Melihat wajah kalian

– kepada bekas pelajar-pelajarku

tiba-tiba mataku berair
melihat wajah kalian yang semakin dewasa
menjelma persis angin di depanku
memberi salam membuka kenang-kenangan
pedihnya menikam
menatap nasib yang kalian genggam
ada yang senyum bahagia
ada yang sarat menanggung beban
ada ketawa memandang
ada yang bungkam

maafkanlah aku
tidak mampu mengubah nasib yang kalian terima
telah kubisikkan kata-kata kukalungkan pesan
dan kalau ada yang aku terlupa
maafkanlah atas lalai dan alpa diriku
mendidik dan mengajarmu menjadi dewasa
dan panggil mengharukan
kalian masih memanggilku guru

cepatnya masa berlalu pergi
kalian semakin dewasa di depan mata
dan pastinya aku semakin tua dan lemah
namun tak pernah kutanggalkan doa dan pesan
jadilah manusia budiman
binalah cinta dan kasih sayang
untuk anak-anakmu, keluarga dan sahabat teman

moga tuhan memberkati
hujan dan panas kehidupan
yang kalian lalui

aku hanyalah seorang guru tua
yang makin lemah
berjanjilah untuk menjadi berani
menghadap perit kehidupan

alangkah, kalian semakin dewasa
apakah aku pernah berdosa
maafkanlah

arazmi seman
14 Februari 2010

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini nukilan dari seorang guru, buat bekas anak2 didiknya.

Cikgu Arazmi Seman, seorang guru yang banyak meninggalkan kesan dan mempengaruhi aku, dalam aku melayari kehidupan. Satu ketika, beliaulah manusia yang paling rapat dengan aku, paling memahami aku, dan beliaulah tempat rujukan aku, sekiranya aku ada masalah. Sangat tidak mampu berahsia dengan beliau, kerana beliau cukup pandai meneka, menduga dan membaca airmuka.

Masih ingat pesan cikgu, jangan prejudis! Tapi cikgu, bila saya bersangka baik dan menganggap semua orang adalah baik, akhirnya saya menerima padah yang lebih teruk. Mungkin saya belum cukup matang dengan sandiwara dunia.

Apapun cikgu, saya akan sentiasa ingat pesan cikgu. Yang terdahulu dan yang terbaru. Tak mengapalah jika saya pernah tergolek satu ketika dulu, InsyaAllah, saya akan sentiasa berusaha untuk yang terbaik. Biarkan saja hal2 remeh itu, kerana saya berusaha untuk keluarga, anak2 terutamanya. Mereka lebih berhak ke atas saya, bukan orang lain.

InsyaAllah, saya akan lebih berani selepas ini. Mencorak nasib dan kehidupan saya. Menepis segala petualang yang ada, menolak segala pancaroba. Saya dan positif..satu!

Brainwash

[Mari berfikir]: Orang gagal suka berbincang mengenai orang lain. Orang sederhana suka berbincang mengenai peristiwa yang berlaku di sekitarnya. Orang cemerlang suka berbincang mengenai isu atau perkara yang dapat mengubah dirinya atapun perkara yang dapat mengubah dunia.

I found this when I surf the net just now. Nice, really nice. Meaningful. It is true, when you are hunger for success, you must look one step forward. Act one step forward. No need to rush, just make sure that you are on the right track. Dare to take challenge and face the failure. If you are in the right place with the right environment, surrounding by the successful people, then it is a bonus for you. But what will happen if the environment especially in your workplace is not as what you expect or maybe a bit chaos in terms of the staffs, facilities and etc? For me, this is a big challenge, bigger, that you have to work extra harder, extra focus. By the way, it is you yourself that may indicate how high your aim, act to make it real, put extra efforts, and then measure your achievement. Just ignore all the rubbish and thrash..you work for yourself and people who you love. You had succeed once, never let it stop!

Kunci Bahagia Rumah Kita..

