is 29

Assalamualaikum

Bertemu 21 Mac lagi tahun ni…meningkat 1 tahun lagi …eee..next year dah 30 la ye? Huhu…

But it’s only number. Aku x perasan pun aku dah makin tua…sometimes aku penah gak terpanggil org lain yg aku br nk kenal ngan mama kakak. Semata2 kerana orang tu ada anak yg dah besar let say lam 5 6 tahun gitu. Lupa lak yang aku dah ada anak 2…and kakak tu dah sekolah pun..he he. Itula kesannya dr status anak bongsu….lupa yg aku dah tua..meninggalkan usia belasan tahun.

Apa2pun..Alhamdulillah. Sepanjang usia aku ni, aku berjaya mencapai target yg dibuat. Syukur sgt.

Ingat lg, target pertama yg aku buat ms form 4, aku nk sambung blaja lam sains komp, sbb nk jd programmer. Walaupun asalnya nasib x baik sgt sbb tercampak ke UUM, u pengurusan yg jauh menyimpang dr aku yg asalnya science stream ni, tp akhirnya aku antara student utk batch pertama Degree in Multimedia…jd xde beza sgtla. Tamat blaja, setelah setahun bekerja as kerani cabuk, naik setapak demi setapak, akhirnya berjaya juga menjawat jwtn graphic and it administrator yang menjurus kepada kerja2 graphic, web design dan system developer..senyum lebar lak bila pikir…beberapa target berjaya dicapai!

Namun sebab aku ni degil, dlm pada aku kerja tu ntah mcmana aku leh simpan lak hasrat nk jd cekgu. Dan target aku lam masa 3 tahun kena capai benda tu…itula bila tahun akhir aku x jadi2 juga, aku dah nekad surf lmnweb OUM, cr degree in education. Tu dah last minute sgt dah tu…dah nk abis time frame yg diberi (tu la alang2 dah jd designer, diri sendiri pun di letak timeframe dan dateline). Tp sgt x sangka, tempoh ms tinggal setahun je lg, skali dpt twrn KPLI. Walaupun terlewat setengah tahun, tp okla..x jauh sgt beza masa target dan pencapaian.

Dan last year, ada letak target Perancangan 5 tahun…tp yg tu kena pospon sbb x kena ngan kelayakan diri sendiri. Dianjak ke tahun 2013, insyaAllah. Dan gatal jugak letak target Ekonomi 3 tahun…so aku tinggal 2 tahun lg nak capai target yg tu, E3T. Nampak gaya kena tambah tahun lagi…x sempat sbb rupanya byk perkara yg x disangka tahun ni. So, aku nk kena lebih fokus pd anak2. InsyaAllah tahun depan akan kembali fokus pd target2 tu.

Suka letak target sbb kepuasan yg dirasai apabila target2 tu tercapai sgt marvellous!

So, jgn berhenti berusaha. Kalian yg diluar sana pun insyaAllah blh mencapai target jika benar2 berusaha…dan jgn lupa menimba ilmu sebanyak mungkin dlm bidang yg kita nk usahakan tu..br la kita senang nk nampak jalan.

Jadi…sudah 29 thn..perlu lebih matang dan lebih kuat. Semangat jgn luntur. Segala pahit manis yg berlaku buat aku senyum sendiri..dan kekadang senyum sinis pun ada..he he. Hidup penuh warna warni gitew… I like! Dan aku tetap percaya, setiap dugaan yg berlaku betul2 buat aku lebih kuat dan bersedia. Paling tidak, kalo next time di uji lagi, aku takkan gentar!

Putera: Satu tapak untuk laluan oksigen

Assalamualaikum..

