Salam Aidilfitri dan Selamat Kembali

Bismillahirrahmanirrohim.

Assalamualaikum..

Ari tu dah update sekali, pastu terus lenyap gitew..he he. Sbnrnya sayang nak ngadap laptop lama2, sbb x mau biarkan adif main sorang2. Kalo dah update blog bukan kejap2 je…mesti lama punye.

Sebelum terlambat, nak wish sume

“SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN”

Mana yang ada salah dan silap tu harap maafkan, semoga tiada lg perselisihan faham. Clear kata orang.

Sambutan raya tahun ni rasa sangat bermakna, sepanjang cuti raya juga rasa sangat penuh ngan aktiviti dan berjaya dimanfaatkan dengan baik.

Dalam pada bercuti tu sempat gak la mendraft2 perancangan utk suku ketiga sebelum habis sesi persekolahan 2010. Hmm…betul la kata orang makin lama kita makin pandai, belajar dari pengalaman gitew. Dan semangat nak kembali ke sekolah ni begitu membuak2, terutama nk bertemu ngan budak 3E, kelas hujung yang perlukan banyak sokongan nih.

Dan buka sekolah ni ada dolat hajat utk murid2 yang akan menduduki UPSR. InsyaAllah, akan sampai juga. Dah plan baik punye, kena balik lbh awal dari biasa, supaya sempat aku gi sana. Sekurang2nya itu je yang mampu aku berikan untuk mereka, doa dan restu. Cuma harapnya dorang pun bersedia lah dari segi mental dan fizikal, kena blaja lbh sikit, tambah dah dekat sgt ngan waktunya dan kebetulan terkena dekat2 ngan cuti raya. Mmg mencabar tuh, nak bahagikan masa utk belaja dan beraya…jgn x sentuh buku langsung sudahla.

Kertas soalan nak kena edit sikit sebanyak, buka skolah nih terus submit…dah submit kat KP rasa lega skit.

Apapun, selamat memulakan tugas dan pulun sebaik mungkin, ini je masa yg tinggal utk kita polish anak2 didik kita sblm cuti nih…xnak la esok2 bila dorang dah bertukar ke kelas dan tahun yg lain, timbul pulak isu ini x ajar ini x tahu…kesian kat dorang. Tapi kalo dah ajar juga x tahu…no komen la. Kita lunaskan tugas dan tanggungjawab kita sebaik mungkin, ikhlas kerana Allah Taala. Selebihnya, biarlah Allah yang tentukan.

Advertisements

PERTANDINGAN MENULIS SURAT KEPADA PERDANA MENTERI.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Pos Malaysia Berhad dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia bersama menganjurkan Pertandingan menulis surat kepada Perdana Menteri. http://www.skmm.gov.my/ViewWhatIsNew.asp?cc=39258976&winrid=72036381

Haa..dah ada peluang untuk murid-murid dan pelajar kita menunjukkan bakat dalam bidang penulisan. Akupun kalo ada pertandingan macam ni memangla suka sangat, kalo aku boleh join la. Tapi nak join mesti nk ada orang guide, mana nak dapat borang, mana nak kena post dan sebagainya. Lagi best kalo ada cikgu2 yang sudi bagi guideline mcmana nak buat karangan yang berkualiti. Nak harapkan ibu bapa, dorg pun x tahu sangat benda mcm ni. Tapi itu kisah dulu…jarang ada cikgu yang bersungguh2 kalo pertandingan luar mcm ni, akibatnya putih mata saja tengok orang lain dapat hadiah. Biasanya yang dapat hadiah tu dari sekolah2 bandar la, sbb cikgu dorang alert.

Dan skang, ada pulak pertandingan macam ni..dari hari tu lagi aku dah tahu. Rasa semangat sangat nak suh anak2 aku join. Maybe dah ada rakan setugas yang dah ketengahkan hal ni…hopefully ada la yang berminat untuk amik bahagian.

Untuk syarat-syarat pertandingan, boleh rujuk sini.

Tidak Tertanggung

Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my

2010/01/25

TIBA-TIBA timbul isu jawatan pembantu guru berikutan beberapa kemalangan maut yang menimpa pelajar ketika melakukan aktiviti di luar sekolah.

