Selamat bercuti..

Assalamualaikum….

Alhamdulillah, **edited**

Tapi cuti saya yang sebetul2 cuti adalah pada 26hb ni. Sebabnya suami saya masih sedang berkursus sekarang. Kursus induksi yang hanya akan tamat pada 25hb 11 ni. Jadi tahan nafas kejap, sampai 25hb, 26hb insyaAllah akan memulakan perjalanan balik ke Kelantan untuk menyambut Hari Raya AidilAdha.

Bila disebut hari raya AidilAdha atau hari raya korban, ada satu ingatan yang cukup manis yang sentiasa buat saya tersenyum. Ingatan yang tak akan saya buang dari kotak kenangan hidup saya…

Sekarang nipun dah terbayang2 laluan perjalanan balik untuk ke kampung halaman. ūüėÄ Tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki ke kampung halaman. Tambahan pula saya akan sorang2 melayan anak2 pada hari Isnin, Selasa dan Rabu minggu depan tanpa sebarang aktiviti yang tetap, sementara menunggu suami menghabiskan baki kursus induksinya.

Sekarang juga sedang menunggu2 keputusan penempatan suami. Ke mana agaknya dia akan diletakkan. Harapnya tak jauh dari rumah. Dari minggu lepas lagi saya membelek lmn web yg berkaitan, sebabnya rumours selalu ada mengatakan tarikh sekian2 tapi tak keluar2 juga. Jadi sabar saja..tunggu yang betul. Ada lagi rumours 24hb ni keluar result..hehe…kita cuba nanti. Yang pasti suami kena lapor diri 1hb 12. Jadi balik kampung ni kejap je la, 1hb dah ada kat sini.

Kalau saya cadangkan padanya biar saya dan anak2 tinggal kat kampung, lepas suami mendaftar dan setel sume keja, suami balik semula ke kampung meneruskan cuti. Saya rasa suami mungkin tak setuju sebabnya dia memang nak kena saya sentiasa ada sepanjang dia melakukan tugas2 besar.

Ingat lagi masa suami nak temuduga KPLI. Awal2 saya dah tanya perlu ke saya ikut, kalau perlu saya nak apply cuti. Takpe katanya. Akhirnya dah dekat ngan tarikh temuduga suami dah bagi hint. Katanya takde sokongan moral kalau takde saya. Nak lapor diri kat IPGM yang sejam setengah je dari rumah pun saya tetap kena hadir…inilah dia suami saya..agak keras tapi sebenarnya manja yang amat.

Kalau saya buat tak tahu jadilah macam nak temuduga SPP hari tu..semua preparation buat pada minit terakhir. Esok nak temuduga hari ni¬†baru nak isi borang, sahkan dokumen, malam ni baru nak ambik gbr pasport, baru nak cari nota dan ulangkaji. Ter’bebel’ jugakla tengok peel suami.

Pengajaran dari itu, untuk peperiksaan KPLI nya, saya awal2 lagi dah buka buku depan dia, ajak dia buat latihan sama2, barula dia ulangkaji. Kata suami, dia bukan taknak belajar tapi nak memulakan je susah. Emm..mcm2.

Jadi lepas ni bolehla bercuti bersama2, Untuk bulan 12 ni tak pastila, mungkin GB suami akan bagi dia kerja lps dia lapor diri.

Cuti panjang nanti nak buat apa ye? Selain beberap kerja yang berkaitan sekolah, sedang memikirkan untuk membeli mesin jahit, mungkin sempat untuk menyiapkan paling tidak sepasang baju kurung..

Apa2 saja asalkan berfaedah. Yang pasti saya nak jejakkan kaki ke kedai buku. Terasa banyak sangat buku yang hendak dibeli. Buku2 motivasi diri dan rumahtangga. La Tahzan yang disebut2 juga dah disurvey secara online..

Lepas ni “la tahzan” la….demi sebuah kehidupan yang lebih beerti…

Jadi, Selamat bercuti semua. Manfaatkan cuti dengan perkara2 yang terbaik. Semoga cuti ni saya dapat mengawal diet. Eh? Hahaha..betulla tu. ūüėõ

Cuti, peluang terbaik untuk menambah ilmu.

~damailah hati.

Advertisements

Kelantanku yang sesak!

Assalamualaikum…

Kalo dah namanya Kelantan, asal cuti jek jalan2 mesti sesak. Cuti raya ke cuti sekolah ke…sama saja. Tambah2 kalo cuti tu membolehkan sume orang balik, lagila sesak yang amat. Biasa2 rumah pakcik tu lengang je, tapi bila kena time cuti apa2, leh nampak sampai 2 3 keta parking kat depan umah. Umah mak aku pun 2 keta mesti ada, mertua aku lak sampai 4 keta. Sehari seblum raya, sempat singgah pantai timur, tanah merah untuk temankan En. Khairul shopping last minute…saja je kan cari penyakit..seb baik sampai2 terus ada tempat parking, walopun jauh jugak menapak, kira bersyukurla dari terpaksa pusing tigablas kali…punye jem..coba la tengok gambar

Picture 178

 

Picture 179

Ni sebelum raya, selepas raya pun sama…

Picture 273

Hari rabu agaknya, keta dah bersusun nak balik key el.

