Observe?

Salam…

Waaa…sibukkkknye saye minggu ni….sampai takde masa langsung nak update. Paling best sebab sibuk kerana saya sedang berpraktikum.

Praktikum? Eh, bukan saye yang praktikum, suami saye. Tapi sekarang dia ulang alik dari Seremban ke Pulau Indah. Maka saye menasihatkan dia supaya kalo nak ulang alik, takyah la sewa umah lagi, sekurang2nya save ka dari satu segi.

Dia penat sebab ulang alik, dan herannya saye pun penat jugak. Nape ye? Sebab saye pun dah sama macam dia, praktikum gak. Malam tadi je dah tidur kul 3 pagi, sebab saye siapkan teaching aids. Dia lak saya suh tidur awal. lam kul 1.30 pg. Maklumla esok kan nak drive.

Begitula pengorbanan masing2. Yang terkorbannya anakla, sebab parent dah penat.

Sayepun tak tau nak update apa sebenarnye ni, sebab kepala otak ada sedikit weng2. Penatla praktikum kali ni…

P/S: yang bagusnye bila saye dah mula buat teaching aids utk dia, saye bersemangat kembali utk buat teaching aids untuk kelas saya sendiri. Dan Alhamdulillah, budak2 suka la..hehe. boleh teruskan ni, jangan berenti sekerat jalan dahla.

Jom sambung tugas!

Assalamualaikum…

9 hari berada di kampung, kembali semula ke klang pada rabu hari tu, melawat **edited** dan sekarang masih berbaki 2 hari untuk aku berpoya2 menyiapkan baki kerja yang tak siap2 lagi ni. Saje je tak bw keja balik ke kampung, akibatnya aku asal teringat je, takleh lena. Tapi sama gak, dah ada depan mata pun bukannya buat. Hantu malas ni masih bertenggek kat tengkuk.

Apapun, cuti kali ni memang betul2 puas hati, mandi pantai, shopping, shopping dan shopping. Itulah sebabnya aku x nak tunggu lama2 lagi kat kampung, kan abes lak belen gaji yang sedia ciput ni. Sebaik aku dah asingkan duit nak byr utang, hehe. Sebulan x bergaji, mustahil la kalo aku x berutang…kan?

Malam tadi, aku mimpi jadi orang kaya. Pelaburan apa ntah yang aku sertai tu tetiba untung 2 kali ganda. Isk….cam tipu jek. Tapi syok gakla. Yang pasti, kalo permohonan aku tu lulus, aku akan jadi orang kaya segera, yang byk hutang….he he. Ntah apa2. Mmm..nak besarkan umah, nak touch up umah, nak beli perabot…pendek kata, aku buat ni utk umahku syurgaku. Dah 2 tahun pindah masuk, masih lagi standard tak berseri, perabot pun dari rumah sewa, which is some of them adalah perabot sekenhen yang dibeli dari orang. Syahdu kan jaman2 dulu.

Apa taknya, aku masih lagi simpan bekas tupperware, yang aku beli untuk bawa bekal gi keja. Kami beli 2, satu untuk aku, satu untuk En. Khairul. Gi keja bawa bekal nasi. Bukan nasi apapun, nasi kosong ngan ayam atau ikan seketul. Gile nak jimat dulu. Air plak, air masak je la. Takpun, company ada sediakan teh, nescafe, milo percuma, so yang tu la aku belasah. Sungguh, dulu mmg la sederhana je idup. Boleh lak aku survive. Tapi betul la kata orang, besar periuk besar la keraknya. Aku ni baru je nak membesarkan periuk, kerak lak yang terover besar tak dan-dan.

So, dah sedar diri dulu idup susah, haruslah aku sentiasa bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah ni. Kerja kena lebih ikhlas, supaya rezeki yang aku beri makan pada anak2 ini akan lebih diberkati. Dan, untuk sesiapa jua yang ternampak aku ni macam dah ilang pedoman a.k.a lupa diri, tegur2lah aku ye.

Lalu Petrosains…

Assalamualaikum.

Kisah Isnin hari tu. Konon nak gi Petrosains, sbb dalam otak dah set orang mesti tak ramai. Maklumla sume balik kampung. Ropenya…bersusun! Tapi kitorang have fun la jugak. Dan macam biasa, terlebih penat sebab nak mengejar Adif.

wonderpets-gang

Gambar geng Wonderpets, Tuck, Linnie dan Ming Ming. Dorang ni mmg kamcing. Tambah duk umah pengasuh pun sama2. Cuma skang 2 beradik tu dah bersekolah, so tinggal kakak ngan Adif je. Gambar sedikit blur. Biasala kamera aku, rega murah punyer. Bakal upgrade tapi tak tahu tahun bila dah. No budget at all…hu hu.

kakakadik

Adik dan kakak. Kakak nak posing, dan Adif cam biasa sedang membuat pemantauan. Kat dalam gelap, dan alasan mcm tadi, kamera rega murah menyebabkan kualiti gambar tidak memuaskan.

