Kembali

Bismillahirrahmanirrahim
 Assalamualikum…

Wah lamanya hapdet blog nih, bukan tahap bersawang lg dah, tp kira dah berkulat berlumut dah. He he..xpela, nk buat mcmana, mood menulis tu xde. Harapnya bila dah lama x update ni, maka lps ni xde dah org yg akan stalk blog aku ni.

Mmm…dlm bbrp bulan ni, sgt byk yg berlaku, dan Alhamdulillah, semuanya dalam kawalan. Begitulah aturan yg sudah ditetapkan oleh Allah, kita sbg hambaNya haruslah terima ngan redha. Xpela, mana yg kita usaha lbh lagi, kita usahakan.

InsyaAllah, entry akan datang, kalo aku rajin la, kita bercerita lagi.

semakan panggilan temuduga kpli ambilan jun 2010

Assalamualaikum…

dah kuarr result ke blum? kat website xde link lg ke? try sini

http://apps.emoe.gov.my/kpli/tdjun2010/index.cfm

tapi apa2 maklumat, aku x bertanggungjawab ye. sekadar berkongsi apa yg aku tau.

p/s: mcmana aku tau link ni? suka2 kan menggodek link org..huhu.

Posted in 1

is 29

Assalamualaikum

Bertemu 21 Mac lagi tahun ni…meningkat 1 tahun lagi …eee..next year dah 30 la ye? Huhu…

But it’s only number. Aku x perasan pun aku dah makin tua…sometimes aku penah gak terpanggil org lain yg aku br nk kenal ngan mama kakak. Semata2 kerana orang tu ada anak yg dah besar let say lam 5 6 tahun gitu. Lupa lak yang aku dah ada anak 2…and kakak tu dah sekolah pun..he he. Itula kesannya dr status anak bongsu….lupa yg aku dah tua..meninggalkan usia belasan tahun.

Apa2pun..Alhamdulillah. Sepanjang usia aku ni, aku berjaya mencapai target yg dibuat. Syukur sgt.

Ingat lg, target pertama yg aku buat ms form 4, aku nk sambung blaja lam sains komp, sbb nk jd programmer. Walaupun asalnya nasib x baik sgt sbb tercampak ke UUM, u pengurusan yg jauh menyimpang dr aku yg asalnya science stream ni, tp akhirnya aku antara student utk batch pertama Degree in Multimedia…jd xde beza sgtla. Tamat blaja, setelah setahun bekerja as kerani cabuk, naik setapak demi setapak, akhirnya berjaya juga menjawat jwtn graphic and it administrator yang menjurus kepada kerja2 graphic, web design dan system developer..senyum lebar lak bila pikir…beberapa target berjaya dicapai!

Namun sebab aku ni degil, dlm pada aku kerja tu ntah mcmana aku leh simpan lak hasrat nk jd cekgu. Dan target aku lam masa 3 tahun kena capai benda tu…itula bila tahun akhir aku x jadi2 juga, aku dah nekad surf lmnweb OUM, cr degree in education. Tu dah last minute sgt dah tu…dah nk abis time frame yg diberi (tu la alang2 dah jd designer, diri sendiri pun di letak timeframe dan dateline). Tp sgt x sangka, tempoh ms tinggal setahun je lg, skali dpt twrn KPLI. Walaupun terlewat setengah tahun, tp okla..x jauh sgt beza masa target dan pencapaian.

Dan last year, ada letak target Perancangan 5 tahun…tp yg tu kena pospon sbb x kena ngan kelayakan diri sendiri. Dianjak ke tahun 2013, insyaAllah. Dan gatal jugak letak target Ekonomi 3 tahun…so aku tinggal 2 tahun lg nak capai target yg tu, E3T. Nampak gaya kena tambah tahun lagi…x sempat sbb rupanya byk perkara yg x disangka tahun ni. So, aku nk kena lebih fokus pd anak2. InsyaAllah tahun depan akan kembali fokus pd target2 tu.

Suka letak target sbb kepuasan yg dirasai apabila target2 tu tercapai sgt marvellous!

So, jgn berhenti berusaha. Kalian yg diluar sana pun insyaAllah blh mencapai target jika benar2 berusaha…dan jgn lupa menimba ilmu sebanyak mungkin dlm bidang yg kita nk usahakan tu..br la kita senang nk nampak jalan.

