Selamat bertugas …2009

Assalamualaikum semua..

Dalam 2 minggu cuti ni, cikgu rasa bangga gak la…sebab dah 3 kali cikgu pegi ke sekolah. Cikgu menyiapkan kerja2 HEM yang perlu. Salah satu daripadanya adalah senarai nama pelajar UPSR yang akan ke tingkatan 1 mengikut sekolah yang ditetapkan. Mengikut Guru Penolong Kanan HEM, tahun ni mencatat sejarah sebab senarai nama tu dapat disiapkan pada minggu pertama lagi, tidak seperti tahun2 lepas. Ye, sekali lagi cikgu bangga.

Masa hari tu,  cikgu telah dilantik sekali lagi menjadi Setiausaha HEM untuk tahun depan. Ini kerana Tuan Guru Besar iaitu En. Sabtu, telah menggunakan kuasanya melantik cikgu. Pada asalnya, ada guru yang bertanyakan cikgu, “Zha jadi setiausaha hem ek?” (kenapala byk kali tanya). Maka cikgu jawab, “Ye, setiausaha sementara”. Dan guru besar menyampuk, “Apa pulak sementara, terus je la tahun depan”. Maka cikgu pun kaver, “Ye, maksud saya tahun ni sementara la sebab ganti cikgu lain.” Bgitula kisahnya. Cikgu disokong oleh GPK Ko-Ku, Pn. Wan. Beliau bercadang supaya diadakan Setiausaha 1 dan 2. Maka cikgu pun bersetuju saja. (SYMP katakan).

Selesai kisah itu, tapi disebabkan jawatan itu, cikgu kekal mengajar pagi. Alhamdulillah. Tetapi lain pulak jadinya dengan kawan cikgu yang bersungguh2 mengajar cikgu supaya pergi bercakap dengan PK1 supaya kekal mengajar pagi, akhirnya dia pula yang kena turun petang. (Camno tu?) Itu membuatkan cikgu sedikit serba salah. Agaknya apa reaksi dia nanti kalau dia tahu. Untuk makluman, dia sama opsyen dengan cikgu.

Hari selasa baru2 ini, cikgu ke sekolah lagi. Menyelesaikan jawatankuasa2 yang akan menduduki carta dalam Hal Ehwal Murid untuk tahun depan. Terlibat sedikit sebanyak dalam perbincangan. Hari tu, cikgu menyuarakan kegusaran yang melanda hati cikgu mengenai penempatan kawan cikgu tu ke sesi petang kepada GPK HEM. Jawapannya senag sahaja, “guru besar yang tentukan. Sebab guru besar nak zha ngajar pagi, jadi Setiausaha HEM. Lagipun dia ada anak kecik, senang kalo ngajar petang.” Itu jugak kata2 dari PK1. Takpela, harapnya kawan cikgu itu faham. Betul jugak, kalau ada baby, malam kita susah nak tidur, pagi pasti ngantuk. Kalo ngajar petang, mungkin badan dah rest sikit.

Selepas selesai pembahagian jawatan kepada guru-guru di sekolah tu, cikgu memulakan tugas menaip dan memasukkan data2 tersebut ke dalam komputer.

**Emm..ada sesuatu yang berlaku pada hari itu, yang membuatkan cikgu menggigil tangan, nak menaip x boleh, susah nak fokus dan sebagainya. Ni semua kisah Sungai Buloh ngan Cameron Highland punye pasal la ni!!

Ok, sambung. Ye, cikgu bangga sebab cikgu antara orang yang terawal mengetahui tugas sendiri dan tugas rakan guru yang lain. (Walaupun ada yang dapat banyak tugas, alah AJK jek. dan ada juga yang sekali je nama dia kuar…he he politik beb). Sayang, cikgu tak dapat habiskan keseluruhan data tu, jadi cikgu berjanji untuk datang lagi ke sekolah.

Hari Jumaat, iaitu semalam, cikgu ke sekolah lagi. Senarai jawatankuasa dah siap. Cuma nak edit dan tambah sedikit sebanyak. Tambahan pula, cikgu pagi/petang yang bertukar sesi tiba-tiba tak jadi tukar sesi (tapi kawan cikgu kekal petang jugak), maka sedikit pengubahsuaian dibuat. Selesai semua sekali dalam pukul 11 lebih. Tinggal nak cetak sahaja lagi, itu mungkin cikgu selesaikan di rumah sahaja. Maksudnya, sekali lagi cikgu perlu ke sekolah untuk menghantar cetakan tersebut. Tapi, cikgu hanya boleh ke sekolah sebelum raya haji saja, sebab ada kemungkinan cikgu akan bercuti panjang di kampung.

Sebenarnya, cikgu bangga apabila melihat senarai nama guru-guru untuk tahun depan mengikut jawatan. Cikgu bangga sebab nama cikgu berada di senarai ke enam, selepas Tn guru besar, PK1, PK Hem, PK Ko-Ku, dan seorang guru yang memegang jawatan Setiausaha Kurikulum. Bangga juga sebab cikgu baru sangat di sekolah tu tetapi sudah diberi kepercayaan yang agak besar. Cikgu bukan setakat baru di sekolah tu (lebih kurang 4 bulan) malah baru lagi dalam profesyen perguruan ni. Dan, apabila cikgu memerhatikan senarai tugas yang cikgu pegang untuk tahun depan, inilah tugas2 cikgu:

Hal Ehwal Murid

1. Setiausaha HEM
2. Setiausaha Jawatankuasa Pendaftaran dan Kedatangan
3. Setiausaha Jawatankuasa Penempatan Murid Tingkatan 1
4. Setiausaha Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
5. Setiausaha Sambutan Hari Kanak-kanak
6. Penolong Penyelaras Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas

Kurikulum

1. Setiausaha Matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Ini adalah di antara tugas2 cikgu pada tahun depan. Untuk kurikulum, mungkin ada lagi yang cikgu tidak tahu apakah jawatan cikgu, begitu juga Ko-kurikulum. Perhatikan jawatan hakiki cikgu. “Setiausaha”. Agak2 boleh tak cikgu join makan2 masa Minggu Setiausaha nanti?. Oh, cikgu bergurau saja.

Ye, rakan2 seperjuangan sekalian. Cikgu bangga sangat dengan tugas cikgu ini. BANGGA SANGAT!! Sampaikan masa cikgu menaip entry ini, mata cikgu berair sebab perasaan “bangga” dan jantung cikgu berdegup kencang kerana “kegembiraan” dan rasa “teruja” yang amat sangat.

Sekian dulu untuk kali ini. Cikgu mengakhiri entry cikgu dengan ucapan selamat bertugas untuk semua warga pendidik, tidak kira la pendidik di peringkat taska, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, kolej matrikulasi, universiti dan mana2 lagi institusi pendidikan.

Mohon undur diri, cikgu nak makan ubat kejap lagi.

P/S: Saya yang menurut perintah…

Leave a comment