Dan Sabtu, aku memulakan perjalanan pada waktu pagi sangat..kul 6.45 semata2 nak mengelakkan jem.

Picture 286

Picture 295

Sempat berenti sekejap kat mana ntah, aku x tahu, makan brunch la…isi perut. Adif elok je berdiri depan kamera. Bukan makan sangat pun, kemam je sampai penuh mulut. Last2 muntahkan…

Picture 297

Balik dengan menggunakan laluan Cameron Highland, nak elak jem sangat kan. Tapi best, udara mmg segar. Konvoi ngan keta kakak aku, keta yang aku boleh tengok dan pegang jek..hehe. Sempat singgah beli strawberi ngan jagung serta sayur2an.

Suka jus strawberi ek?

Itu untungnya kalo lalu ikut sana. Yang tak tahan adalah tol yang sangat mahal. Tapi best sbb leh lalu tempat baru selain Kuala lipis, raub, bentong, leh gak lintas Perak, at least berkembang gak la pengetahuan aku walaupun x singgah.

Dan hari ini..dah mula bersekolah seperti¬† biasa…hehe…makcik lak demam selsema ni..boleh tak ponteng? ūüėõ

Dah nak dekat raya, dah banyak dengar lagu raya, aku dah tak sabar nak balik beraya!

Assalamualaikum…

Satu;
Baju2 anak, suami dan aku, done. Baju raya pertama adalah warna hijau. Aku x tambah koleksi, pakai yang dah ada. Malas nak beli sebab baju hijau dah berlambak, aku dah muak ngan hijau. Hehe…xde langsung unsur2 18PL ek! Baju2 jalan2 anak? Perlu tambah sekurang2nya sepasang lagi…hmm…Khamis ni jangan lak aku lupa nak amik baju yang aku tempah. See, aku dah tempah baju raya, tapi warna biru 2 pasang, coklat 1 pasang, dan pink yang dah beli siap tu. Tapi sebab nak sedondon punye pasal, berkorban je la. Aku touch up sikit baju lama tu, letak manik2 skit bagi blink-blink..xnak kalah tu!!

Dua;
Kuih raya, kerepek, balang biskut raya..done! Sah aku semangat nak sambut raya. Kalo sebelum ni balang biskut raya pun x penah wujud pun lam umah aku. tapi kali ni aku dah ada sedozen balang biskut raya. Biskut raya ada lam 6 jenis, kerepek 5 jenis….ni kalo xde orang nak beraya umah aku, aku jual balik kuih tu nanti. Eheh, banyak2 tu sebab aku ada tiga umah.

Tiga;
Perjalanan balik, tengok MHI pagi ni, keratan akhbar ada bgtau yang KPM benarkan sekolah amik cuti peristiwa hari Jumaat nanti. Yes! Sekolah aku mmg ada apply cuti peristiwa ari tu. So, konpem aku cuti dah Jumaat. Skang nak konpemkan ngan En. Khairul jek. Dahla itu hari last dia kat SK Dusun Nyior. Dah nak abes praktikum, lepas la seksa dia, termasuk aku skali la lepas seksa. Hehe. Kalo Jumaat diapun cuti, lehla konvoi sesama ngan kakak aku. Syiokla, boleh sampai awal. Balik kampung dalam keadaan jalan jem memang betul2 buat aku serik. Setiap kali kena time tu, mesti aku tertanya2 kenapala aku x keja kat Kelantan jek. Pastu mula la berangan nak mintak transfer ke Kelantan la. Tp bila segala jem tu dah lepas, aku mula dah x ingat tu sume. Sebenarnya tak best kalo duk sekampung ngan sedara mara..dia punya feel ‘balik kampung’ tu takde. Paling tidakpun dukla negeri sebelah. Contohnya kalo kampung tu kat Perak, keja la kat Kedah. Tak jauh sangat, tapi tak dekat juga. Elok2 je.

Empat;
Rumah, okla kot. At least ruang tamu ngan dapur dah dicat. Bilik2 tu biorla dulu. Orang nak beraya takkanla dorang nak terjah bilik beradu beta kan? Yang dapur ngan ruang tamu tu konpem la. Kredit pada En. Khairul, time kasih sebab catkan umah, pasangkan rail langsir.