Jadi…sudah 29 thn..perlu lebih matang dan lebih kuat. Semangat jgn luntur. Segala pahit manis yg berlaku buat aku senyum sendiri..dan kekadang senyum sinis pun ada..he he. Hidup penuh warna warni gitew… I like! Dan aku tetap percaya, setiap dugaan yg berlaku betul2 buat aku lebih kuat dan bersedia. Paling tidak, kalo next time di uji lagi, aku takkan gentar!

Indahnya hidup ini..

Assalamualaikum,…

Alhamdulillah. Cuti selama beberapa hari memberi kesempatan pada aku untuk berehat dan menyiapkan segala kerja rumah. X kemana2 kerana rancangan asal utk balik ke kg pada cuti sekolah nanti.

Alhamdulillah, aku sangat bahagia sekarang. Seronok rasanya dapat berhubung kembali dengan guru tersayang  melalui ruang FB. Dalam masa yang singkat, banyak perkara yang dapat aku pelajari dan sedari.

Pesan Cikgu, Jangan bersangka buruk pada orang. Walau asalnya mmg aku orang begitu, malah melampau2 menganggap semua org adalah baik, dan seterusnya memberi impak hampeh pada aku…tapi akhirnya aku akur. Yes, bersangka baik lah pada orang walaupun orang itu sangat tidak sesssuuwaii…tapi kali ni biar pakai akal sikit…agak2la, jgn sampai dibuli.

Seronok lagi, aku temui satu resolusi..tentang redha, dan tentang semangat aku yang perlu digilap balik.

“Hidup orang mukmin adalah perjuangan!”

Statement tu aku sentiasa pegang dulu. Alhamdulillah, aku syukur sangat, skang aku di landasan yang betul. Bagus sangat2 aku menerima ujian Allah, dan seterusnya aku tersedar dari keselesaan dan kealpaan. Bukan senang untuk menerima petunjuk secepat ini. Ada orang yang sampai sudah mungkin tidak sedar bahawa dia diuji, diuji dengan kesenangan, diuji dengan kesukaran tapi xnak mengakuinya. Dan bukankah ianya satu kerugian dalam hidupnya?

Sebab itu aku sangat bahagia sekarang. Seperti terbang diawangan. Aku mungkin lupa aku sekarang sedang berjuang..kalo aku x disedarkan sekarang..mungkin jauh lagi aku hanyut.

Berjuang..banyak cabangnya. Dulu, aku berjuang untuk membina hidup yang stabil,berjuang menghadapi rindu dan perit hidup berjauhan dari keluarga utk menimba ilmu. Seketika dulu, berjuang menghadapi karenah rakan sekerja (walaupun dulu lain bangsa, tapi aku rasa dulu still ok, x byk PHD), dan sekarang berjuang lagi, utk anak bangsa, dan untuk membentuk diri sendiri menjadi mukmin yang sejati.

Kali ini, perjuangan meminta aku menjadi lebih tabah, cabaran lebih besar. Dan aku bersedia menghadapinya. Lagipun setiap apa  yang aku lakukan, aku lakukan utk org yang aku sayang, mereka yang banyak kesannya terhadap aku, jadi kalau ada apa sahaja yang menganggu gugat, biarkan saja, yang penting aku tidak meminta makan minum dari sesiapa, aku bekerja dan dibayar gaji utk kerja aku. Senang kan sifirnya, jadi kenapa harus peningkan kepala.

Bersangka baik lah pada orang. Hidup orang mukmin adalah perjuangan.

Aku ni pejuang tegar, yakin! Alhamdulillah, selama ini setiap apa yang diusahakan membuahkan hasilnya, setelah pelbagai rintangan mampu dihadapi dengan baik. Jadi kali ini, aku xkan mengalah, teruskan berjuang. Pilihla untuk berada di landasan yang sepatutnya, bijaklah dalam mengatur kehidupan, pintarlah dalam memilih kebenaran, gagahlah dalam menghadapi segala petualang dan sentiasalah menyebut syukur di atas kurniaanNYA.

