Jom ber Shaklee

20140203_214017

2 botol pertama yang menambat hatiku. Maklumlah sekarang ni bila usia meningkat suplement sangat penting. Nak-nak pula mama pregnant sekarang ni.

Teringat kehamilan pertama dan kedua, tak kisah langsung pasal suplement2 ni. Main redah jer. Kakak alhamdulillah, membesar dengan baik. Tapi mama diduga dengan kelahiran abang adif…membesarnya dia disahkan sebagai kanak-kanak autistik.

Biasanya, bila dah ada sejarah, kemungkinan untuk kelahiran yang seterusnya untuk mengalami nasib yang sama juga ada. Itu sebabnya apabila pregnantkan muhaimin, mama cuak sangat. Masa tu lah macam-macam suplement dan makanan berkhasiat mama telan. Omega 3, madu, kismis, kurma, kacang2 bijak tak payah cakaplah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah Muhaimin sihat dan membesar dengan bijak. Semuanya dengan kehendak Allah jua, tapi mama mesti berikhtiar.

Begitu juga kehamilan kali ni….perasaan cuak itu ada. Jadi mama sekali lagi mencari suplement yang betul untuk kandungan ni. Dan mama diperkenalkan dengan produk-produk dari Shaklee.

Mama memang perlukan kalsium, maklumlah anak ke 4, kesian baby kurang bekalan kalsium dari mama. Mama sendiri pun tak banyak bekalan kalsium pada diri sendiri. Gigi goyang la, sendi kaki lenguh la, macam-macam. Maka mama cuba Ostematrix. Omegaguard tu memang tak dilupa. Bekalan omega 3 untuk pembentukan otak baby.

Banyak lagi yang mama ambil. Dan mama akan ambil insyaAllah. Mama cerita dua dulu.

Memang ketentuan Tuhan kita tak dapat sangkal. Dan kadang-kadang walau penat kita berusaha mungkin kita tak mendapat hasilnya. Untuk kandungan ini, mama cuma berikhtiar. Lagi elok dari tidak melakukan apa-apa. InsyaAllah, Allah akan bantu orang yang ingin bantu diri sendiri.

Dan alang-alang mama dah jadi ahli Shaklee ni, mama buka tempahan untuk sesiapa sahaja yang nak sama-sama jadi sihat, kuat dan cergas. Boleh oder produk Shaklee dari mama.

Boleh mesej atau wasap mama 0196677998

Harga boleh runding, janji kalian dapat manfaatnya.

Advertisements
Posted in Uncategorized | Tagged

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s