URUS PENDAFTARAN...guru perlu menguruskan sesi pendaftaran dan pembayaran yuran pelajar selain menjadi pendidik.
URUS PENDAFTARAN…guru perlu menguruskan sesi pendaftaran dan pembayaran yuran pelajar selain menjadi pendidik.

TIBA-TIBA timbul isu jawatan pembantu guru berikutan beberapa kemalangan maut yang menimpa pelajar ketika melakukan aktiviti di luar sekolah. Terbaru, enam pelajar sekolah menengah termasuk seorang guru di Pulau Pinang maut selepas bot naga yang mereka gunakan untuk latihan mendayung terbalik selepas dipukul ombak besar Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu jawatan itu diwujudkan bagi melakukan tugas pengkeranian termasuk mengisi borang dan mengiring murid sama ada untuk acara sukan atau klinik. Dengan nisbah seorang pembantu guru bagi setiap 500 murid, guru dapat bebas daripada beban tidak perlu dan menumpu kepada tugas mengajar.

Ini kerana guru dikekang dengan pelbagai kerja pengkeranian dan tugas remeh yang mengambil banyak masa mereka selain mengajar.

Masalahnya, perlukah jawatan pembantu guru di sekolah diwujudkan? Bagaimana dengan kos untuk jawatan itu, mampukah kementerian atau sekolah membiayainya kerana guru pembantu dianggap profesional? Seorang guru pembantu perlu mempunyai kemahiran memberi rawatan kecemasan, berenang atau menguruskan murid? Guru yang hanya mahu dikenali sebagai Shima, 40, berkata pembantu guru sangat diperlukan terutama menguruskan hal pengkeranian di sekolah.

Menurutnya, masyarakat mungkin menganggap tugas guru ini senang dan hanya mengajar beberapa jam sehari.

“Hakikatnya, guru bukan hanya sekadar mengajar, tapi bertanggungjawab menguruskan pelbagai hal termasuk kerja pengkeranian dan keceriaan sekolah.

“Beban kerja yang bertambah menyebabkan kami selalu pulang lewat ke rumah.

“Selain melakukan kerja di rumah termasuk melayan anak-anak dan suami, terpaksa pula memeriksa buku murid kerana tiada masa berbuat demikian di sekolah,” katanya.

Katanya, jika ada guru pembantu, mereka boleh menguruskan pembayaran yuran dan membimbing pelajar dalam persatuan.

“Kadangkala, guru sendiri terpaksa mengeluarkan duit membeli kelengkapan selain mengambil masa pembelajaran bagi menyelesaikan urusan pelajar,” katanya.

Dia yang 13 tahun menjadi pengajar mengakui tugas guru membeban dan mencabar kerana melakukan pelbagai tugas yang kadangkala remeh temeh.

“Jika ada sebarang acara seperti sukan, pertandingan, aktiviti kokurikulum, guru akan mengendalikannya. Kerja menceriakan sekolah, melukis mural, menanam bunga termasuklah membeli bunga juga dilakukan guru.

“Kadangkala kami hanya ada masa 20 minit berehat. Itu belum termasuk masalah yang perlu dikendalikan membabitkan ibu bapa pelajar,” katanya.

Menurutnya, bagi guru yang menjadi guru kelas kepada pelajar tingkatan tiga dan lima, kerja pengurusan lebih rumit dan meletihkan.

“Bermula dari awal tahun, guru sibuk menguruskan borang yang perlu diisi untuk Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SMP).

“Ia belum disertakan dengan peperiksaan lain yang harus pelajar hadapi.
“Guru dibebani dengan pelbagai tugasan yang remeh sehingga mereka tidak boleh fokus untuk mengajar,” katanya.

Justeru, Shima mengakui, pembantu guru adalah sangat diperlukan dan ia perlu disegerakan.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Dr Mohd Ali Hassan, berkata keperluan terhadap pembantu guru amat mendesak berikutan nisbah guru dan pelajar jauh berbeza.

“Kini, beban guru lebih berat kerana mereka perlu menguruskan pelbagai hal termasuk menyelia, mengurus dan mengiringi pelajar membabitkan kokurikulum,” katanya.