Yang dipendam, hapuskanlah. Jangan membarah.
Yang ditangisi, lupakanlah. Jangan dikenang.
Yang dikesali, maafkanlah. Jangan difikir lagi.
Kunci bahagia, rumah kita.
Pendamlah keimanan dan ingatan manis,
Kenangilah tangisan syukur,
Semoga cinta terus mekar dalam Redha Ilahi

 

Dipetik dr blog UmmuHusna. Kata2 dari suami kepada seorang isteri, mungkin boleh saya gunakan utk pujuk diri sendiri, dan juga sebagai tatapan rakan isteri sekalian…

Juga suka baca ini, Muhasabah Cinta.. sangat membuka mata saya. Alhamdulillah, sudah jumpa blog2 yang sesuai untuk dibaca. Blog yang lebih banyak membina jatidiri muslimah sejati. Sekarang banyak masa dihabiskan dengan mencari ilmu secara online. Kerdil sungguh diri ini, mengenangkan segala dosa yang melingkari hidup, dan kelemahan2 diri yang masih banyak untuk diperbaiki.

Moga ada ruang untuk perbaiki diri. Dan keluarga menjadi keutamaan sekarang. Suami menjadi ketua yang dihormati, insyaAllah. Cuma satu pesan buat sang suami, semoga kita sama2 memperbaiki kelemahan diri dan sama2 menambah ilmu yang mana kurang. Demi keluarga dan anak2. Jadilah suami yang selayaknya bergelar suami.

aku ingin hidup bersamamu, dan mati sebagai isterimu..dalam redhamu..

 

~damailah hati

Aku punya mata, punya telinga dan punya hati..

Assalamualaikum…

Satu tengahari, pulang dari majlis graduasi pra sekolah SKTG, aku dijemput oleh En. Khairul. Melalui jalan2 di pulau indah sebelum sampai ke rumah. Ternampak kelibat seorang lelaki hitam berpakaian kemeja, menggalas beg besar dan memegang payung. Aku tau dia seorang peniaga. Dalam terik panas matahari, dia berjalan kaki mencari pelanggan. Dia macam cas elektrik je, bila aku tengok orang itu, automatik aku rasa sangat insaf..sangat kecil. Banyak sungguh kealpaan yang aku dah kutip…sejak idup senang ni. Dengan gaji dah double dari dulu…belanjapun dah triple dari dulu…huh..sungguh lupa diri makcik. Tapi itu kenangan masa susah, setelah bertungkus lumus bertahun2, inilah hasilnya…mungkin x salah sekali sekala aku berbelanja, asalkan ianya bukan pembaziran. Cuma mungkin aku selalu sangat membandingkan dulu dan sekarang, sbb tu la aku terasa perbezaan yang besar.

Dan kerana aku sayangkan kenangan waktu dulu, rasanya x salah untuk aku kembali jadi seperti dulu…terutama budaya kerja yang dah lama aku tinggal. Agaknya persekitaran banyak mempengaruhi aku sementalah aku ni mmg manusia yang mudah terpengaruh. Dah last2 minute aku baru nak speed up, buat keja betul2. Aku terperasan bila ada orang tegur aku series buat keja…kononnya lam keadaan yang menyindir. Walhal dulu, aku mmg seorang yang series bila buat keja, berlawak jenaka bila ada ruang dan bila keja da setel. Maksudnya kalo aku dah ngadap pc (keja) tu, ko xkan dengar suara aku la. Tapi skang ni, manjang je sembang…

Jadi yakinla aku, yang aku banyak dah buang masa berharga aku sendiri.

Tapi macam tu la manusia, asal aku betul2 nak bekerja, banyak la cekadak itu ini yang nak ditegur…ada je yang tak kena…bukan nak bagi galakan..

Rasanya dah cukup hampir setahun aku melayan ragam manusia. Sekarang aku mencari kepuasan bekerja yang hakiki.

Ragam manusia?