Lima;
Keta lum servis..nak jalan jauh ni, suka nau buat2 benda ni last minute. Aku yang mmg tak sabau2 nak balik adalah sangat risau ngan situasi ini. Mana la tahu petang Khamis tu dah boleh bertolak balik. Lagipun Khamis sekolah pagi, ada sambutan Ihya Ramadhan.

Enam;
Persiapan2 lain, aku lum cek lagi. Oh, gelang2 kristal yang kawan2 oder tu harapnya sempatla aku edarkan sebelum atau pada khamis. Sekadar membantu bisnes Teteh. Ehem, ehem. Bercerita soal pos¬†mengepos ni, harap2nya¬†apa sahaja yang dihajatkan sampai sebelum raya ni, akan capai sasarannya. Kalo x juga, bolehla pakai lenkali, xpe…x basi.

 Tujuh;
Lately cukup sensitif ngan lagu raya. Walaupun dah jadi mak budak, walaupun sekali sekala je rasa cam nak raya sangat2, tapi mmg kalah ngan lagu raya ni. Sume orangpun mungkin rasa benda yang sama. Syukur, tahun ni masih mampu beraya dengan keluarga, dengan persiapan yang secukupnya. Makin lama, dah makin pandai buat persiapan, pikir pasal keperluan orang itu, orang ini. Pada yang bujang tu, selamat beraya dengan ibu bapa. Senang tak payah pening pikir pagi2 raya nak beraya umah sapa dulu. Aku lak cam biasa, pagi2 umah En. Khairul, kul 11 nanti, cabut!!

Lapan;
Dah beli kamera semata2 nak beraya. Haha..motifnya adalah ambik gambar dan upload banyak2 lam blog. Ada orang nak tumpang glamer katanya.

Sembilan;
Sekolah? Aiseh, jujurnya aku dah takleh nak kosentrate. Ajarpun, ajar benda simple je kat budak2. Dah sah2 dorang sendiri request “xnak blaja la teacher”. Tapi sbb dorang cakap camtu, terus aku suh bukak buku, blaja. Hehe. Kan kalo aku ikutkan sangat dorang ni, ada yang buat perangai, ari2 request xnak blaja.

Wokeh, checklist dah buat mana yang terdaya je. Kang aku lupa lak nak gi ambik baju yang ditempah, naya jek. Yang lain2, nak kena pantau kesihatan anak2 supaya masa nak balik nanti xde yang buat hal. Fuh…dah nak raya dah. Hehehe. Kepada perantau sekalian, semoga perjalanan anda selamat dan dilindungi Allah, walau apa sahaja kenderaan yang digunakan dan¬†jarak perjalanan yang dilalui. Kalian sentiasa dalam ingatan.

Macamana saya sambut merdeka tahun ini?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia (wawawawaww)

Semalam orang sambur 31 Ogos,pun sambut gak. Memerdekakan laman belakang umahku dari sampah sarap dan segala bagai agen penyumbang pada pembiakan nyamuk aedes. Bukan amik masa 10 minit, lebih lagi. Maklumla sampah sarap adalah terlalu banyak. Tupun seb baik En. Khairul dah racun lalang2 dan rumput, tinggal nak cabut dan kumpul serta buang jek. Sampah2 tu pun dah berbuih dah aku cakap suh kumpul tapi no respond. Takpela, oleh kerana inipun rumah aku, biar aku jek yang buat. So, senang ati tengok laman belakang dah clear. Lalala.

Cuma masih ada lagi a few perabuts yang kat lam umah ni yang tak dibuang/bagi kat orang walaupun dah masuk masihi yang keberapa dah ni. Sumpah aku tak larat nak angkat sebab berat dan tak tau mana nak letak. Skang ni mmg ujan manjang, kan kalo letak kat open air camtu, haruslah rosak/kembang kayu board tu pulak. Tu yang aku sampai skang tertanya2 bila umah aku nak setel ni!!!

So, marila kita berdoa ramai2 supaya hatinya terbuka untuk menyetelkan hal2 rumah ni sebelum balik kampung untuk raya. Itupun dah cukup memadai, adik tak mengharapkan keajaiban serta merta, cukup abang buat dengan perlahan2 tapi ada hasil….ok.

Heh..kita ni kalo dah lama sangat idup bersama kadang2 lupa lak time bercinta yang penuh ngan pancaroba dan dugaan tapi kerana cinta yang mendalam lautan api sanggup kerenangi hutan berduri sanggup kuredah demi cinta kita aku sanggup hadapi semua. Maka untuk itu, lately aku suka dengar lagu Bagaikan Sakti…nak meditasi…

Bagaikan Sakti ~ Siti Nurhaliza & M Nasir

Setapak melangkah
Dua langkah ingatan kanda pada dinda ;

Adinda bersumpah
Jikalau kekanda tidak kembali
Adinda akan menyusul kekanda
Meminjak pada tanah yang sama
Bernafas pada udara yang sama ;
Layar berbelok-belok
Sauh dibungkar di tempat tenang
Yang tinggal hati tak elok
Yang pergi hati tak senang
Bila sampai waktu
Kita akan bersama

Cinta datang
tanpa diundang
seumur masa tercipta

 

 

Dia datang bagai sakti
bagai menyaksi mekar
kembang pagi…

Cinta datang
Dengan senyuman
panasnya membakar mentari

Wajahnya yang tergambar
tak akan terpudar
dari hati insan yang fana ini
fana ini….