Mohd Ali bersetuju dengan cadangan memperkenalkan pembantu guru itu, tetapi ia harus dihalusi sebelum pelaksanaannya.

“Pembantu guru diperkenalkan bagi membantu meringankan beban guru terutama berkaitan pengurusan.

“Tetapi, skop kerja, ruang kerjaya dan tangga gaji pembantu guru itu perlu ada garis panduan.

“Kita tidak mahu pembantu guru kekal di takuk itu tanpa kenaikan gaji atau pangkat,” katanya.

Selain itu, katanya, pembantu guru juga perlu mendapatkan latihan dan pendedahan yang baik dan bukan hanya sekadar melakukan kerja pengurusan pelajar,” katanya.

Katanya, pembantu guru bukan sekadar menjadi pengiring pelajar dalam aktiviti luar, tetapi perlu mempunyai kemahiran merawat jika berlaku kecemasan, berenang atau kebolehan mengawal pelajar dalam jumlah yang banyak.

Beliau tidak menolak kemungkinan, ibu bapa kini takut untuk membenarkan anak mereka melakukan aktiviti luar selepas beberapa kejadian yang berlaku membabitkan kehilangan nyawa.

“Harapan kita dengan adanya pembantu guru, ibu bapa lebih yakin untuk membenarkan anak mereka mengambil bahagian dalam aktiviti di luar sekolah.

“Sekolah juga perlu bertanggung jawab dan jangan lepas tangan jika mengambil bahagian dalam aktiviti luar,” katanya.

myMetro: 25 Januari 2010

~pembantu? Isk bestnya..:) (verangan)

Menarik untuk dibaca

 

Baca Yasin, salam guru resipi kejayaan sekolah


FUZIAH menerima ucapan tahniah daripada murid berikutan Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2 dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi, semalam.

JOHOR BAHRU: Amalan membaca surah Yasin dan bersalaman dengan guru sebelum memulakan pembelajaran adalah antara resipi kejayaan Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2 (SKBU 2) di sini, yang menjadi kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Guru Besarnya, Fuziah Hasan, berkata dua perkara berkenaan menjadi amalan harian guru dan murid sejak dulu lagi bagi memastikan ilmu dicurahkan secara ikhlas serta mendapat lebih berkat.

“Bersalam dengan guru juga bertujuan mendapat keredaan. Setiap kali murid menghulurkan tangan, guru akan mendoakan kesejahteraan dan kejayaan murid,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

SKBU 2 yang mempunyai 91 guru dan 1,652 murid adalah antara 20 SBT yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.

Tahun lalu, SKBU 2 menerima Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan dan pada 2007 pula memenangi Anugerah Sekolah Cemerlang peringkat kebangsaan.

Sementara itu, Ketua Panitia Matematik yang juga satu-satunya guru berbangsa Cina di sekolah berkenaan, Darren Kua, 30, berkata SKBU 2 bertuah kerana mempunyai guru besar seperti Fuziah.

“Beliau tidak henti-henti memberikan kami kekuatan dalam mengajar murid, malah pencapaian subjek Matematik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu mencatat 100 peratus lulus.

“Saya sendiri mendidik murid-murid seperti anak sendiri termasuk memberi tuisyen dan latih tubi sehingga saya tidak kira penat lelah asalkan mereka berjaya,” katanya.

Ketua murid, Amin Khalili Roslan, 12, berkata kesungguhan dan keikhlasan guru mencurahkan ilmu menjadi antara faktor kejayaan sekolah berkenaan.

“Sebagai ketua murid pula, saya akan memastikan rakan di sekolah ini berdisiplin dan tidak menyusahkan guru atau ibu bapa, selain komitmen belajar diberikan sepanjang pembelajaran berlangsung di kelas bagi membantu mengekalkan kecemerlangan dan keceriaan di sekolah ini,” katanya.

Berita Harian Online: 27 Januari 2010

~Menarik! Bukan semata2 kerana pencapaiannya, tetapi kaedah yang digunapakai oleh sekolah tersebut. Bacaan yasin dan menyalam guru sebelum memulakan pelajaran. Besar impaknya tu, tapi boleh ke dilaksanakan? Hmm…tidak rugi untuk dicubab dan dijadikan amalan.