is 29

Assalamualaikum

Bertemu 21 Mac lagi tahun ni…meningkat 1 tahun lagi …eee..next year dah 30 la ye? Huhu…

But it’s only number. Aku x perasan pun aku dah makin tua…sometimes aku penah gak terpanggil org lain yg aku br nk kenal ngan mama kakak. Semata2 kerana orang tu ada anak yg dah besar let say lam 5 6 tahun gitu. Lupa lak yang aku dah ada anak 2…and kakak tu dah sekolah pun..he he. Itula kesannya dr status anak bongsu….lupa yg aku dah tua..meninggalkan usia belasan tahun.

Apa2pun..Alhamdulillah. Sepanjang usia aku ni, aku berjaya mencapai target yg dibuat. Syukur sgt.

Ingat lg, target pertama yg aku buat ms form 4, aku nk sambung blaja lam sains komp, sbb nk jd programmer. Walaupun asalnya nasib x baik sgt sbb tercampak ke UUM, u pengurusan yg jauh menyimpang dr aku yg asalnya science stream ni, tp akhirnya aku antara student utk batch pertama Degree in Multimedia…jd xde beza sgtla. Tamat blaja, setelah setahun bekerja as kerani cabuk, naik setapak demi setapak, akhirnya berjaya juga menjawat jwtn graphic and it administrator yang menjurus kepada kerja2 graphic, web design dan system developer..senyum lebar lak bila pikir…beberapa target berjaya dicapai!

Namun sebab aku ni degil, dlm pada aku kerja tu ntah mcmana aku leh simpan lak hasrat nk jd cekgu. Dan target aku lam masa 3 tahun kena capai benda tu…itula bila tahun akhir aku x jadi2 juga, aku dah nekad surf lmnweb OUM, cr degree in education. Tu dah last minute sgt dah tu…dah nk abis time frame yg diberi (tu la alang2 dah jd designer, diri sendiri pun di letak timeframe dan dateline). Tp sgt x sangka, tempoh ms tinggal setahun je lg, skali dpt twrn KPLI. Walaupun terlewat setengah tahun, tp okla..x jauh sgt beza masa target dan pencapaian.

Dan last year, ada letak target Perancangan 5 tahun…tp yg tu kena pospon sbb x kena ngan kelayakan diri sendiri. Dianjak ke tahun 2013, insyaAllah. Dan gatal jugak letak target Ekonomi 3 tahun…so aku tinggal 2 tahun lg nak capai target yg tu, E3T. Nampak gaya kena tambah tahun lagi…x sempat sbb rupanya byk perkara yg x disangka tahun ni. So, aku nk kena lebih fokus pd anak2. InsyaAllah tahun depan akan kembali fokus pd target2 tu.

Suka letak target sbb kepuasan yg dirasai apabila target2 tu tercapai sgt marvellous!

So, jgn berhenti berusaha. Kalian yg diluar sana pun insyaAllah blh mencapai target jika benar2 berusaha…dan jgn lupa menimba ilmu sebanyak mungkin dlm bidang yg kita nk usahakan tu..br la kita senang nk nampak jalan.

Jadi…sudah 29 thn..perlu lebih matang dan lebih kuat. Semangat jgn luntur. Segala pahit manis yg berlaku buat aku senyum sendiri..dan kekadang senyum sinis pun ada..he he. Hidup penuh warna warni gitew… I like! Dan aku tetap percaya, setiap dugaan yg berlaku betul2 buat aku lebih kuat dan bersedia. Paling tidak, kalo next time di uji lagi, aku takkan gentar!