adik1

Macho boy sedang berlegar2 di kawasan sekitar sesuka hati dia jek. Tak bagi orang pimpin, tak bagi orang guide. Nak sendiri2 je yang tentukan mana arah tuju. Kalo kena dukung, dia punye kekuatan tu akupun dah tak daya nak kawal. Melonjak2 kan dan mengeraskan tubuh tanda protes. (betul x bahasa aku ni?)

meandsis

Aku ngan kak Ros. Kitorang ni mmg lain sangat. Tapi dalam adik beradik ada trademark, hidung panjang. Cuma dia punye idung tersangatla tirus. Aku ni ala2 kembang gakla. Muka dah melekit2, dengan menunggu turn nak beli tiket, nak masuk ke dalam lagi. Aku cam biasa la, orang kata x boleh bawa makanan, aku bantai je bawa fast food dalam beg biru. Penat weh bawa 2 beg. Satu beg susu Adif (yang sebenarnya penuh ngan makanan orang dewasa), satu lagi handbag. Pastu hujung2 exploration, kitorang bantai berkelah dalam Petrosains. Pengunjung yang lain putih mata je tengok kitorang makan. CCTV? Lantak la. Oo…cuba cari 2 budak itam dalam gambar tu.

Banyak lagi gambar lain, tapi dalam kamera dorang. So nanti2la aku upload. Takpun aku upload dalam friendster ke. Huh dah bersawang agaknya friendster aku tu.

*****************************

iprm

Gambar ari tu, masa antar En. Khairul register KPLI. Dah lama gbr ni, tapi takde cara nak transfer gbr, sbb laptop aku takleh detect kabel ngan takde memory card reader. Abes tu cane aku leh transfer gbr ni? Ate…kate ade laptop baru. Harusla aku pilih yang lengkap sume sekali, webcam, bluetooth, wi-fi, bla bla. Dah malas nak pilih yang sedang2, susah kendian ari. Tapi rega yang baru lebih murah dari yang lama, sbb ade promosi rebat rm300. Memang sekarang ni laptop murah2. Henpon pun murah2 dah. Kalo kata takleh nak beli tu, mmg tak lojik la. Tapi kalo dah target nak beli PDA jugak…nak buat mcmana kan. Sanggup ye hidup tanpa henpon? Ke…?

Masa ni, kalo gbr tu dibesarkan, boleh tengok garis bawah mata yang sangat jelas. Gaya orang penat keja non-stop sepanjang minggu. Aku kalo penat, boleh nampak garis bawah mata macam dilukis. Rupa paras tu aku malas nak amik tahu. Janji aku pakai baju dan bertudung lengkap.

*********************************************

Pi kedai x bawa data card broadband. Pastu tadi try2 broadband tu kat laptop baru, xleh masuk pulak. En. Khairul dah menyendeng2 kat bahu aku, nak mujuk la tu mintak aku beli USB 3G broadband pulak. Takde nye En. Khairul.. Sama je konsepnye, kalo beli USB broadband, sedara kena ada simcard sendiri, sbb saya tetap xnak lepaskan kemudahan internet ni pada sedara. Dan nak simcard baru harus guna nama saya jugak, sbb nama sedara celcom dah black list. Sedangkan saya pun dalam proses nak tukar no henpon sekarang dari prepaid ke postpaid (1+5 plan). Takkan la saya nak ada sampai 3 bil? Malas aa…Dah dah..

Emm…mmg sangat2 taknak lepaskan kemudahan internet. Tak blh hidup tanpa internet..

**************************************

En. Khairul ni agaknya tak sabar sangat nak tunjuk kasut baru kat kawan2 dia. Tak pakai kat luar rumah, pakai kat dalam umah pastu joging dalam umah. Yang kakak tu joging sekali ikut belakang papa, adik pun sama sambik gelak2. Aku juga x larat nak celikkan mata. Asal jangan masuk dalam bilik kedua sudah, jangan kacau mini surau. Yang lain tu lantakla.

Pagi tadi ada latihan merentas desa, so sepanjang ari aku pakai pakaian sukan lengkap. Pastu nak gi Giant aku kekal ngan baju sukan, kasut ganti ngan selipar jepun. Haa…kembali jadi minah selekeh la tu. Tapi x kisah, promoter pun x berani nak tegur. Yang sadisnya, kasut sukan aku pun dah pandai merajuk. Gam dah nak tanggal. Takpela ko tanggal la, aku malas dah nak beli baru.

Banyak hal!

Assalamualaikum..

First of all aku nk bagitau yang aku skang ade sedikit health problem. Agaknya berkait rapat ngan apa yang aku makan td sebelum balik sekolah. Lps jek meeting ko-kurikulum dan merentas desa, aku singgah kantin makan soto. Balik je aku dah cam pening2, mungkin sbb ajinomoto kot. Pastu skang ni, kul 7 lbh aku mula rasa loya dah. Apa benda yang ada dalam soto tu pun aku tak tau, tapi mmgla aku rasa x selesa sangat menanggung rasa loya yang berkesudahan ni. Nak je aku jolok anak tekak aku ni, tapi malas ah.