Kita hidup untuk kita, jangan susahkan orang yang tidak menyusahkan kita, dan biarkan saja orang yang dengki dengan keadaan kita..sungguh, tidak menjadi kudispun jika kita biarkan ia, bak kata orang, biarkan Luncai terjun dengan labunya. Paling tidak, Allah lebih tahu. Ke mana hilang sifat sabarmu yang tinggi itu? Cari lah ia kembali…kembali menjadi pejuang sejati.

~CINTA, terima kasih di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi. Tidak sekali aku menitiskan air mata, sangat tenang menghadapi segala tipu daya dunia. Hangat pelukan mu menghilangkan keresahan, aku sentiasa dalam kebahagiaan.

~GURUKU, hadirmu mmg tepat pada masanya, menasihati dan terus menasihati. Membuatkan aku tersedar, seorang anak yang patuh seperti aku ini sudah banyak berubah, mujur tidak lama. Aku kembali cikgu, seperti doamu, aku akan berjuang untuk melakar kejayaan.

JIWA INI PENUH DENGAN CINTA, KEDAMAIAN DAN KEBAHAGIAAN. LEBIH BAHAGIA DARI SEBELUMNYA. ALHAMDULILLAH, AKU REDHA DI ATAS SEGALANYA. ITULAH SENJATA UTK KETENANGAN HATI. DAN AKU BERSEDIA UTK BERJUANG LAGI.

~Teh, aku mahu terus menjadi mentormu, jadi aku perlu lebih kuat! 😀

Melihat wajah kalian

– kepada bekas pelajar-pelajarku

tiba-tiba mataku berair
melihat wajah kalian yang semakin dewasa
menjelma persis angin di depanku
memberi salam membuka kenang-kenangan
pedihnya menikam
menatap nasib yang kalian genggam
ada yang senyum bahagia
ada yang sarat menanggung beban
ada ketawa memandang
ada yang bungkam

maafkanlah aku
tidak mampu mengubah nasib yang kalian terima
telah kubisikkan kata-kata kukalungkan pesan
dan kalau ada yang aku terlupa
maafkanlah atas lalai dan alpa diriku
mendidik dan mengajarmu menjadi dewasa
dan panggil mengharukan
kalian masih memanggilku guru

cepatnya masa berlalu pergi
kalian semakin dewasa di depan mata
dan pastinya aku semakin tua dan lemah
namun tak pernah kutanggalkan doa dan pesan
jadilah manusia budiman
binalah cinta dan kasih sayang
untuk anak-anakmu, keluarga dan sahabat teman

moga tuhan memberkati
hujan dan panas kehidupan
yang kalian lalui

aku hanyalah seorang guru tua
yang makin lemah
berjanjilah untuk menjadi berani
menghadap perit kehidupan

alangkah, kalian semakin dewasa
apakah aku pernah berdosa
maafkanlah

arazmi seman
14 Februari 2010

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini nukilan dari seorang guru, buat bekas anak2 didiknya.

Cikgu Arazmi Seman, seorang guru yang banyak meninggalkan kesan dan mempengaruhi aku, dalam aku melayari kehidupan. Satu ketika, beliaulah manusia yang paling rapat dengan aku, paling memahami aku, dan beliaulah tempat rujukan aku, sekiranya aku ada masalah. Sangat tidak mampu berahsia dengan beliau, kerana beliau cukup pandai meneka, menduga dan membaca airmuka.

Masih ingat pesan cikgu, jangan prejudis! Tapi cikgu, bila saya bersangka baik dan menganggap semua orang adalah baik, akhirnya saya menerima padah yang lebih teruk. Mungkin saya belum cukup matang dengan sandiwara dunia.

Apapun cikgu, saya akan sentiasa ingat pesan cikgu. Yang terdahulu dan yang terbaru. Tak mengapalah jika saya pernah tergolek satu ketika dulu, InsyaAllah, saya akan sentiasa berusaha untuk yang terbaik. Biarkan saja hal2 remeh itu, kerana saya berusaha untuk keluarga, anak2 terutamanya. Mereka lebih berhak ke atas saya, bukan orang lain.

InsyaAllah, saya akan lebih berani selepas ini. Mencorak nasib dan kehidupan saya. Menepis segala petualang yang ada, menolak segala pancaroba. Saya dan positif..satu!