saya membelek2 laman web2 yg ada di malaysia ni. Membaca dan mengkaji. Tambahan pula semasa saya dalam perjalanan pulang ke Kelantan tempoh hari, suami saya ada menyentuh satu perkara yang bagi saya cukup menarik. Idea yang tak pernah saya terfikir walaupun dah lama tahu, tapi langsung x terlintas nak tahu dengan lebih dalam.

Maka sepanjang minggu, rasanya dah 2 minggu saya membaca, mengkaji, bertanya dan meneliti serta membuat kira2 hal tersebut. Bagi saya ianya sesuatu yang menarik. Sesuatu yang lumayan dan menguntungkan, langsung x timbul soal rugi. Memikirkannya sampaikan terbawa ke dalam mimpi, dan saya rasa saya dah jumpa jawapannya.

Maka petang tadi saya dah melaksanakan apa yang sepatutnya saya dah buat lama dulu. Alhamdulillah, saya rasa inilah jalan yang terbaik. Jalan yang menguntungkan bagi saya, menambahkan ekonomi saya sekeluarga, tanpa rasa walau secubit risau. Kerana dalam hal ini, saya langsung tidak rugi. InsyaAllah…lagipun ianya sudah diakui oleh ramai orang.

Bila semuanya dah selesai, saya akan berkongsi dengan pembaca sekalian. Perlu rasanya saya berkongsi hal ini, bukan semata2 utk keuntungan saya, tetapi supaya rakan2 dapat membuat tindakan lebih awal, sedar akan kepentingan hal ini dan sama2 membuat tindakan yang sebaiknya.

Ok, saya xnak orang boring ngan blog saya ni. Jadi saya akan tamatkan entry ni kat sini dulu.

p/s:keputusan yang saya ambil petang tadi adalah jawapan yang saya cari selama ini. Jawapan yang terbaik, akhirnya saya dah jumpa, Alhamdulillah.