Hari ni agak tidak menepati perancangan. Banyak yang di gariskan dalam jadual hari ni. Namun hanya 2 sahaja yang menepati perancangan. Yang selebihnya kena sambung esok,

~ingatkan senang je, rupanya byk peringkat yg perlu dilalui..hihi..salah faham la rupanya selama ni. ūüėõ

Nak berjalan merata, byk tempat yg nk dituju, tapi kebetulan pula Adif demam. Tengahari tadi, tujuan asal utk ke HBTAR, Tapi semasa meronda2 dalam kawasan hospital mencari tempat yg dituju dan parking kosong, tetiba Adif muntah. Bukan sikit, penuh satu seat tempat aku. Haru laaaa. Adif, okla sbb mmg aku bw baju spare. Tapi aku? Masyeemm!! Ke HBTAR utk 2 tujuan, tapi perlu kensel. Ke Masjid berdekatan utk membersihkan badan dan zup..terus ke Sri Kota Medical Centre. Dalam keadaan yg agak menekan ni, elokla kita gi pusat perubatan swasta. Takdela aku haru sangat menunggu ke, mencari ke, dan yang paling penting Adif selesa.

Dan, akhirnya niat aku utk menetapkan tarikh utk membuang tonsil Adif tu berjaya juga. Kalo gomen agaknya bila la leh dapat bedah…tapi x tau gak sbb x penah try. Cuma dari apa yg dibincangkan…mmg akan amik masa berbulan2 lagi..sedangkan tonsil Adif dah teruk sangat. Apala dulu aku x datang sini..bukan sebelum ni aku x penah jumpa pakar kanak2, bayar ratus2 gak, tapi asal tanya pasal tonsil je, kena tunggu besar dulu la, x boleh lagi la..bla bla bla.

Mengikut Dr David, tonsil Adif dah bertembung antara satu sama lain, dah mcm takde ruang untuk bernafas. Harapnya cepatla Adif ni dibedah pada tarikh yang ditetapkan nanti. Semoga lepas ni dia x demam2 mcm selalu, asal demam je muntah, asal selsema sekali la hingus melarat2 berbulan-bulan. Mama nk Adif sihat mcm kanak2 lain. Lepas ni Adif boleh tidur dengan selesa, xde la nazak sangat cam sebelum ni. Dan harapnya, dengan pembedahan ini nanti, akan mengelokkan lagi Adif dr satu lg masalah yg Adif hadapi. InsyaAllah.

Hidupku Janjiku

Aku takkan meninggalkanmu, sehinggalah dirimu yang meninggalkanku.

Itu janji aku. Pada orang yang aku cinta. Tanda kasih dan setia aku. Done, titik.

Dah lama pun aku guna tagline tu..dr 2008 lagi. Tapi sayang gak, ada yang menangguk di air keruh, membuat andaian yang bukan2 dengan tagline tu. Kurang faham kot. He he…takpe, andaian adalah bebas. Ini negara demokrasi. Dipersilakan.

Ok. Titik.

Khaizha98~ 090898 until now. ūüôā .

 May Allah bless us and our family. And only Allah knows how much we love each other. And how many obstacles that we managed to overcome, together. We are getting strong day by day.  And let not the others spoil it. Because this is our life. Let the others remain with their mindset..it will never harm us, we will be okay. Together, forever. In one happy family.

~meraikan cinta tahun ke 12 dan mahligai keluarga bahagia tahun ke 6.

Apa ada pada nombor 6?

Assalamualaikum..

Tak nak ulas panjang, tapi sudah mengjangkau 6. 6 apa?

Ye, Alhamdulillah, semalam sudah mengjangkau 6 tahun, pernikahan aku dan En. Khairul. Masih kukuh memegang ikatan perkahwinan ni. Mungkin sesekali ada gelombang, tapi itu biasa, lumrah rumahtangga. Dan kami sentiasa ingin memperbaikinya..Lagipun, kalo hidup ini plain, pasti tiada sebarang pencapaian yang akan dibuat..maklumlah tiada cabaran. Dan gelombang itu membuatkan kami lebih kenal hati budi masing2. Jadi lebih akrab. Bagi aku, lebih baik ada suami dr sampai sudah tak kawen2, lebih baik ada anak 2 dari sampai sudah x ada anak jua..sbb ini rezeki keluarga aku. Yang lain2 tu pandai2la di atasi. Kalo sempurna sangatkan..ramai lak yang PHD. Huhu.