*********

Iklan sat!!

Aku gatal2 nak tukar simcard di ant hp2 aku. Dah tukar haruslah set masa pd hp tu. Dan aku set masa tanpa melihat jam kat dapo (jam kat luar dah byk kali jatuh, so mengong sikit), aku jadikan citer kat tv sbg penanda. Tapi aku salah set, aku set setengah jam lbh lewat.

Pg tadi dengan bangganya aku bangun dan bersiap awal, konon 6.10 dah siap mandi, kemas barang sume, cuma nak tukar baju je. Sekali rs pelik je bila dengar jiran2 dah start enjin moto. Tgk2 jam kat dapo dah kul 6.40 lbh! Maka kelam kabut aku nk pakai baju, pakai tudung dan bersiap. Hadoi…ada jugak kes macam ni? Mmg betul2 clumsy la zha.

**************************

**edited**

2 hari lepas bercerita dengan En. Khairul tentang perancangan membeli laptop baru. Yup, aku mmg jenis nekad. Kalo aku nak aku akan usahakan sampai dapat. Bincang2 ngan En. Khairul, tentang di mana dan bila, serta jenama apa. Tetiba En. Khairul bercerita tentang assignment nya yang semakin bertambah dan tempoh masa yang telah ditetapkan untuk menghantar assignment2 tu. Aku cam biasa, buat2 tak faham dan pujuk dia supaya dapat tunggakan nanti dia beli laptop satu. Tapi, dah dengar dia membebel psl tunggakan yang lambat lagi nak dapat…agak2 apa yang boleh aku ofer? Hu hu…ok la En. Khairul, nanti I belikan satu untuk U, takpela I tak pakai laptop baru pun. Tapi, tang data card broadband tu I am veri the sori ye. I tak boleh idup tanpa internet. Hi hi.

************************************

Perjalanan yang paling panjang…

Assalamualaikum…

Pagi ni sudah memulakan tugas di sekolah baru. On the way nak ke sana aku dah langgar motor. Ngeh ngeh…Teluk Pulai sikit punye jauh perjalanan, aku x penah langgar apa2.  Ni tak lain kes motor xnak pegi ke tepi, pastu terlalu prihatin ngan perasaan pemandu belakang. Lenkali malas dah nak peka sangat. Eksiden ni En. Khairul pn x tau sampai skang. Aku takut dia risau atau marah. Yang dasatnya, aku nak brek tapi tertekan minyak, sekali dengan terkejut takutla kwn yang aku langgar tu jatuh. Tapi takde apa2, Alhamdulillah. Ketapun calar sikit jek. Seb baik aku masih cool, masih blh terfikir “eh, aku tertekan minyak ni, tekan brek cepat”. Ingat lagi kata seorang teman, bahaya guna auto ni, nanti tersalah tekan pedal minyak instead of pedal brake. Ye la, td dah terjadi. 

*****edited***********

Semalam Teh tipon aku berkaitan dengan konvo geng KPLI intake July 2007. Katanya sorang kawannya dah dpt surat dr KPM (?), ye ke tak ingat dah. Yang menyatakan konvo akan dijalankan pada 23 dan 24 Februari, di Putrajaya. Maknanya bukan kat IPRM la? Waaa..abes aku cane? En. Khairul xleh tengokla aku konvo nanti.

Sesuka ati En. Khairul suh aku gi ngan Teh. Ye la tu, semestinya dia nak gi ngan Mr. Zorro dia. Takkan aku nak kacau. Dia mmg dah ada kat sana. Aku ni dari Pulau Indah. Jauh sangat tu.

Lagi satu, sapa nak bagi bunga nanti!!!?? Dahla kali ni plan baik punye nak amik gambar cantik2. Maklumla masa aku konvo UUM ari tu bajet tidak begitu memberangsangkan. Aku mmg dah lama mengidam nak amik gbr konvo cantik2, kira byr balik ketidakmampuan dulu. He he..apa lak aku ni, tu belum konfim lagi laa. Tunggu surat yang betul baru la aku tau.

Ni gbr masa konvo thn 2003..

scan0005

Dah abes seksa blaja, bibir haruslah sengih dengan lebar.

**********************************

Ok, tetiba aku ada banyak hp. Dah pakai 2 pulak skang. Ingat nak bagi kat ayah aku hp lama aku tu. Tapi pikir2 elokla kalo aku guna yang lama tu, untuk maxis pulak. Maka susah pyhla aku pi beli simcard maxis. Niat ati aku sbnrnya nak memudahkan komunikasi dan mengeratkan silaturrahim dengan member dr pengguna maxis. Nak citer pasal guna 2 nombor. Tapi nyampahpun ade juga sbb cam byk sgt nk kena bw lam handbag. Tapi takpela, byk alternatif nanti.

*****************