Tak mungkin mentari
akan terus sembunyi

Tiada sempadan
tak bisa ku lewati

Chorus:
Cinta ini hakikatnya
aku serah
kan jiwa dan ragaku
menanti mu walau sengsara
jika ini ketentuannya

Cinta ini hakikatnya
aku serah
kan jiwa dan raga
jika ini ketentuannya
kau kan……. jadi milik ku
jua…

Repeat Chorus

Lega…

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni aku sedikit lega. Terima kasih pada lelaki teristimewa itu, teruskan menyokong aku, walau dekat, walau jauh nun di sana.

 Harapnya, setiap apa yang kita lakukan, akan mendapat keredhaan Allah.

Ianya seakan suatu permulaan yang baru. Dan aku seolah2 tidak sabar untuk memulakan perjuangan baru ini. InsyaAllah, aku akan lebih bersedia dan akan lebih fokus. Fokus? He he, dah lama aku ilang fokus since **edited**. Penat yang takde bertepi. Jadi, untuk itu, aku kena siapkan strategi baru, supaya prestasi aku akan lebih baik selepas ini.

Besar harapan aku kali ini. Sebesar cinta aku yang tak pernah berpenghujung ini.  Semoga aku akan menjadi seseorang yang menyenangkan dan yang membahagiakan. InsyaAllah.

**edited** holiday?

Assalamualaikum…

Cuti panjang kali ni. Takde dah nak terburu2 untuk itu dan ini. Boleh berehat kat kampung puas2. Aku pun dah berisi dan itam. Maklumla, kalo dah cuti semestinya selera makan akan bertambah. Itam pulak sebab mandi pantai, tak nak kalah tu walaupun dah ada anak 2. Cukup puas ati tunjuk skil berenang ari tu. Time kasih la pada BIG masa KPLI ari tu. Kalo tak, sampai sudah aku tak pandai berenang.

Lantikan pun lum setel lagi nih. Cukup tidak mengambil berat aku psl soal ni. Tapi sbnrnya bukan sebab aku x amik berat, cuma tertinggal satu cop, maka aku xleh pos lagi surat tu. Nak kena balik **edited** dulu, then antar terus ke Putrajaya. Harapnya takde apa yang akan berlaku. Semoga semuanya akan selesai dengan baik.

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum… Hari ni pagi2 lagi aku dah dapat beberapa mesej dr kwn2. Semuanya duk wish selamat hari guru. Maka sepanjang pagi tadi keja aku adalah menghantar mesej kepada kawan2 guru…he he. Tak sedar da berapa byk sms yang aku antar, sbb guna bil katakan.

Macam2 pulak yang dibalasnya, ada yang kelakar, ada yang berilmiah, ada yang cute, ada yang sempoi..

Tapi lam banyak2 mesej yang aku dapat, satu mesej ni betul2 buat air mata aku bergenang..

DULU DIA pegang rotan, kau kata DIA garang. Bila DIA lambat masuk ke kelas, kau kata DIA malas. Bila DIA marah2, kau kata DIA melampau. KINI…kau adalah DIA. SELAMAT HARI GURU.

Series, lepas baca aku jadi syahdu, especially tang ayat, “KINI…kau adalah DIA”. Beb, aku dah jadi cikgu la! Panjang nye perjalanan hidup ni sebelum aku berjaya capai tahap sekarang, dan masih panjang perjuangan aku sebelum aku betul2 sampai ke tempat yang dituju..

2009, Tahun pertama aku menyambut hari guru sebagai seorang GURU…

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI MALAYSIA. BERKHIDMATLAH DENGAN IKHLAS. SEORANG GURU YANG BAIK SELALU IKHLAS, SABAR, ADIL, KOMITED DAN TAQWA. MOGA JADI GURU MITHALI ~ DARI TEACHER ROSFARIZAL DAN CIKGU KHAIRULNIZAM

 

P/S-Aku cam lupa tentang satu hari tu, hehe…SELAMAT HARI IBU untuk para IBU. Dan buat Ibu saya, Puan Mariam Abdullah, orang sayang mek sepenuh hati…darah mek mengalir dalam badan orang, jantung mek berdegup seirama jantung orang, nafas mek sehangat nafas orang…orang kagum dengan semangat mek, semangat yang orang pinjam untuk bekal orang berjuang. Sayang mek, dari Adik Ja.