Dan buat suami ku, terima kasih banyak2 yg tidak terhingga kerana begitu setia dan memberi sokongan yang padu pada saat aku menghadapi ujian. Sokongan yang aku rasakan sangat kuat sekali. Sampai aku tak terasa stress walau sedikit pun. Alhamdulillah.

Dan tahun ini, kita perlu membuat target baru..belum ada apa2 perancangan nih…kalo xde perancangan dan target, kan xde apa2 pencapaian pulak kan..rugi setahun.

Mmm…apa yg penting untuk dicapai tahun ni?

~oppss..dah ada satu target, he he. cuma perlu tambahkan target lain juga. ūüôā

ENGLISH PROVERBS

A great talker is a great liar
~
A smooth and persuasive talker may be a good liar.

Great talkers are little doers
~
Those people who talk a lot and are always teaching others usually do not do much work.

Barking dogs seldom bite
~
Those who make loud threats seldom carry them out.

A burnt child dreads fire
~
A bad experience or a horrifying incident may scar one’s attitude or thinking for a lifetime.

Every cloud has a silver lining
~
If you say that every cloud has a silver lining, you mean that every sad or unpleasant situation has a positive side to it. If you talk about silver lining you are talking about something positive that comes out of a sad or unpleasant situation.

Every dog has its day
~
Everyone will get a period of success or satisfaction during his lifetime.

As you sow, so you shall reap
~
One will either enjoy or suffer the consequences of his earlier actions or inactions.

~THE END~

Gambar raya haji

Assalamualaikum…

Hari ini baru terasa nak upload gambar raya haji, network laju bila berada di rumah mak.

Keluarga saya

Macam biasa,didahului dengan keluarga saya, kali ni takde tema, just pakai apa yang ada.

Suami dan anak-anak3 permata dalam hati saya.

Lelaki-lelaki dalam hidupkuLelaki-lelaki (?) dalam hidup saya.

Main pasirKakak yang comot, main pasir. Katanya nak buat bunga. Sekali sekala lepaskan saja, bagi dia merasa seronoknya bermain. Kalo kat rumah sendiri memang x jumpa pasirpun. Masa main sempat lagi posing lam kehijauan. Bukti ambil gambar kat kampung.

Aksi kakak

Adik yang sedang fokus

 Ini difokuskan adik. Tengok tu, syok sangat tgk skrin laptop. Sampai nak join sekali tekan2 keybod. Dorang sdg main game tu. Sekali game over, ngamuk si adik, sebab dia x nampak sebarang pergerakan pada skrin. Memang sangat sukakan laptop, sampai ke depan sekali.

Salam bahagia, salam kesyukuran dari kami.

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum…
Agak lambat mengucapkan selamat hari raya aidiladha…maaf, network agak slow kat sini.
Emmm…kali ni saya cuti panjang. Asalnya nak kembali ke klang dalam 30hb ni, sbb nak check-up si Adif. Tapi kensel, lagipun 20hb 12 ada majlis di sebelah keluara mertua. Adik ipar nak kawin, maka saya terpaksa stay lama sikit. Tupun nasibbaik dia buat 20hb. Kalo dia buat 22hb ke atas….mmg x dapat la nak attend, saya dah mula bermesyuarat.

Sekadar mengelakkan blog dari bersawang.

Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa…

~sesungguhnya dengan berkorban, kita akan dapat merasai manisnya kehidupan…walaupun ianya akan menyakitkan, tapi bersabarlah…kerana kita akan gembira, melihat insan yang kita sayang gembira dan bahagia
p/s:akan masukkan gambar raya bila network dah ok..