2014

Assalamualaikum

Alhamdulillah..2014 ni ada banyak perkara manis yang berlaku. Aband dah sekolah rendah, kakak dah darjah 3, Muhaimin dah bijak dan baby comel on the way. 🙂

 

30 Januari hari tu dah genap 10 tahun perkahwinan mama dengan papa. Syukur…meningkat 10 tahun anak-anak pun dah nak bertambah menjadi 4 orang, Meriahlah kami nanti.

 

InsyaAllah…mama bertekad nak update blog ni selalu. Tahun lepas punye cerita abang dah start terapi kat NASON Setia Alam. Banyak suka duga dan dugaan dalam proses tersebut. Maklumlah jarak jauh dan elok-elok abang dapat ke sana, mama dah berisi..Patutlah penat dan pening lain macam. 

 

Jadi tahun ni papa kena hantar sorang-soranglah. Sebab mamapun dah tukar shift sesi petang, jadi petang mama kat sekolah. Papa je yang available untuk hantar abang. Tapi yang bagusnya pagi mama dah siap hantar dan ambil abang dari sekolah rendah tanpa perlu kacau tugas mama kat sekolah. Dan sekaligus dapat siapkan kakak sekali sebelum dia ke sekolah sesi petang.

 

Mungkin apa yang berlaku dan keputusan yang diambil ada hikmahNya. Semuanya dengan izin Allah…

Selagi terdaya, mama dan papa akan cuba memberi yang terbaik untuk anak-anak…dengan cinta.

 

InshaAllah.

Advertisements
Posted in Uncategorized