Hah ini pun satu benda lagi. Bila ramai manusia, banyak la mulutnya. Mulut orang mana leh tutup. Mulut yang banyak rungutan, itu tak kena ini tak kena. Itu salah ini silap. X boleh bertolak ansur dan dia saja yang betul..hahaha..pening. Kadang2 aku ni jadi bodoh gak sebab ikut setuju…

Perlu tukar strategi…yang lama bukan bererti berkualiti. Yang tua bukan bererti cemerlang… Salah ambik pengajaran maka menyerong je la keja aku bertahun2 nanti.

Setiap hari adalah hari baru. Apa yang berlaku hari ini, adalah untuk hari ini. Esok kita jadi seorang yang baru, dengan semangat baru.

Aku ingat lagi ngan statement ni. Aku sendiri yang luahkan sewaktu di sekolah lama…nape diri sendiri dah xnak ikut sekarang?

Bercerita tentang mulut…manusia xkan puas hati dengan mudah..so abaikan saja segala sumbing sarang yang tak membina.

Cuma bila ada yang selalu sangat merungut, buat aku terfikir, dan sedar di atas kesilapan aku juga, yang kita ini begitu susah untuk menjadi ikhlas apabila kita berada dalam kesenangan. Nak kena relief kelas rakan sekerja puuuuunnnn bising. Walhal bukannya 13 jam ko nak kena tambah. Setengah jam je pun. 1 masa. That’s it!

Alangkah baiknya kalo kita bole buat keja tanpa bising2…rezeki dan duit gaji yang kita dapat tu pun, bukan untuk isi tembolok kita seorang je…anak2 mak ayah lagi… aku selalu terfikir tentang duit gaji aku… bila tersedar tentang attitude diri sendiri yang dah macam hape…perghh…

Betulla kata orang, kadang kesenangan buat kita lupa. Sekarang ni mmg aku berada dalam zon senang, terlalu senang, sampai kalo x buat kejapun aku masih dapat gaji bulan2…dah lupa agaknya ngan zaman terkincit terberak untuk dapatkan gaji sebulan yang amoun nya ngam2 utk hidup.

Belum lagi masuk kisah orang yang suka bising2 ala2 attention seeker berkaliber dan berkarisma.

Bercerita tentang attention seeker ni, aku teringat tentang aku sendiri. Bila aku berbaik2 dengan pihak pentadbir, GB dan PK1 contohnya. Disebabkan ada istilah kipas mengipas (dan ye mmg pun ada yg suka kipas), menyebabkan setiap kali aku nak berurusan dengan mereka yg tersebut, aku jadi terfikir…”kaki bodek kah aku?” Tapi rasanya perjumpaan dan perbincangan itu perlu sebab aku nak siapkan keja. Yang jadi bodek bila ada yang jumpa sebab saja2, sampaikan cerita orang itu orang ini sbb nak kan nama sbg seorang yang boleh dipercayai dan boleh diharap…sigh.

Sedangkan kalo ko rajin, ikhlas buat keja dan nawaitu ko tu betul, insyaAllah Allah akan bagi jalan pada ko, dipermudahkan segala urusan dan ko akan disayangi setiap orang, tanpa perlu ko menjatuhka orang lain.

Kenapa perlu tikam belakang kawan?

Kawan tew…orang yang kongsi satu tempat kerja, kongsi bilik air, kongsi kantin, kadang2 kongsi satu cawan satu pinggan….tapiiiii…

Nak betulkan orang susah, jadi baik aku betulkan diri sendiri sahaja. Berbaik2la berpada2. Kita takkan tahu siapa yang akan jadi musuh dalam selimut..tapi bagi yang ikhlas berkawan ngan aku..terima kasih banyak2 aku ucapkan. Orang baru (baru lagi ke?) mcm aku ni masih byk perlukan bimbingan..Janganla hasut aku ngan benda2 yang tak elok…dan sila lempang aku bila tetiba aku jadi ketua pemberontak…mungkin masa tu aku terhilang pedoman…kalo bukan kawan yang betulkan kawan..xkan aku nak harapkan musuh..eceh…nak sangat ke musuh…fuh..nauzubillah..

nota kaki: aku merepek pagi2…sebab aku asyik fikirkan benda yang sama 2 3 hari…jangan marah di atas tulisan ini…